5 Pemain Defensive Midfielder Yang Boleh Manchester United Dapatkan

Manchester United pada ketika ini tidak dinafikan lagi sememangnya mempunyai barisan pemain yang berkualiti dan berkelas dunia.

Bahkan Ole Gunnar Solskjaer sendiri kadang kala pening kepala memikirkan pemain mana yang mahu beliau turunkan dalam kesebelasan utamanya.

Manchester United jelas sekali tidak mempunyai masalah di posisi serangan dengan mereka mempunyai barisan pemain berkelas dunia di posisi tersebut.

Ole Gunnar Solskjaer mempunyai begitu banyak pilihan di posisi tersebut dengan pemain-pemain seperti Cristiano Ronaldo, Edinson Cavani, Jadon Sancho, Mason Greenwood, Marcus Rashford, Anthony Martial, Bruno Fernandes dan ramai lagi.

Namun beliau tidak mempunyai pilihan yang sama di posisi midfield, dengan United jelas sangat bermasalah di bahagian defensive midfielder.

Bermain di pentas tertinggi, posisi midfield sebenarnya sangat penting kerana ia akan jadi penentu dalam perlawanan tersebut.

Red Devils sememangnya berdepan masalah teruk di posisi defensive midfielder sehingga Solskjaer terpaksa menggunakan pelbagai cara untuk menutup kekurangan itu.

Solskjaer lebih gemar menggunakan double pivot dengan menggandingkan Scott McTominay dan Fred, namun ia jelas tidak disenangi oleh para peminat.

Kedua-dua pemain ini tidak dinafikan antara yang terbaik Manchester United miliki pada ketika ini, namun untuk bersaing dengan pasukan besar, mereka agak tidak berfungsi.

Kecuaian dan kelekaan mereka berdua akan memberi kesan buruk kepada barisan pertahanan Manchester United dan hal itu sebenarnya sudah beberapa kali berlaku.

Nemanja Matic merupakan seorang lagi pemain yang sering Solskjaer gunakan, namun beliau sepertinya sudah tidak berupaya untuk bersaing dan beradaptasi dengan corak permainan fizikal dalam saingan Premier League.

Paul Pogba pula tidak sesuai untuk bermain di posisi tersebut, dek kerana beliau jelas lebih berfungsi ketika membantu jentera serangan skuad.

Manchester United sememangnya sangat terdesak untuk menandatangani seorang pemain defensive midfielder pada jendela perpindahan akan datang, dengan beberapa nama besar sedang hangat dikaitkan dengan mereka.

Berikut merupakan senarai lima pemain defensive midfielder yang dianggap sesuai dengan corak permainan Manchester United, dan akan sangat berbaloi untuk Red Devils tandatangani.

5) Joao Palhinha (Sporting Lisbon)

Pemain midfield Portugal, Joao Palhinha sememangnya sangat sesuai untuk mengisi kekosongan di posisi defensive midfielder di Old Trafford pada ketika ini.

Di usia 26 tahun, beliau sudah mempamerkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan dengan Palhinha sangat dikenali dengan kemampuan beliau dalam memenangi bola.

Beliau sangat berkesan ketika terlibat dengan perebutan bola dan turut cemerlang dalam membuat tackle yang sempurna.

Menariknya lagi, Palhinha mempunyai ketinggian fizikal yang sungguh mengagumkan dengan beliau sangat sempurna untuk memenangi perebutan bola di udara.

Beliau memenangi 72% perebutan bola di udara sepanjang musim 2020/21 dalam saingan Primera Liga, dan ia jelas sekali satu statistik yang boleh dibanggakan.

Palhinha juga tidak dinafikan lagi mempunyai kemampuan yang dasyat dalam menggerakkan bola untuk membantu jentera serangan, dengan kemampuan gelecekan dan kepantasan yang beliau miliki.

Beliau juga mempunyai kualiti yang cukup sempurna untuk bermain di posisi defensive midfielder secara bersendirian, seterusnya membenarkan Paul Pogba dan Bruno Fernandes untuk membantu jentera serangan.

Beliau pada ketika ini masih mempunyai kontrak dengan Sporting Lisbon sehingga 2025 nanti, dan tentunya Manchester United perlu sediakan dana yang besar untuk mendapatkan khidmatnya.

4) Aurelien Tchouameni (AS Monaco)

Pemain midfield AS Monaco, Aurelien Tchouameni muncul sebagai pemain paling berpotensi untuk ditandatangani oleh Manchester United sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Bintang berusia 21 tahun itu hangat dikaitkan dengan bakal ditandatangani oleh Red Devils, dan satu hal yang pasti, dalam masa terdekat ini, sudah tentu akan ada kelab gergasi yang bakal berusaha untuk mendapatkan khidmatnya.

Di usia 21 tahun, Tchouameni sudah mempunyai kemampuan membaca perlawanan yang amat luar biasa menakjubkan.

Beliau merupakan pemain yang sangat bijak dan mempunyai kemampuan untuk memenangi bola yang sangat dasyat, selain dari memiliki kualiti dalam membantu jentera serangan yang sangat mengagumkan.

Selain mempunyai kemampuan dalam membuka permainan dan membantu jentera serangan, Tchouameni sebenarnya dikenali dengan kehebatan beliau dalam membantu barisan pertahanan.

Pada tahun lalu, beliau merupakan pemain yang mempunyai statistik bertahan terbaik dalam dunia bola sepak mengikut purata setiap perlawanan yang beliau mainkan.

Beliau sudah membuktikan kemampuannya untuk bermain di mana-mana posisi di bahagian midfield, dengan pemain muda itu boleh bermain double pivot dan turut cemerlang ketika beraksi bersendirian di posisi defensive midfielder.

Tchouameni tidak dinafikan lagi akan menjadi pembelian terbaik untuk Manchester United, dan bakal menjadi prospek jangka masa panjang yang sempurna.

3) Franck Kessie (AC Milan)

AC Milan pada musim lalu telah berjaya mengakhiri saingan Serie A di kedudukan kedua, dan tidak keterlaluan untuk menganggap gandingan Franck Kessie dan Ismael Bennacer merupakan nadi sebalik kejayaan tersebut.

Kedua-dua mereka memainkan peranan yang cukup penting sebalik kejayaan AC Milan pada musim lalu, dengan mereka merupakan nadi dan pemain terpenting skuad.

Kedua-dua pemain midfield itu juga dianggap berpotensi untuk dibeli oleh Manchester United, namun Solskjaer tentunya akan lebih tertarik dengan kemampuan Kessie.

Pemain berusia 24 tahun itu merupakan penjaring kedua terbanyak AC Milan pada musim lalu, dengan beliau cemerlang menjaringkan 14 gol dari 50 penampilan dalam semua pertandingan.

Pemain kebangsaan Ivory Coast itu telah menunjukkan aksi persembahan yang sungguh menakjubkan di posisi midfield dan turut mempunyai semangat juang yang cukup mengagumkan.

Ketika beliau berada di tengah padang, Kessie senantiasa cemerlang dalam mematahkan serangan dari pasukan lawan, dan turut handal dalam menyusun serangan balas ke kubu lawan.

Beliau mempunyai kualiti tackle yang sangat hebat dengan kekuatan dan kemahiran teknikal yang tidak boleh dipertikaikan.

Beliau mampu bermain di posisi defensive midfielder dan turut mempunyai keupayaan untuk berperanan sebagai box-to-box midfielder.

Kessie juga mempunyai kemampuan dalam membawa bola ke kawasan lawan dengan kemahiran gelecekan dan kelajuan yang beliau miliki.

Selain itu, Kessie turut mempunyai kualiti hantaran yang boleh dibanggakan dengan secara puratanya beliau mampu mencatatkan 84% hantaran tepat ketika membantu jentera serangan.

https://twitter.com/Mohamed_therad/status/1448316393082929155?t=KySTwddy3Q_XYeZJTpc_nw&s=19

Kontrak beliau bersama AC Milan dijangka akan tamat pada jendela perpindahan musim panas akan datang, dan Kessie boleh ditandatangani secara percuma sahaja selepas kontraknya tamat.

2) Declan Rice (West Ham United)

Declan Rice merupakan nama besar yang sering dikaitkan dengan Manchester United sejak beberapa musim kebelakangan ini.

Rice walau baru berusia 22 tahun, beliau sudah berjaya menstabilkan kariernya sebagai salah seorang defensive midfielder terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Rice mempunyai keupayaan dalam mematahkan serangan lawan, dan turut mempunyai kelebihan dalam merangka gerakan dari tengah padang.

Beliau mempunyai kekuatan yang menakjubkan dalam mematahkan serangan dari pasukan lawan, dan turut cemerlang ketika naik membantu jentera serangan.

Kemampuan beliau dalam membantu barisan pertahanan akan memberi ruang kepada Manchester United untuk menggunakan lebih ramai pemain midfield berjiwa penyerang di hadapan beliau.

Pemain kebangsaan England itu turut mempunyai kualiti dari segi melakukan hantaran yang boleh dibanggakan, dengan beliau secara puratanya berjaya menyempurnakan 92% hantaran ke kawasan lawan sepanjang musim lalu.

Rice sememangnya berada dalam radar United, namun beliau masih mempunyai kontrak bersama West Ham sehingga 2024 nanti.

Seandainya West Ham berhasrat untuk melepaskan timbalan ketua pasukan mereka itu, mereka tentunya akan meletakkan tanda harga yang sangat tidak masuk akal.

Tidak keterlaluan juga untuk katakan yang keputusan untuk membeli Rice sebenarnya sangat berat untuk dilakukan oleh Manchester United.

Seandainya mereka mampu membayar £80 juta untuk menandatangani Rice, maka tiada masalah untuk pihak kelab terus berusaha mengejar bintang England itu.

1) Ruben Neves (Wolverhampton Wanderers)

Manchester United pada ketika ini sudah mempunyai dua pemain berkelas dunia dari Portugal dalam skuad mereka, dengan pemain seperti Cristiano Ronaldo dan Bruno Fernandes.

Ruben Neves sememangnya layak untuk ditandatangani dan digandingkan dengan dua lagi rakan senegaranya itu.

Pemain midfield Wolves itu tidak dinafikan lagi mempunyai kemampuan yang menakjubkan untuk bertahan mahupun membantu jentera serangan, dan kerana itu jugalah beliau dianggap antara pemain midfield terhebat dalam saingan Premier League pada ketika ini.

Neves mempunyai kemampuan untuk memenangi bola yang sungguh mengagumkan, dan beliau juga terkenal dengan kualitinya dalam mematahkan serangan lawan.

Selain itu, beliau juga mempunyai kualiti dalam membuat hantaran yang sungguh hebat dan Neves dianggap layak untuk ditandatangani kerana beliau sudah cukup faham tempo permainan dalam saingan Premier League.

Pemain berusia 24 tahun itu juga mempunyai kualiti dalam membuat tackle kemas dan turut cemerlang dalam melakukan pintasan dalam mematahkan serangan lawan.

Neves tidak dinafikan lagi sememangnya pilihan terbaik untuk melengkapkan skuad Manchester United pada ketika ini.

Satu-satunya kekurangan Red Devils pada ketika ini adalah mereka tidak mempunyai ball playing holding midfielder dalam skuad, dan kehadiran Neves akan menyelesaikan masalah tersebut.

Beliau turut cemerlang dalam menjaringkan gol-gol yang cantik dan menakjubkan sepanjang kariernya, dan itu membuktikan Neves mempunyai kualiti penyudah yang juga boleh dibanggakan.

Kontrak beliau bersama Wolves akan berakhir pada 2023, dan pihak kelab dilaporkan terbuka untuk menjual Neves pada jendela perpindahan musim panas akan datang.

Sudah tiba masanya untuk Neves keluar dari Wolves, dan beraksi bersama pasukan lebih besar, untuk memajukan lagi kariernya.

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN