Statistik: 5 Penjaring Terbanyak EPL Dari Brazil Setakat Ini

Pada minggu lalu, Coutinho telah diiktiraf sebagai penjaring terbanyak di EPL di antara pemain-pemain dari Brazil. Berikut adalah senarai 5 penjaring terbanyak di EPL dari Brazil buat masa ini.

1. Philippe Coutinho – Liverpool (30 gol)

Perancang Liverpool ini berjaya menjaringkan 9 gol dalam EPL musim ini. Ketika dimasukkan pada perlawanan Stoke vs. Liverpool minggu lalu, beliau menjaringkan gol penyamaan untuk pasukan beliau.

Ini sekaligus menjadikan beliau pendahulu carta untuk pemain-pemain dari Brazil. Memecahkan rekod 13 tahun yang dipegang oleh Juninho Paulista.

Aksi cemerlang Coutinho musim ini terus menjadi subjek kepada khabar angin beliau menjadi sasaran Barcelona.

2. Juninho – Middlesbrough (29 gol)

Pada satu ketika dahulu selain Fabio Rochemback, Middlesbrough juga ada pemain sensasi dari Brazil iaitu Juninho Paulista.

Pemain yang berbadan kecil dan lincah ini menamatkan karier di EPL pada 2004 dengan 29 gol. Anda masih ingat tak dengan pemain ini?

Nah kami ingatkan anda:

Pemain yang mendapat perhatian banyak kelab besar terutama dari Serie A, namun beliau memilih untuk kekal di Middlesbrough.

Pemain yang dipanggil ‘The Little Fella’ ini dianggap antara pemain terbaik dalam sejarah kelab Middlesbrough. Turut menjadi sebahagian pemain dalam skuad Brazil yang menjuarai Piala Dunia 2002.

3. Oscar – Chelsea (21 gol)

Chelsea bertarung dengan banyak kelab gergasi lain untuk mendapatkan pemain remaja bernama Oscar.

Oscar menyertai Chelsea pada 2012. Beliau terus menjadi pemain utama dalam skuad Roberto Di Matteo. Menjadi pemain penting dalam trio Mata-Hazard-Oscar yang digelar Mazacar.

Beliau meninggalkan Chelsea pada pertengahan musim ini dengan menyertai Shanghai SIPG. Menariknya, Oscar sudah mencatatkan 21 gol sepanjang karier beliau di EPL.

Mungkinkah suatu hari nanti Oscar akan kembalik ke EPL?

4. Roberto Firmino – Liverpool (19 gol)

Ini mungkin pemain yang paling cepat untuk sampai ke angka 20. Beliau cuma 1 gol dipisahkan dengan angka tersebut.

Pemain yang menjadi regular dalam skuad Jurgen Klopp ini menyertai Liverpool pada 2015. Beliau pernah menjadi penggempur utama Hoffenheim sebagai 9 jadian kerana mereka kekurangan penyerang berbisa.

Kemampuan Firmino menjaringkan gol antara sebab beliau diberikan kepercayaan mengetuai barisan hadapan Liverpool. Selain menjaringkan gol, Firmino juga tipikal defensive-forward yang rajin.

5. Willian – Chelsea (17 gol)

Pemain penyerang sayap ini terkenal dengan skil dan kepakaran dalam bola mati. Menyertai Chelsea pada 2013, Willian antara pemain penting dalam skuad Chelsea.

Musim ini peranan beliau lebih kepada back-up kepada Pedro ataupun Hazard. Tetapi pemain ini sudah ada 17 gol dalam EPL.

Willian adalah pemain yang sentiasa komited sama ada bermain dalam kesebelasan utama atau masuk dari bangku simpanan.

Beliau memang game-changer yang digeruni.

Baca juga: Statistik: Manchester United Bukan Pasukan Yang Paling Tinggi Bayaran Ejen Di EPL

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN