5 Pemain Kegemaran Xavi Yang Barcelona Boleh Beli Januari Ini

Barcelona baru-baru ini telah memecat pengurus kelab, Ronald Koeman selepas pengurus dari Belanda itu gagal untuk membantu kelab mendapatkan keputusan yang lebih baik.

Menurut laporan dari beberapa sumber, Barcelona pada ketika ini sedang dalam usaha mereka untuk melantik legenda kelab, Xavi untuk menjadi pengurus yang baharu.

Pengurus Al-Sadd itu dilaporkan sudah bersetuju untuk menerima tawaran dari Barca, dan kini kedua-dua belah pihak hanya menunggu waktu yang sesuai untuk mengumumkan hal ini secara rasmi.

Sama seperti semua orang pada ketika ini, Xavi turut sedar betapa teruknya skuad Barcelona pada ketika ini, dan sudah tentu tugas berat menanti beliau sebaik sah menjadi pengurus kelab.

Legenda kelab itu jelas sekali sangat diharap untuk membawa impak segera ke dalam skuad, dan membawa Barca kembali ke tempat di mana selayaknya mereka berada.

Mana-mana pengurus dalam dunia bola sepak ini sekalipun, mereka tentu mahu lakukan rombakan dalam skuad yang baru mereka sertai, dalam usaha untuk mendapatkan hasil yang lebih baik.

Untungnya untuk Xavi pula, seandainya beliau sah menjadi pengurus Barcelona dalam tempoh terdekat ini, beliau sudah boleh mendapatkan beberapa pemain baru untuk ditandatangani pada jendela perpindahan Januari nanti.

https://twitter.com/FabrizioRomano/status/1453680643548798979?t=trOYPDRyweuystl3888D9A&s=19

Berikut merupakan lima pemain yang boleh ditandatangani oleh Xavi pada jendela perpindahan Januari ini, seandainya beliau sudah sah diumumkan sebagai pengurus Barcelona.

5. Jules Kounde

Barcelona sejak beberapa musim kebelakangan ini sememangnya berdepan dengan masalah besar di posisi pertahanan.

Gerard Pique dan Jordi Alba sudah melepasi waktu kemuncak masing-masing, sementara Ronald Araujo dan Samuel Umtiti pula kerap kali dibelenggu masalah kecederaan.

Sangat jelas sekali yang memperbaiki barisan pertahanan merupakan perkara pertama yang perlu dilakukan oleh Xavi, seandainya beliau sah akan mengendalikan kelab.

Salah seorang calon terbaik yang boleh dibeli oleh Barcelona dalam usaha mereka untuk menambah baik barisan pertahanan adalah bintang Sevilla, Jules Kounde.

Pemain kebangsaan Perancis itu pada musim panas lalu telah dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona, dan beliau terus menerus menjadi pemain sasaran utama kelab.

Kounde bakal menjadi calon terbaik untuk bermain dalam sistem kendalian Xavi, memandangkan beliau mempunyai kemampuan teknikal yang menakjubkan.

Pemain berusia 22 tahun itu merupakan antara pemain pertahanan paling stabil dalam saingan La Liga sejak beberapa musim kebelakangan ini, dan beliau jelas akan jadi pilihan terbaik untuk Barca.

4. Edinson Cavani

Edinson Cavani telah dikaitkan dengan bakal menyertai Barcelona pada musim panas lalu. Dengan beberapa pemain di posisi serangan sedang bergelut dengan masalah kecederaan, Barca cuba meminjam Cavani dari United.

Walau bagaimanapun, rundingan Barca untuk meminjam Cavani dari United berakhir dengan kegagalan, memandangkan gergasi Premier League itu juga mahu menggunakan khidmat bintang Uruguay itu pada musim ini.

Cavani juga sepertinya tiada masalah untuk melengkapkan perpindahan menyertai pasukan lain selepas ini, memandangkan tempat untuk beliau dalam kesebelasan United juga agak terhad pada ketika ini.

Selepas kehadiran Cristiano Ronaldo, Cavani sepertinya perlu bertukar-tukar dengan Mason Greenwood, Anthony Martial dalam kesebelasan utama United.

https://twitter.com/utdreport/status/1445332085246513154?t=3gvVIi4M6QLbgLc7Yf9ugw&s=19

Walaupun beliau tidak sesuai untuk menjadi pemain jangka masa panjang, namun Cavani merupakan calon perancangan jangka pendek terbaik untuk Barca pada ketika ini.

3. Antonio Rudiger

Berita tentang masa depan Rudiger bersama Chelsea sudah sampai ke penghujungnya semakin hangat dibicarakan pada ketika ini.

Kontrak pemain pertahanan itu bersama The Blues akan tamat pada akhir musim nanti, dan terdapat potensi yang sangat tinggi untuk melihat Rudiger tidak akan menandatangani kontrak baru bersama kelab.

Menurut sumber laporan sama, banyak kelab yang sudah mula merisik untuk mendapatkan khidmat bintang Jerman itu, dan Barcelona merupakan salah satu dari mereka.

https://twitter.com/FCBarcelonaFl/status/1452846808254894081?t=yJuiGDIpy27SNYwdHiWjOA&s=19

Pemain pertahanan itu dianggap antara salah seorang pemain centre-back terhebat di benua Eropah pada ketika ini, dan ia jelas sangat membantu Barca untuk mengukuhkan barisan pertahanan mereka.

Harga pasaran Rudiger pada ketika ini dianggarkan bernilai sekitar €35 juta, dan memandangkan kontraknya sudah hampir tamat, tidak mustahil Chelsea akan melepaskan beliau dengan nilai lebih murah pada Januari nanti.

2. Dani Olmo

Urusan perpindahan Dani Olmo untuk menyertai Barcelona boleh dikatakan hanya menunggu masa yang sesuai sahaja untuk menjadi kenyataan.

Barca sebelum ini sudah memulakan langkah mereka untuk mendapatkan Olmo pada musim panas baru-baru ini, namun mereka gagal untuk memuktamadkan rundingan tersebut.

Olmo merupakan pemain yang sangat sesuai dengan sistem Xavi melihatkan kepada cara beliau bermain, ditambah dengan kemampuan teknikalnya, beliau sangat sempurna untuk dibeli.

Pemain attacking midfielder itu merupakan produk dari skuad remaja Barcelona, dan beliau jelas sudah mempunyai asas dan sangat faham dengan corak permainan kelab.

Bintang RB Leipzig itu juga merupakan pemain yang sangat versatile, dengan Olmo mampu untuk beroperasi di mana-mana bahagian di posisi serangan.

Hal itu akan memberi kelebihan kepada Xavi untuk mencuba pelbagai jenis taktikal dan gaya permainan baru bersama Barcelona nanti.

1. Raheem Sterling

Raheem Sterling merupakan pemain yang Xavi sendiri sangat minat dan kagumi sejak lama dahulu lagi.

Beliau pernah mengatakan yang bintang Manchester City itu merupakan antara pemain paling layak untuk menggantikan Lionel Messi ketika dalam satu temu bualnya bersama Mirror pada tahun 2019 yang lalu.

“Saya lihat pada masa ini, dan Sterling sedang memenangi perlumbaan. Dia sentiasa menjadi pemain yang bagus, pemain yang merbahaya, tapi di bawah kendalian Pep dia menjadi salah seorang yang terhebat di dunia.”

“Saya tahu bagaimana Pep bekerja, dia sudah tentu akan memantau rapat Sterling sejak dari awal dia tiba. Dia akan cari apa yang perlu Sterling ubah dan apa yang perlu dia lakukan. Kita sekarang sedang melihat hasil dari semua itu. Dia masih muda dan boleh menjadi yang terhebat di dunia.”

Menurut laporan dari beberapa sumber, Raheem Sterling sangat terbuka untuk menyertai Barcelona pada jendela perpindahan Januari nanti.

Pemain kebangsaan England itu secara terbuka bercakap tentang hasrat beliau untuk meninggalkan Etihad, namun masih belum pasti ke mana arah tuju beliau dalam kariernya selepas ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN