5 Pemain Terbaik Liverpool Ketika Aksi Bertemu Porto

Liverpool yang sudah layak ke pusingan 16 terbaik saingan Champions League musim ini turun melayan kunjungan Porto ke bumi Anfield awal pagi tadi.

Perlawanan ini merupakan pertembungan kedua Liverpool dan Porto dalam aksi peringkat kumpulan B, dengan perlawanan pertama dimenangi oleh The Reds dengan keputusan 5-1.

Liverpool memiliki rekod 100 peratus kemenangan dalam saingan Champions League musim ini, dengan mereka turun dalam perlawanan ini sebenarnya sekadar melengkapkan jadual sahaja.

Porto sementara itu berada di kedudukan kedua dalam saingan peringkat kumpulan, dengan mereka mencari tambahan mata untuk mengukuhkan kedudukan mara ke pusingan seterusnya.

Sayangnya untuk Porto, walaupun Liverpool tidak menurunkan skuad terbaik mereka, namun gergasi Portugal itu gagal untuk menandingi kehebatan pasukan tuan rumah.

Pasukan pelawat dikejutkan dengan kekalahan 2-0 bertemu gergasi dari saingan Premier League itu, selepas Thiago Alcantara dan Mohamed Salah muncul sebagai penjaring gol kemenangan untuk Liverpool.

Liverpool sebenarnya kerap kali melancarkan serangan, dengan ada gol mereka yang turut dibatalkan kerana offside.

Mereka akhirnya berjaya memecah kebuntuan dengan memperoleh gol pertama pada minit ke-52 permainan, menerusi Thiago Alcantara yang menjaringkan gol yang sungguh luar biasa mengagumkan.

Mohamed Salah kemudiannya menjaringkan gol kedua Liverpool pada minit ke-70 permainan, seterusnya mengesahkan kemenangan 2-0 mereka menewaskan Porto.

Skuad Porto turut beberapa kali berusaha untuk menewaskan Alisson, namun kecekapan penjaga gol dari Brazil itu, ditambah kekentalan barisan pertahanan, ia menjadi tugas yang sukar untuk pasukan pelawat mencari gol.

Kemenangan 2-0 ini mengukuhkan rekod cemerlang Liverpool dalam saingan Champions League musim ini, dengan mereka berjaya mencatatkan lima kemenangan dari lima perlawanan.

Berikut merupakan barisan lima pemain yang berprestasi terbaik ketika bertemu Porto awal pagi tadi, seterusnya menjadi nadi penting sebalik kemenangan skuad The Reds.

5. Joel Matip

Dengan Virgil Van Dijk diberikan masa untuk berehat, Joel Matip telah diturunkan untuk bergandingan dengan Ibrahima Konate di bahagian centre-back Liverpool.

Memang ada sedikit keraguan dari segi komunikasi pemain pertahanan berpengalaman itu, termasuk juga dengan skill dan tumpuan ketika aksi babak pertama permainan.

Namun semakin panjang tempoh perlawanan, beliau telah menunjukkan peningkatan yang mendadak pada aksi dan persembahannya dalam perlawanan ini.

Walau beliau tidak memiliki ciri kepimpinan, Matip tetap berjaya mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dalam perlawanan ini.

Beliau sangat dominan ketika melibatkan bola di udara dengan Matip memenangi lapan perebutan bola di udara dan beliau juga cemerlang memastikan tiada sesiapa menggelecek melepasi beliau.

Matip turut mencatatkan empat clearances dan melakukan tiga tackles sempurna serta cemerlang melakukan tiga hantaran panjang yang sempurna.

Secara keseluruhannya, ia merupakan aksi persembahan yang boleh dibanggakan untuk pemain berusia 30 tahun itu sepanjang aksinya bertemu Porto.

4. Neco Williams

Pengurus Liverpool, Jurgen Klopp merehatkan beberapa pemain utama beliau dalam perlawanan ini, dengan pemain pertahanan, Trent Alexander Arnold turut sama direhatkan.

Dek kerana Trent terpaksa direhatkan, maka Klopp memberi ruang kepada Neco Williams untuk turun beraksi dan menikmati magis indah beraksi di Anfield dalam saingan Champions League.

Pemain kebangsaan Wales itu cemerlang menjalankan tugasnya dalam perlawanan ini, dengan beliau sama sekali tidak melepaskan Luis Diaz untuk memberi ancaman ke gawang gol Liverpool.

Beliau pada awal perlawanan dilihat sedikit huru-hara dari segi positioning, namun selepas beberapa minit beraksi, Williams nampak makin selesa dan cemerlang pamer aksi yang menakjubkan.

Beliau sangat berfungsi untuk kedua-dua bertahan dan menyerang dalam perlawanan ini, dengan mencatatkan lima gelecekan sempurna, tiga tackle, dan dua key passes.

3. Jordan Henderson

Menjelang aksi pertemuan bertemu Porto, ketua pasukan Liverpool, Jordan Henderson sering berada dalam kesebelasan utama Liverpool sepanjang aksi peringkat kumpulan B, saingan Champions League.

Pemain kebangsaan Inggeris itu bahkan turut berjaya menjaringkan gol yang membantu Liverpool menewaskan AC Milan ketika aksi perlawanan pembukaan dalam saingan musim ini.

Memandangkan betapa pentingnya beliau untuk skuad Liverpool, Klopp memutuskan untuk beliau direhatkan dari beraksi bertemu Porto.

Walau bagaimanapun, pada minit ke-63 permainan, Jurgen Klopp memutuskan untuk memasukkan Jordan Henderson kerana skuad sepertinya memerlukan khidmat beliau.

Kemasukkan beliau ternyata membuahkan hasil selepas ketua pasukan Liverpool itu berjaya mencatatkan assists untuk gol jaringan Mo Salah.

Beliau berjaya bermain saling bertukar hantaran dengan Mo Salah, dan membuka ruang untuk bintang Mesir itu meledak gol kedua Liverpool dalam perlawanan ini.

Walau beraksi selama 27 minit, Henderson berjaya memenangi lima duels, dua tackle dan turut mencipta satu peluang untuk menjaringkan gol.

2. Mohamed Salah

Mohamed Salah tidak dinafikan lagi sememangnya seorang pemain penyerang yang sangat prolifik, dan tidak keterlaluan juga untuk menganggap beliau sebagai pemain terhebat dunia pada ketika ini.

Pemain sayap kanan Liverpool itu berjaya menjaringkan 17 gol dan turut mencatatkan enam assists dari 17 penampilan bersama Liverpool dalam semua pertandingan musim ini.

Dengan kedudukan sudah layak sebagai juara kumpulan, Liverpool sebenarnya tidak memerlukan khidmat Salah di posisi serangan dalam perlawanan ini.

Walau bagaimanapun, dek kerana Salah mahu terus memperbaiki rekod jaringan beliau pada musim ini, maka Jurgen Klopp tetap memberi ruang kepada bintang Mesir itu untuk turun beraksi.

Salah benar-benar bersemangat untuk memburu gol, sudah tentu beliau dalam perlawanan ini jelas sekali tidak begitu bergerak seperti kebiasaannya, dan hanya menyumbang ketika bola sampai ke kawasannya.

Pemain sayap berusia 29 tahun itu sering memberi masalah kepada barisan pertahanan Porto dalam perlawanan ini dengan larian pantas dan kelincahan beliau untuk masuk ke kotak penalti.

Gol kedua Liverpool yang dijaringkan oleh beliau juga sebenarnya kombinasi permainan satu dua antara beliau dengan Jordan Henderson.

Salah melakukan bola ke arah Jordan Henderson dan memulakan langkah untuk pemain kebangsaan England itu melorongkan semula bola kepadanya.

Beliau berjaya melepasi Mateus Uribes seterusnya melencongkan bola untuk menewaskan Costa untuk mengesahkan gol kedua Liverpool.

Selepas membuktikan ketajaman beliau dengan menjaringkan gol yang cukup cantik itu, Jurgen Klopp telah mengeluarkan beliau pada minit ke-71 permainan, untuk memasukkan Divock Origi.

1. Thiago Alcantara

Thiago Alcantara merupakan pemain terbaik dalam perlawanan ini, dan beliau juga berjaya menjaringkan gol yang cukup cantik dan menakjubkan.

Karier beliau bersama Liverpool sebelum ini dilihat agak sendu, namun sejak akhir-akhir ini, beliau lebih kerap diberi kesempatan untuk turun beraksi.

Selepas kejayaan beliau menjaringkan gol yang cukup cantik dan menakjubkan itu, tidak hairanlah andai Thiago selepas ini akan lebih kerap diturunkan dalam kesebelasan Liverpool bawah kendalian Jurgen Klopp.

Beliau mengawal bahagian tengah padang dengan sangat sempurna dengan Thiago sering melakukan hantaran-hantaran cantik ketika membantu jentera serangan.

Antara aksi terbaik beliau dalam perlawanan ini jelas sekali ketika beliau menjaringkan gol half-volley pada aksi babak kedua permainan dan gol tersebut dianggap antara gol tercantik pernah beliau jaringkan.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasย untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN