5 Pemain Yang Menjadi “The Biggest Flop” Selepas Berhijrah Ke Premier League

Bagi kebanyakan peminat, saingan Premier League merupakan liga bola sepak kompetetif dan dianggap yang terbaik di dunia.

Ia menyebabkan ramainya bintang berprofil tinggi yang tertarik untuk beraksi dalam kancah saingan bola sepak Inggeris.

Terdapat juga segelintir peminat yang menganggap Premier League sebagai kayu ukur untuk menilai kehebatan seseorang pemain itu hebat atau tidak.

Misalnya mereka sering memperdebatkan kehebatan Messi hanya kerana bintang Argentina itu tidak pernah beraksi di pentas saingan bola sepak Inggeris yang dianggap paling kompetetif.

Tidak dinafikan juga ramai bintang yang tidak begitu menyerlah ketika beraksi di England, namun mereka benar-benar bersinar ketika beraksi di luar.

Tidak pasti sama ada pemain itu ada masalah tertentu untuk menyesuaikan diri, atau mereka tidak sesuai dengan corak permainan pasukan diwakili dan mungkin juga kerana mereka tak mampu bersaing dengan gaya permainan dalam saingan bola sepak Inggeris.

Ramai sebenarnya pemain yang bersinar di tempat lain, namun malap ketika karier mereka dalam saingan Premier League.

Berikut merupakan lima pemain yang kariernya merudum ketika beraksi dalam saingan Premier League dan bersinar ketika beraksi bersama pasukan lain.

1. Diego Forlan

Kelab Diwakili: Manchester United
Penampilan Premier League: 63

Tidak kira dari mana senarai seperti ini dikeluarkan, nama Diego Forlan tentunya akan disenaraikan, dan beliau sememangnya dianggap pemain paling merudum dalam sejarah saingan Premier League.

Forlan ketika kariernya di Old Trafford, beliau perlu menunggu sehingga 24 perlawanan untuk menjaringkan gol pertamanya dalam saingan liga.

Tetapi tidak dinafikan juga yang beliau antara pemain yang paling bekerja keras di Old Trafford pada ketika itu, dalam usahanya untuk mendapatkan semula corak permainan terbaiknya.

Beliau berjaya menjaringkan 10 gol dan mencatatkan tujuh assist sepanjang kariernya bersama Manchester United, dan antara detik terindah Forlan ketika itu adalah kejayaan beliau menjaringkan dua gol bertemu Liverpool pada tahun 2002.

Walau bagaimanapun, Forlan berjaya mendapatkan rentak persembahan terbaiknya selepas beliau meninggalkan United, bermula dengan menyertai Villarreal pada tahun 2004.

Pemain kebangsaan Uruguay itu berjaya menjaringkan 58 gol dari 121 penampilan sepanjang tempoh tiga tahun bersama Villarreal, Forlan kemudiannya telah ditandatangani oleh Atletico Madrid.

Tidak diragukan lagi, karier terbaik Forlan adalah ketika beliau beraksi bersama Atletico Madrid, dengan beliau berjaya menjaringkan 96 gol dari 198 perlawanan.

Beliau juga berjaya membantu Atletico Madrid menjuarai saingan Europa League pada musim 2009/10, dengan menjaringkan kedua-dua gol ketika menewaskan Fulham 2-1.

2. Andriy Shevchenko

Kelab Diwakili: Chelsea
Penampilan Premier League: 48

Andriy Shevchenko telah ditandatangani oleh Chelsea dari AC Milan pada tahun 2006 dengan yuran perpindahan memecah rekod Premier League bernilai £30.8 juta.

Para peminat di Stamford Bridge begitu teruja dengan kedatangan bintang Ukraine itu, dan tentunya ramai yang meletakkan harapan tinggi padanya.

Sayang sekali untuk pengurus skuad kebangsaan Ukraine itu, beliau gagal untuk memberikan sebarang impak dan tidak membuktikan nilai tinggi yang dibayar oleh kelab untuk mendapatkan khidmatnya berbaloi.

Beliau hanya mampu menjaringkan sembilan gol sahaja dalam saingan Premier League, sebelum dilepaskan oleh kelab pada tahun 2009.

Walaupun Shevchenko turut mempunyai detik-detik indah ketika kariernya di Stamford Bridge, namun beliau tetap dikenang sebagai salah seorang pemain paling merundum dalam sejarah Premier League.

Ia juga menyebabkan ramai orang yang terlupa bagaimana hebatnya Shevchenko sebelum beliau melengkapkan perpindahan menyertai Premier League.

Shevchenko sebelum itu berjaya meledak 175 gol untuk AC Milan dan turut memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun 2004.

Beliau turut bersinar ketika beraksi bersama Dynamo Kyiv, termasuk mencatatkan hat-trick ketika aksi bertemu Barcelona di Nou Camp dalam saingan Champions League.

3. Angel Di Maria

Pasukan Diwakili: Manchester United
Penampilan Premier League: 27

Angel Di Maria pernah membazirkan sedikit masa di pentas Premier League pada satu ketika dahulu, dan menyebabkan peminat bingung memikirkan mengapa United mengeluarkan dana besar untuk mendapatkan khidmatnya pada tahun 2014.

Statistik terbaik Di Maria ketika kariernya di Old Trafford

Beliau berjaya menjaringkan tiga gol dan mencatatkan tiga dari lima penampilan pertamanya di pentas saingan Premier League, termasuk gol sungkit menakjubkan ketika bertemu Leicester City.

Selepas dari itu, pemain kebangsaan Argentina itu gagal untuk menjaringkan sebarang gol sebelum beliau melengkapkan perpindahannya menyertai Paris Saint Germain.

Angel Di Maria telah dijual ke Paris Saint Germain dengan Manchester United dilaporkan menanggung kerugian bernilai £15 juta dari kos membawanya ke Old Trafford.

Walaupun beliau gagal untuk menambah bilangan golnya untuk Red Devils, Di Maria berjaya mengakhiri kariernya di pentas Premier League dengan merekodkan 10 assists.

Hanya Cesc Fabregas dan Santi Cazorla sahaja yang mencatatkan lebih banyak assists berbanding Angel Di Maria pada musim tersebut.

Namun begitu, beliau juga harus dipuji kerana beliau bermain pada ketika itu dalam keadaan Manchester United tidak mempunyai identiti mereka, dengan ramai pemain yang gagal menyerlah.

Sejak menyertai PSG, Di Maria berjaya mengingatkan para peminat tentang mengapa Manchester United perlu membayar nilai yang tinggi untuk mendapatkan khidmatnya.

Beliau berjaya mendapatkan semula rentak permainan terbaiknya dan menjadi salah seorang pemain terpenting kelab sehingga ke hari ini.

4. Juan Sebastian Veron

Kelab Diwakili:Manchester United, Chelsea
Penampilan Premier League: 58

Ketika Sir Alex Ferguson memberi bayangan bahawa pemain itu tidak cukup bagus untuk bersaing dalam saingan Premier League, ia sukar untuk sesiapa fahami.

Namun itulah situasi yang berlaku pada Juan Sebastian Veron, yang menyertai Manchester United pada tahun 2001 dengan yuran perpindahan bernilai £28.1 juta.

Dua tahun selepas itu, beliau telah dilepaskan ke Chelsea dengan yuran perpindahan bernilai £15 juta sahaja selepas gagal memberikan impak di Old Trafford.

“Juan Veron sememangnya seorang pemain yang sangat berbakat dan mempunyai kualiti yang mengagumkan. Tapi pada masa ini, dia baru sedar yang Premiership agak sedikit sukar.”

Jelas Sir Alex Ferguson tidak lama selepas pemergian Veron.

“Dia merupakan pemain Eropah dan di situ lah di mana kami dapat melihat rentak permainan terbaik dari dia. Dia tak mahu pergi. Ejen dia sudah bercakap dengan Chelsea dan dia tahu dia akan pergi.”

“Kita perlu lihat pada jangka masa panjang, dan secara keseluruhannya, tawaran yang kami terima sangat baik untuk ditolak.”

Melihat kepada kariernya dalam saingan Premier League, tidak dapat dinafikan lagi yang Veron tidak sehebat seperti yang dijangka. Tidak kira ketika bersama Manchester United, mahupun bersama Chelsea.

Namun kualiti yang beliau tunjukkan ketika beraksi di luar England, tidak mungkin akan dilupakan oleh para peminat.

Di Itali, Veron merupakan pemain terpenting yang membantu Lazio dan Parma memenangi pelbagai gelaran ketika kariernya di sana.

Beliau turut pernah memenangi gelaran Serie A ketika beraksi bersama Inter Milan dan sebelum bersara, Veron berjaya memenangi dua lagi gelaran liga ketika beraksi di Argentina.

Pada tahun 2009, beliau telah dinobatkan sebagai Argentinian Fotballer of The Year. Dan kerana itulah beliau akan dikenang sebagai legenda di merata tempat, tetapi tidak ketika kariernya di pentas Premier League.

5). Iago Aspas

Pasukan Diwakili: Liverpool
Penampilan Premier League: 14

Malang untuk Iago Aspas, ketika aksi merudum beliau bersama Liverpool, dunia bola sepak sudah terdedah di dunia media sosial.

Sepakan penjuru beliau ketika aksi kekalahan 2-0 di tangan Chelsea pada 2014, telah mencuri tumpuan ramai dengan video aksi bola hantaran beliau dapat ke Willian tular di media sosial.

Beliau jelas sekali gagal untuk memberikan impak positif kepada Liverpool ketika kariernya di Anfield dan aksinya juga sering dipertikaikan oleh para peminat.

Namun selepas meninggalkan Liverpool, bermula dengan dipinjamkan ke Sevilla pada tahun 2014 (beliau memenangi gelaran Europa League) sebelum ditandatangani secara tetap setahun selepas itu.

Aspas berjaya mendapatkan semula tahap persembahan terbaiknya dan beliau kini merupakan pahlawan sejati bersama Celta Vigo.

Dari 380 penampilan untuk kelab, Aspas telah berjaya menjaringkan 166 gol dan turut dipanggil untuk melakukan debut bersama skuad kebangsaan Sepanyol.

Beliau turut membuat 18 penampilan bersama La Roja dengan menjaringkan enam gol sepanjang tempoh tersebut.

Aspas ketika ini sudah berusia 34 tahun, dan ramai yang berfikir karier beliau bakal terhenti, namun beliau tetap masih berjaya mengekalkan rentak persembahan yang sungguh menakjubkan.

Musim lalu, beliau menjadi antara pemain paling banyak mencatatkan assists dalam saingan La Liga dengan merekodkan 13 assists untuk Celta Vigo.

Masih ramai sebenarnya pemain yang dianggap mengalami kemerosotan prestasi ketika karier mereka di pentas saingan Premier League.

Namun senarai ini hanya menampilkan lima sahaja dari kesemua pemain-pemain tersebut.

Sumber: Squawka

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply