5 Pemain Remaja Terhebat Dalam Dunia Bola Sepak Hari Ini

Pemain remaja terhebat

Kehadiran pemain remaja berbakat  bukanlah hal baru dalam dunia bola sepak, dengan setiap tahun tentunya akan muncul bakat-bakat muda yang cukup menakjubkan.

Peminat sendiri sudah menyaksikan betapa ramainya pemain handalan dunia yang mula menonjolkan diri masing-masing sejak di usia remaja lagi.

Walau di usia masih muda, mereka mampu untuk bersaing dengan pemain senior lain dan menyesuaikan diri dengan corak permainan berbeza berbanding kebiasaan mereka.

Segelintir dari mereka berjaya mengekalkan momentum sama dari awal kemunculan hingga ke hujung karier masing-masing.

Namun ada juga yang tergelincir dengan persembahan mereka mula merosot dan terus merosot hingga mereka tidak lagi menjadi pemain pilihan.

Pemain seperti Wayne Rooney, Cesc Fabregas dan Lionel Messi sendiri sebenarnya mula mencuri perhatian ramai sejak mereka usia remaja lagi.

Mereka melalui karier yang sungguh luar biasa gemilang dari usia remaja hingga ke penghujung karier masing-masing.

Bertuahnya mereka, kerana kesemua mereka datang ke tempat yang betul, dan diberi perhatian serta bimbingan yang selayaknya untuk bantu mereka mengembangkan lagi karier masing-masing.

Hari ini, semakin ramai pemain remaja yang mencuri perhatian dan mempamerkan aksi persembahan yang mampu memukau para peminat seluruh dunia.

Pemain seperti Kylian Mbappe dan Erling Haaland dianggap antara pemain emas yang akan terus mendominasi dunia bola sepak dalam tempoh yang panjang.

Selain kedua-dua bintang muda terbaik dunia itu, sebenarnya masih ada pemain di bawah usia 18 tahun, yang dianggap bakal menjadi prospek masa hadapan yang sungguh cemerlang.

https://twitter.com/PurelyFootball/status/1442260504508973058?t=GkfbxEQRfIWVEcuiV9hjRw&s=19

Berikut merupakan lima pemain remaja di bawah usia 18 tahun yang paling bernilai dalam dunia bola sepak hari ini.

5) Eduardo Camavinga (Real Madrid) – €55 juta

Eduardo Camavinga pada ketika ini baru berusia 18 tahun dan beliau telah berjaya mencuri perhatian begitu banyak kelab gergasi di benua Eropah ketika usianya baru 17 tahun.

Bekas bintang Stade Rennais itu melakukan debut bersama skuad kebangsaan Perancis ketika beliau baru berusia 17 tahun, sembilan bulan dan 29 hari.

Camavinga merupakan pemain yang bermain di posisi holding midfielder dengan beliau mempunyai kemampuan serta teknik permainan yang cukup menakjubkan.

Beliau juga mempunyai kebijaksanaan dalam membaca perlawanan yang sangat mengagumkan dan di usia yang muda, beliau sudah berjaya mengawal tempo permainan dengan sangat cemerlang.

Camavinga telah ditandatangani oleh Real Madrid pada musim panas baru-baru ini dengan yuran perpindahan bernilai €31 juta.

Pemain muda itu dilihat sebagai prospek masa hadapan kelab, dan beliau jelas sekali akan digunakan sebagai calon pengganti Casemiro.

Camavinga memberikan gaya permainan yang lebih dinamik untuk jentera tengah Real Madrid dan beliau dijangka bakal menjadi bintang utama kelab di masa hadapan.

4) Ansu Fati (Barcelona) – €60 juta

Disamping segala masalah yang dihadapi oleh Barcelona, baik dalam mahupun luar padang, mereka masih tetap boleh berbangga dengan satu hal.

Barca merupakan antara kelab yang paling banyak melahirkan pemain muda berbakat pada hari ini, dengan Ansu Fati antara pemain berusia 18 tahun yang telah mencuri perhatian peminat seluruh dunia.

Produk akademi kelab itu telah mempamerkan persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang awal musim 2020/21 sebelum beliau terpaksa diketepikan kerana dibelenggu masalah kecederaan.

Selepas hampir separuh musim menjalani rawatan, Ansu Fati akhirnya kembali beraksi untuk Barcelona dan menariknya lagi, persembahan beliau sama sekali tidak terjejas.

Barcelona sepertinya akan terus melindungi prospek masa hadapan mereka itu, dengan mereka memasukkan klausa perlepasan bernilai €1 billion dalam kontraknya.

Pada musim 2020/21, Ansu Fati berjaya menjaringkan lima gol dan turut mencatatkan empat assists dari 10 penampilan dalam semua pertandingan untuk skuad kendalian Ronald Koeman.

3) Florian Wirtz (Bayer Leverkusen) – €65 juta

Florian Wirtz merupakan pemain termuda dalam sejarah saingan Bundesliga yang berjaya menjaringkan 10 gol.

Beliau juga dilihat berpotensi untuk menjadi salah seorang pemain terhebat dalam dunia bola sepak, dan tentunya bakal menjadi pemain rebutan kebanyakan kelab gergasi Eropah.

Florian Wirtz menyertai Bayer Leverkusen dari FC Cologne pada tahun lalu dan beliau telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan sepanjang musim 2020/21.

Beliau pada musim ini sepertinya semakin berbisa dan menakjubkan dengan bintang berusia 18 tahun itu selain bermain di posisi attacking midfielder, beliau juga boleh bermain di posisi sayap.

Wirtz pada musim ini dilihat sangat menakjubkan dengan beliau sudah berjaya menjaringkan enam gol, dan turut mencatatkan lima assists, hanya dari lapan penampilan sahaja dalam semua pertandingan.

Beliau jugalah antara sebab mengapa Bayer Leverkusen mampu mengutip mata yang sama dengan Bayern Munich dalam saingan Bundesliga pada ketika ini.

Wirtz sudah melakukan empat penampilan bersama skuad senior Jerman, dan melihat kepada perjalanan kariernya pada ketika ini, tidak diragukan lagi yang beliau bakal menjadi prospek masa hadapan yang sungguh menakjubkan dalam dunia bola sepak.

2) Jude Bellingham (Borussia Dortmund) – €70 juta

Pemain midfield Borussia Dortmund, Jude Bellingham dianggap pemain yang sangat berbakat, bahkan ramai yang tidak percaya yang beliau baru berusia 17 tahun pada ketika ini.

Beliau antara pemain paling berprestasi dalam saingan Champions League pada musim lalu, dan telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan ketika bertemu Sevilla dan Manchester City.

Pada Jun lalu, usia Bellingham baru mencapai 18 tahun dan beliau pada ketika itu sudah mewakili skuad kebangsaan England dalam saingan Euro 2020.

Pemain muda berbakat itu telah mula mencuri perhatian peminat sejak dari kariernya bersama Birmingham City dalam saingan EFL Championship.

Beliau merupakan pemain di posisi serangan yang sangat berkesan dan akan sentiasa meninggalkan impak yang sangat positif setiap kali diturunkan beraksi.

Bellingham pada ketika ini sudah menjadi aset terpenting Borussia Dortmund dan tidak keterlaluan untuk katakan yang beliau antara nadi untuk skuad dari saingan Bundesliga itu.

Beliau juga berjaya menarik minat banyak kelab gergasi Eropah yang mahu mendapatkan khidmatnya, dan hanya menunggu masa saja untuk ditandatangani oleh pasukan lain.

1) Pedri (Barcelona) – €80 juta

Pedri merupakan antara pemain paling berprestasi sepanjang musim 2020/21, dengan pemain muda Barca itu boleh dianggap sudah beraksi dalam semua perlawanan untuk kelab dan negaranya.

Beliau menyertai Barcelona dari Las Palmas pada musim panas tahun lalu, dengan Pedri pada ketika ini dianggap jelmaan semula legenda Xavi dan Iniesta.

Pemain kebangsaan Sepanyol itu mempunyai vision, kreativiti dan kualiti hantaran yang sungguh menakjubkan.

Sejak awal kemunculannya bersama skuad utama Barca, Pedri telah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh mengagumkan.

Beliau turut dinobatkan sebagai pemain muda terbaik ketika beraksi untuk skuad kebangsaan Sepanyol dalam saingan Euro 2020.

Melihat kepada kemampuan dan persembahan hebat Pedri, Barca baru-baru ini telah mengumumkan tentang kontrak barunya..

Pedri menandatangani kontrak lanjutan selama lima tahun, dengan Barca turut meletakkan klausa perpindahan memecah rekod bernilai €1 billion dalam kontraknya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN