5 Pengurus Kelab Eropah Yang Kini Berhadapan Risiko Untuk Dipecat

Setiap pengurus akan selalu dibayangi dengan pemecatan dalam melakukan tugas mengendalikan sesebuah pasukan. Itulah risiko yang perlu dihadapi jika mereka gagal membawa pasukan berada di prestasi terbaik seperti yang dikehendaki oleh kelab.

Ketika ini, ada beberapa nama besar yang berisiko bakal kehilangan jawatan pengurus selepas prestasi tidak menentu pasukan masing-masing sepanjang musim ini.

Artikel ini membariskan lima pengurus kelab utama di Eropah yang berkemungkinan akan dipecat.  

1. Claude Puel (Leicester City)

Kejayaan Puel mengangkat kedudukan Leicester City dari tangga ke-18 menuju tangga ke-9 pada musim lalu harus diberi pujian. Meskipun begitu, perjalanan Leicester pada musim ini tidak begitu memuaskan. Selepas melalui 26 perlawanan, The Foxes kini berada di kedudukan ke-11 dan mencatat 9 kemenangan, 5 seri dan 12 kekalahan dengan keseluruhan mata dikumpul sebanyak 32.

Selepas ini, Leicester akan menghadapi lawan setaraf dengan kedudukan mereka di pertengahan liga. Ia akan menjadi ujian terpenting buat Puel bagi memastikan skuad kendalian beliau tidak sekalipun tercicir mata dan sudah pasti ianya juga bakal menentukan nasib Puel untuk terus bertahan lebih lama didalam pasukan.

2. Luciano Spalletti (Inter Milan)

Inter Milan yang mengakhiri saingan liga di tangga ke-4 pada musim lalu, dianggap sebagai pencabar kejuaraan Serie A pada musim ini. Apatah lagi selepas kelab yang dimiliki oleh konsortium dari CHina itu melakukan pembelian besar-besaran pada musim panas yang lalu dengan mendatangkan Radja Nainggolan, Matteo Politano, Sime Vrsjalko dan Keita Balde Diao.

Namun di sebalik perbelanjaan besar yang dilakukan, pasukan kendalian Spalletti ternyata masih gagal mencabar kehebatan Juventus dan Napoli. Inter Milan ketika ini masih berada di kedudukan ketiga di Serie A. Namun skuad kendalian Spalletti sudah tersingkir awal di pertandingan Liga Juara-Juara Eropah, dan terbaru turut tersingkir dari pertandingan Coppa Italia. Ia pasti satu dilema untuk mengekalkan Spaletti oleh pengurusan yang mahu mencabar pelbagai kejuaraan pada musim ini.

3. Maurizio Sarri (Chelsea)

Sarri bermula dengan baik bersama Chelsea selepas mengambil alih pasukan itu dari kendalian Antonio Conte pada musim panas lalu. The Blues sempat mengharungi perlawanan tanpa kekalahan selama 13 minggu berturut-turut di saingan Liga Perdana Inggeris. Namun kini sebaliknya yang berlaku. The Blues ketika ini sudah merekodkan enam kekalahan dan lima seri dari 26 perlawanan.

Dari sepuluh perlawanan terakhir liga, mereka hanya mampu meraih lima kemenangan. Dikejutkan 4-0 oleh AFC Bournemouth, dan diaibkan Manchester City 6-0, ia sekaligus memberi tekanan yang cukup besar buat Sarri untuk berjuang mengekalkan kedudukan dirinya – apatah lagi selepas beberapa siri kritikan terbuka terhadap pemain dan pengurusan.

4. Eusebio Di Francesco (AS Roma)

Di Francesco menjalani musim pertama bersama AS Roma dengan cemerlang. Pengurus berusia 49 tahun itu berjaya membawa pasukan menamatkan saingan liga di tempat ketiga. Bagaimanapun, prestasi Roma musim ini tidak seperti yang diharapkan.

I Giallorossi kini terjerumus di kedudukan ke-6 dan setakat ini mengumpul 38 mata daripada 23 perlawanan. Kekalahan memalukan 7-1 keatas Fiorentina dalam saingan Coppa Italia menambahkan lagi spekulasi mengenai masa depan Francesco di Roma.

5. Domenico Tedesco (Schalke 04)

Skuad dengan jolokan ‘Die Knappen’ mengakhiri saingan Bundesliga musim lalu ditempat kedua. Namun kisah musim ini berbeza sekali. Schalke kini sedang bergelut dengan prestasi tidak menentu sehingga meletakkan mereka berada dikedudukan ke-14 selepas 21 perlawanan dengan hanya 22 mata terkumpul.

Faktor keletihan akibat kepadatan jadual perlawanan selepas turut bersaing dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah menjadi alasan utama Tedesco akan prestasi semasa pasukan kendaliannya. Namun penyokong mula menunjukkan rasa ‘muak’ dan amendesak supaya pengurus itu melakukan perubahan dalam struktur pemainan jika mahu terus bertahan di VELTINS-Arena.

Penutup

Adakah anda tahu pengurus kelab mana yang turut kini kedudukan mereka turut terancam akibat masalah prestasi?

Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN