Senarai Pemain Tottenham ‘Terpaksa Rela’ Jual Sebelum ‘Mogok’ Harry Kane

Walaupun dikategorikan sebagai antara kelab ‘Big Six’ di Premier League, Tottenham masih gagal meraih sebarang kejuaraan sepertimana kelab-kelab elit lain di England.

Ini menjadi punca Spurs sentiasa bergelut dengan perpindahan pemain setiap kali jendela perpindahan dibuka. Ia juga bukan perkara baru untuk pemain Spurs menyertai kelab lain di kalangan ‘Big Six’ atau mana-mana kelab besar di eropah yang lain.

Terbaru, Manchester City dilaporkan yakin untuk mendapatkan khidmat Harry Kane. Buat masa ini Spurs cuba untuk menahan penyerang utama England itu untuk kekal di England. Soalannya ialah sampai bila?

Berikut adalah antara pemain yang Tottenham pernah lepaskan dengan cara ‘terpaksa rela’.

Kyle Walker

Kyle Walker adalah pemain kedua termahal pernah dijual sepanjang sejarah Tottenham Hotspur. Walker berhijrah untuk menyertai Manchester City kendalian Pep Guardiola pada musim panas 2017 dengan nilai perpindahan £45 juta.

Pemain pertahanan berusia 31 tahun itu pada hari ini menjadi tunjang kekuatan taktikal Guardiola sejak beberapa musim lalu.

Walker sehingga kini telah membantu City meraih tiga kejuaraan Premier League, empat kejuaraan Piala Liga dan satu kejuaraan Piala FA.

Dalam salah satu aksi di pertandingan Champions League, Walker turut membuktikan dirinya mampu berfungsi sebagai penjaga gol.

Robbie Keane

Perpindahan Robbie Keane ke Anfield agak serabut. The Reds secara umum menyatakan minat untuk mendapatkan peman Ireland itu pada 2008, menyebabkan Spurs membuat aduan rasmi kepada Premier League kerana cubaan ‘tapping up’.

Pada penghujung Julai perpindahan itu bagaimanapun menjadi realiti, dan Spurs membenarkan Keane menyertai Liverpool dengan nilai £19 juta.

Pemain penyerang itu mengikat kontrak selama empat tahun, dan bangga kerana menyertai kelab yang disokongnya sejak zaman kanak-kanak lagi.

Namun selepas hanya tujuh gol dari 128 penampilan, Keane seperti ‘walk alone’ dan terpaksa mencari laluan kembali menyertai Tottenham pada jendela perpindahan Januari musim berikutnya. Kapten legenda Liverpool, Steven Gerrard pernah mendedahkan hubungan Keane dan pengurus Rafael Benitez yang kurang baik adalah antara punca Keane hanya bertahan 189 hari di Anfield.

Tottenham masih perlu membayar £12 juta untuk mendapatkan Keane kembali.

Dimitar Berbatov

Selepas menjaringkan 23 gol dari 52 penampila untuk Spurs pada musim 2007/08, Berbatov berhijrah menyertai Manchester United dengan nilai £30 juta.

Perpindahan Berbatov ke Old Trafford sebenarnya tidak mudah. Pemain ini mempunyai perwatakan yang dipersoalkan ketika di White Hart Lane sebelum perpindahan tesebut berlaku.

Dimitar Berbatov enggan beraksi dari bangku pemain simpanan dalam perlawanan menentang Newcastle pada Oktober 2007. Berbatov diarahkan berbuat demikian sebanyak 3 kali oleh Martin Jol.

Walaupun Berbatov masih tampil dalam perlawanan tersebut, Tottenham tewas 3-1. Keputusan tersebut merupakan salah satu sebab pengurus berbangsa Belanda, Martin Jol dipecat pada penghujung Oktober 2006.

Perkhabaran Manchester United dan minat dari Sir Alex Ferguson dikatakan telah mendorong sikap sedemikian oleh Berbatov. Pemain antarabangsa Bulgaria itu akhirnya dilepaskan ke Old Trafford pada musim panas 2007.

Berbatov kemudiannya tampil dengan lebih banyak jaringan untuk The Red Devils. Hatrik ikonik menentang Liverpool di Old Trafford adalah antara yang paling diingati sehingga ke hari ini.

Michael Carrick

Michael Carrick beraksi selama dua musim bersama Tottenham sebelum berjaya meyakinkan Sir Alex mendapatkan pemain tengah itu dengan nilai £14 juta pada musim panas 2006. Tetapi ia nyata antara pelaburan paling berbaloi pada era Ferguson.

Carrick berkhidmat bersama Manchester United selama 12 musim, dan pemain yang dikenali kerana ketenangannya itu tampil di dalam 464 perlawanan untuk skuad Red Devils.

Penghujung musim 2012/13 menyaksikan Carrick dinamakan sebagai antara calon Pemain Terbaik PFA. Sekurang-kurangnya Arsene Wenger yakin Carrick sepatutnya lebih layak untuk dinamakan pemenang anugerah itu.

“Dia adalah seorang penghantar bola yang berkualiti. Dia boleh sahaja beraksi bersama pasukan seperti Barcelona, dia akan pantas menyesuaikan diri dengan corak permainan mereka,” kata Wenger.

Wenger dan Arsenal adalah seteru utama Manchester United pada era itu. Namun anda tetap akan mendengar pujian yang selayaknya diperolehi walaupun untuk lawan ketika itu.

Teddy Sheringham

Sheringam berhijrah dari Spurs ke Manchester United sebelum Carrick dan Berbatov. Penyerang England itu dianggap seperti trendsetter untuk penghijrahan pemain ke Old Trafford selepas itu.

Ferguson mendapatkan Sheringham hanya pada harga £3.5 juta pada musim panas 1997. Sheringham sering kali diberikan harapan tinggi untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan Eric Cantona pada ketika itu.

Sheringham amat dikenali kerana mempunyai hubungan tidak baik dengan gandingganya Andy Cole.

Namun ia tidak menghalang status wira pemain ini di kalangan penyokong setia Red Devils – terutamanya peranan Sheringham di malam bersejarah di Nou Camp pada 1999.

Luka Modric

Strategi mogok bagaimanapun tidak berkesan buat seorang lagi bekas pemain Spurs, Luka Modric. Pada musim panas 2011, Tottenham menolak bidaan £22 juta, dan kemudian £27 juta daripada Chelsea untuk pemain antarabangsa Croatia itu.

Modric kemudiannya memboikot latihan kerana percaya dirinya dan Levy mempunyai “gentleman’s agreement” untuk membenarkan penghijrahan ke kelab yang lebih besar.

Akhirnya Modric terus kekal di utara London untuk semusim lagi sebelum berpindah ke Real Madrid dengan nilai £30 juta pada musim panas berikutnya.

Gareth Bale

Sebelum perpindahan ke Real Madrid, Gareth Bale juga pernah bertindak tidak melaporkan diri ke kem latihan dalam usaha memaksa penghijrahan ke Sepanyol.

Spurs bagaimanapun terpaksa akur dengan tawaran £85 juta oleh Real Madrid untuk membenarkan pemain itu menyertai Los Blancos pada 2013.

Bale bagaimanapun dipercayai melalui detik sukar kerana bersengketa dengan pengendali pasukan, Zinedine Zidane, dan sejak dari itu berita pemain itu akan dijual tidak pernah luput.

https://twitter.com/Wussein/status/1422235635264405515

Musim lalu Bale kembali menyertai Spurs secara pinjaman. Namun aksi yang ditampilkan oleh pemain itu bukanlah seperti Bale yang dahulu.

Untuk rekod, sejak 2013, Bale sudah memenangi empat kali Champions League, dua gelaran La Liga, tiga kejuaraan Club World Cups disamping trofi lain sepanjang di sana.

Rumusan

Pihak atasan Tottenham Hotspur dijangka akan memberikan jalan yang sukar buat Harry Kane untuk berpindah.

Hal ini kerana, pengerusi kelab iaitu Daniel Levy kini bersedia untuk menutup segala ruang bagi kapten England itu daripada berpindah keluar dari kelab itu.

Jika Kane tinggalkan mereka, maka hilanglah taring serangan pasukan Tottenham dan pasukan dijangka akan terus malap dalam usaha untuk mencabar kejuaraan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN