5 Pemain Yang Perlu Tinggalkan Barcelona Demi Masa Depan Lebih Cerah

Tidak dinafikan Barcelona secara perlahan-lahan telah menunjukkan peningkatan pada musim ini di bawah kendalian Ronald Koeman. Selepas permulaan yang buruk, Barcelona kini bersaing rapat dengan Atletico Madrid dan Real Madrid untuk kejuaraan La Liga.

Namun bagamana cabaran mereka pada musim hadapan? Barcelona dilaporkan mengalami krisis kewangan dan jelas perlu melepaskan beberapa pemain untuk membenarkan Koeman membawa masuk pemain baharu.

Beberapa pemain juga semakin jelas sudah tidak ada masa depan untuk kekal di Nou Camp. Berikut adalah lima pemain Barcelona yang wajib berpindah pada musim panas akan datang demi masa depan yang lebih baik di kelab lain.

Neto

Barcelona’s Brazilian goalkeeper Neto warms up before the 55th Joan Gamper Trophy friendly football match between Barcelona and Elche at the Camp Nou stadium in Barcelona on September 19, 2020. (Photo by Josep LAGO / AFP)

Penjaga gol dari Brazil, Neto ibarat individu yang dilupakan di Nou Camp dan dilaporkan ingin meninggalkan kelab tersebut pada musim panas ini, Neto adalah penjaga gol kedua di belakang Marc-andre ter Stegen pada musim ini, dan peluang beraksi di dalam pasukan utama amat sukar untuk hadir melainkan kecederaan atau pergantungan berlaku kepada penjaga gol dari Jerman itu.

Neto amat cemerlang ketika masih bersama Valencia dan diyakini mampu beraksi di dalam kesebelasan utama mana-mana kelab eropah uang lain. Keinginan Neto untuk berpindah juga mungkin memudahkan Barcelona yang boleh menggunakan hasil penjualan penjaga gol itu untuk dilaburkan di posisi lain.

Gergasi Catalan itu tidak perlu membeli penjaga gol baharu untuk menggantikan Neto kerana memiliki penjaga gol skuad Barcelona B, Inaki Pena yang boleh dipromosikan ke skuad utama.

Martin Braithwaite

Barcelona’s Danish forward Martin Braithwaite prepares to kick the ball during the Spanish League football match between Huesca and Barcelona at the El Alcoraz stadium in Huesca on January 3, 2021. (Photo by Pau BARRENA / AFP)

Martin Braithwaite mencipta sensasi tersendiri ketika tiba di Nou Camp kerana didatangkan secara khas selepas jendela perpindahan La Liga ditutup Januari tahun lalu. Braithwaite dibawa masuk selepas Barcelona dilanda masalah kecederaan meruncing di bahagian serangan.

Mempergunakan sepenuhnya peraturan La Liga itu, Barcelona menyambar Braithwaite dengan mengaktifkan klausa perpindahan pemain tersebut bernilai £18 juta dari Leganes.

Secara keseluruhan prestasi Braithwaite bersama Barcelona agak memuaskan. Tetapi realiti sebenarnya ialah pemain antarabangsa Denmark itu sememangnya tidak mempunyai masa depan di Nou Camp sejak dari awalnya.

Hari ini pemain-pemain utama seperti Lionel Messi, Antoine Griezmann, Ansu Fati dan Ousmane Dembele berada di hadapan beliau sebagai pilihan untuk berada di dalam kesebelasan utama oleh Ronald Koeman.

Barcelona sendiri dijangka akan menjual Braithwaite kepada mana-mana kelab yang berminat untuk mendapatkan seorang penyerang berkualiti tinggi dan juga sebagai pengganti Luis Suarez.

Samuel Umtiti

Barcelona’s French defender Samuel Umtiti (L) jumps for the ball with Napoli’s Colombian goalkeeper David Ospina during the UEFA Champions League round of 16 first-leg football match between SSC Napoli and FC Barcelona at the San Paolo Stadium in Naples on February 25, 2020. (Photo by Filippo MONTEFORTE / AFP)

Karier Samuel Umtiti ibarat berada di dalam keadaan pegun sejak beberapa musim lalu akibat beberapa siri kecederaan yang dilaluinya. Tidak dinafikan pemain antarabangsa Perancis ini adalah seorang pemain pertahanan tengah berkualiti tinggi jika berada di tahap kecergasan terbaik.

Namun Barcelona seperti tiada pilihan selain untuk menjual pemain ini dan tidak boleh terus berharap dengan tahap kecergasan serba tidak menentu dari pemain ni.

Gandingan Clement Lenglet dan Gerard Pique dilihat sebagai gandingan pilihan utama Koeman. Peningkatan prestasi pemain seperto Iscar Mingueza dan Ronald Araujo juga semakin menyukarkan peluang Umtiti.

Akhirnya ketibaan Eric Garcia akan menjadi isyarat jelas Umtiti sudah tidak lagi diperlukan. Manchester United adalah antara kelab yang mengikuti rapat perkembangan pemain ini, namun belum ada sebarang tawaran rasmi dilakukan setakat ini.

Miralem Pjanic

Barcelona’s Bosnian midfielder Miralem Pjanic controls the ball during the UEFA Champions League group G football match between Barcelona and Dynamo Kiev at the Camp Nou stadium in Barcelona, on November 4, 2020. (Photo by LLUIS GENE / AFP)

Miralem Pjanic ibarat mengalami mimpi ngeri sejak didatangkan secara mengejutkan ke Nou Camp pada musim panas lalu. Pemain tengah Bosnia itu adalah antara pakej urus niaga perpindahan Arthur ke Juventus. Perancangan asal ialah Barcelona mahukan seorang pemain yang lebih muda pada usia belum mencecah 30 tahun.

Perpindahan tersebut ibarat memakan diri. Sehingga kini Pjanic gagal menyerlah untuk Barcelona. Ronald Koeman juga kelihatan tidak menyandarkan kepercayaan kepada pemain ini. Malah pemain seperti Pedri atau Riqui Puig lebih kerap mendapat kepercayaan  Koeman berbanding Pjanic.

Bekas pemain tengah Barcelona itu adalah antara pemain Barcelona harap mereka boleh jual pada musim panas akan datang. Persoalannya, kelab mana pula yang berminat untuk mendapatkan Pjanic?

Philippe Coutinho

Barcelona’s Brazilian midfielder Philippe Coutinho controls the ball during the 55th Joan Gamper Trophy friendly football match between Barcelona and Elche at the Camp Nou stadium in Barcelona on September 19, 2020. (Photo by Josep LAGO / AFP)

Philippe Coutinho adalah pemain ketiga termahal yang pernah dibeli sepanjang sejarah Barcelona. Tetapi penghijrahan pemain ini ke Nou Camp dari Anfield tidak mempunya apa-apa untuk dibanggakan melainkan malapetaka.

Gagal menyerlah pada musim pertamanya bersama Barcelona sebelum dipinjamkan ke Bayern Munich, masa depan Coutinho sememangnya tidak pernah ada di Nou Camp sejak dari mulanya.

Adakalanya Coutinho menyerlahkan prestasi luar biasa yang pernah ditampilkan ketika bersama Liverpool suatu ketika dahulu. Namun demikian konsistensi sentiasa menjadi isu.

Perpindahan Coutinho ke Barcelona dengan nilai £142  juta sentiasa dianggap sebagai perpindahan terburuk di dalam sejarah bola sepak. Barcelona dikatakan sanggup melepaskan pemain ini pada nilai £35 juta, dan Everton dikatakan sebagai pasukan yang berminat untuk mendapatkan khidmat pemain ini untuk saingan musim hadapan.

Penutup

Pada pendapat kami perpindahan lima pemain ini hanya mewujudkan situasi menang-menang untuk pihak kelab dan pemain sendiri. Hasil penjualan membenarkan Barcelona membentuk sebuah pasukan baharu.

Pada masa yang sama pemain juga berpeluang merevolusikan karier masing-masing di tempat lain. Apa pandangan anda? Nyatakan pendapat anda melalui platform yang kami sediakan. Kami juga mahu mendengarnya daripada anda.

Baca artikel lain mengenai Barcelona melalui pautan di bawah:

5 Perkara Joan Laporta Perlu Lakukan Untuk Perkasakan Kembali Barcelona FC

5 Perubahan Berani Perlu Dilakukan Barcelona Jika Mahu Kembali Bangkit Musim Hadapan

Sudah Pokai & Miskin, Ini Cara Ronald Koeman Pastikan Barcelona Kembali Ke Landasan Persaingan

Leave a Reply