5 Pemain EPL Dilepaskan (Released) Berprofil Tinggi Dalam Pasaran Perpindahan

Kami tahu ramai pemain berprofil tingi yang dilepaskan oleh kelab-kelab Eropah. Namun kami memilih 5 senarai yang utama dalam EPL.

1. Zlatan Ibrahimovic – Manchester United

Mungkin nama ini yang paling besar dalam semua pemain yang dilepaskan. Ibrahimovic berjaya membuktikan umur hanyalah angka.

Aksi beliau di EPL musim lalu antara yang terbaik untuk seorang penyerang no.9 Manchester United sejak pemergian Van Persie.

Ibrahimovic mengalami kecederaan ligamen membuatkan beliau cuti panjang. 17 gol daripada 28 penampilan dalam EPL untuk pemain berusia 36 tahun adalah hebat.

2. Jesus Navas – Manchester City

Kepantasan dan kreativiti adalah 2 elemen penting dalam pemain ini. Beliau turut membuktikan dirinya boleh beraksi sebagai bek sisi dalam sistem Guardiola.

Beliau antara pemain yang mengakui dirinya ada masalah homesickness yang sangat teruk membuatkan beliau menolak banyak tawaran dari kelab besar ketika di Sepanyol. Ianya termasuk tawaran dari kelab Sepanyol sendiri.

Navas akhirnya menacabar dirinya untuk meninggalkan Sevilla dan menyertai Manchester City. Pemain ini ada 35 kaps kebangsaan dengan Sepanyol.

Memiliki komitmen dan disiplin yang tinggi.

3. Bacary Sagna – Manchester City

LIVERPOOL, ENGLAND – AUGUST 23: Bacary Sagna of Manchester City in action during the Barclays Premier League match between Everton and Manchester City on August 23, 2015 in Liverpool, United Kingdom. (Photo by Clive Brunskill/Getty Images)

Beliau masih lagi pemain penting dalam skuad Didier Deschamps di Perancis. Ketika era transisi Guardiola di City, Sagna antara pemain utama Pep.

Namun beliau kemudiannya gagal untuk terus menambat Pep Guardiola untuk mendapatkan kontrak baru.

Pemain berusia 34 tahun ini menghabiskan kebanyakan karier beliau di EPL selepas meninggalkan Auxere ke Arsenal.

Memiliki rekod 555 penampilan senior dalam bola sepak profesional.

4. John Terry – Chelsea

Kapten paling berjaya dalam sejarah Chelsea ini akhirnya meninggalkan Stamford Bridge selepas 22 tahun bermain di situ sejak berusia 15 tahun lagi.

Terry memberitahu yang beliau masih mahukan aksi dalam pasukan utama dan terpaksa akur akan kualiti bek tengah yang lain di dalam pasukan Chelsea yang sedia ada.

Pemain berusia 36 tahun ini sudah bermain hampir 500 perlawanan untuk Chelsea.

Kapten!Pemimpin!Lagenda!

5. Gael Clichy – Manchester City

Sudah bermain dalam 220 penampilan senior di England. Clichy antara pemain yang gagal memenuhi ‘piawaian’ Pep Guardiola untuk revolusi musim 2017/18/

City mengesahkan tarikh akhir kontrak beliau di City adalah 9 Jun. Pemain ini antara ahli Invincible Arsenal yang masih lagi bermain di atas padang.

Clichy baru berusia 31 tahun. Nampak gayanya beliau akan menjadi barang panas dalam perpindahan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN