5 Pemain Asing Terhebat Dalam Saingan Premier League Ketika Ini

Saingan Premier League sememangnya senantiasa melahirkan pemain-pemain berkelas dunia, dan segelintir dari mereka merupakan pemain asing yang beraksi dalam saingan bola sepak Inggeris.

Premier League tidak dinafikan lagi antara saingan liga bola sepak yang paling kompetetif dan kerana itulah ramainya bintang-bintang hebat memilih England untuk mula mencipta nama.

Pemain seperti Thierry Henry, David Silva, Sergio Aguero, Robin Van Persie, Yaya Toure, Didier Drogba dan ramai lagi legenda lain pernah mencipta nama dalam saingan Premier League ketika karier mereka.

Mereka datang, mempamerkan aksi persembahan yang menakjubkan dan mengembangkan bakat mereka untuk lebih menonjol dan dikenali ramai.

Dek kerana itu jugalah saingan Premier League terus menerus menjadi destinasi impian untuk kebanyakan pemain berbakat dari luar negara.

Selain mempunyai kemampuan dan kehebatan yang menakjubkan, mereka juga tidak dinafikan lagi sememangnya antara nadi kelab masing-masing.

Ada antara mereka yang mula mencipta nama dalam saingan Liga Perdana Inggeris sejak dari usia sangat muda dan terus berkembang menjadi antara pemain terhebat dunia.

Pada ketika ini, saingan Premier League tidak dinafikan lagi memiliki ramai barisan pemain yang dianggap terhebat dalam dunia bola sepak.

Kebanyakan pemain asing yang beraksi dalam saingan Premier League berjaya untuk menonjol, dan dianggap yang terbaik dari yang terbaik.

Berikut merupakan lima pemain asing yang sedang berada di tahap prestasi terbaik mereka pada ketika ini, dalam saingan Premier League.

5) Virgil van Dijk (Liverpool)

Virgil Van Dijk memulakan kariernya bersama Groningen dalam saingan Eredivisie, dan selepas diserap masuk ke skuad utama, pemain kebangsaan Belanda itu telah menandatangani perjanjian bersama Celtic pada musim panas 2013.

Bersama The Hoops, Van Dijk berjaya memenangi Scottish Premiership selama tiga musim berturut-turut, dan aksi hebat beliau persembahkan berjaya menarik minat Southampton untuk menandatangani beliau pada tahun 2015.

Baru musim kedua beraksi bersama The Saints, Virgil Van Dijk sudah dinamakan sebagai ketua pasukan selepas melihat kemampuan dan ciri kepimpinan yang beliau miliki.

Selepas beberapa kali usaha Liverpool untuk mendapatkan Van Dijk gagal, mereka akhirnya berjaya untuk menandatangani bintang Belanda itu pada tahun 2018.

Sejak itu, Van Dijk tidak dinafikan lagi telah menjadi pemain terpenting Liverpool, dan cemerlang membantu kelab memenangi pelbagai kejuaraan.

Beliau juga berjaya memenangi pbahai anugerah individu hingga meletakkan namanya sebagai pertahanan terhebat dunia.

Pemain centre-back itu merupakan nadi penting untuk sistem pertahanan Liverpool, dan beliau juga merupakan nadi untuk sistem kendalian Jurgen Klopp.

Beliau merupakan individu penting sebalik kejayaan Liverpool memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

Pemain kebangsaan Belanda itu tidak bernasib baik kerana gagal untuk memenangi anugerah Ballon D’or pada tahun 2019, selepas beliau hanya ketinggalan tujuh mata sahaja di belakang Lionel Messi.

Satu hal yang pasti, sememangnya sangat sukar untuk mencari pemain pertahanan yang mempunyai kualiti sehebat Van Dijk pada ketika ini.

4) Kevin De Bruyne (Manchester City)

Pemain yang selalu terpinggir ketika kariernya bersama Chelsea itu, pada ketika ini sudah menjadi pemain terbaik dalam saingan Premier League bersama Manchester City.

Ketika awal beliau meninggalkan Stamford Bridge untuk beraksi dalam saingan Bundesliga, tidak ramai sebenarnya yang sedar dan nampak potensi yang dimiliki oleh De Bruyne.

Pemain kebangsaan Belgium itu berjaya membuktikan kemampuan sebenar beliau ketika beraksi di Jerman, dan kembali ke saingan Premier League sebagai pemain berprofil tinggi.

Beliau ditandatangani oleh Manchester City pada musim panas 2015, dan sejak dari itu, De Bruyne telah menjadi antara pemain terpenting The Citizens.

Dengan kemampuan beliau dalam membuat hantaran dan vision yang mengagumkan, beliau menjadi penggerak utama dalam menghidupkan jentera serangan City.

Beliau handal dalam menggunakan kedua-dua belah kakinya, dan De Bruyne juga turut mempunyai kemampuan untuk menjaringkan gol padu dari jarak jauh.

Dengan segala kemampuan yang beliau miliki, ditambah pula dengan kebijaksanaannya, De Bruyne jelas menjadi pemain paling digeruni oleh barisan pertahanan pasukan lawan.

Selepas membuat 182 penampilan dalam saingan Premier League bersama Manchester City, pemain kebangsaan Belgium itu sudah berjaya menjaringkan 120 gol.

Di bawah kendalian Pep Guardiola, bekas bintang Wolfsburg itu berjaya untuk bersinar dan menjadi pemain attacking midfielder terhebat dalam dunia bola sepak.

https://twitter.com/Doozy_45/status/1450011242840707081?t=wrcHhdvr8qja0xMJNWwpXg&s=19

Beliau muncul sebagai penerima anugerah Pemain Terbaik Tahunan Premier League pada musim 2019/20 dan melihat kepada segala pencapaian beliau, De Bruyne jelas sekali antara pemain midfield terhebat dunia pada ketika ini.

3) N’Golo Kante (Chelsea)

Saingan Premier League mungkin akan mampu melahirkan lebih ramai pemain terhebat dunia di masa hadapan, namun satu hal yang pasti, belum tentu ada antara mereka boleh jadi sehebat dan semulia Kante.

Pemain kebangsaan Perancis itu ditandatangani dari Caen oleh Leicester City pada musim panas 2015 yang lalu, dan terus menjadi bintang terbaik dalam saingan Premier League.

https://twitter.com/Chelsea_FC_2021/status/1450592357779394568?t=rI3Gei7gK_p0xCsFkt89tw&s=19

Beliau telah mencuri perhatian peminat sejak dari awal aksinya dalam saingan Premier League, dengan Kante menunjukkan work-rate yang sungguh menakjubkan.

Bermain seperti tidak mempunyai jantung, tenaga yang tak pernah kurang, positioning yang mengagumkan dan Kante juga memiliki kemampuan memenangi bola yang sungguh dasyat.

Beliau menjadi defensive midfielder yang paling sukar untuk dilepasi dan sentiasa menjadi mimpi ngeri jentera serangan pasukan lawan.

Beliau merupakan nadi penting ketika membantu Leicester City memenangi gelaran liga pada musim 2015/16 dan kerana aksi hebatnya ketika itu, Kante telah ditandatangani oleh Chelsea pada musim berikutnya.

Bersama Chelsea, beliau masih cemerlang mempamerkan aksi persembahan mantap dan turut menjadi pemain terpenting The Blues sejak dari awal ketibaannya.

Pemenang Piala Dunia 2018 itu pernah memenangi gelaran Premier League, FA Cup, UEFA Europa League, UEFA Champions League dan UEFA Super Cup bersama Chelsea.

Beliau selain menjadi nadi penting membantu Chelsea memenangi gelaran Champions League musim lalu, turut menjadi pemain harapan untuk membantu The Blues memenangi gelaran liga musim ini.

2) Mohamed Salah (Liverpool)

Mohamed Salah pada ketika ini dianggap sebagai pemain terhebat dalam dunia bola sepak, selepas beliau mempamerkan persembahan yang cukup menakjubkan sepanjang musim ini.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1451599820406337557?t=7dnVCCH764STJvbM6wnefQ&s=19

Bekas bintang Chelsea itu menandatangani perjanjian bersama Liverpool pada tahun 2017 yang lalu, selepas beliau berjaya bersinar bersama Roma dalam saingan Serie A.

Sejak dari itu, Salah telah berjaya membantu Liverpool untuk memenangi pelbagai kejuaraan dengan mempamerkan persembahan yang sangat mengagumkan.

Ramai yang menganggap beliau sebagai ‘One Season Wonder’ namun Salah membuktikan yang prestasi beliau tidak pernah merosot setiap musim sehingga ke hari ini.

Dengan kemampuan gelecekan beliau yang dasyat dan kemahiran beliau mengawal bola, pemain kebangsaan Mesir itu mempunyai kemampuan yang mengagumkan dalam menjaringkan gol yang banyak.

https://twitter.com/AnfieldWatch/status/1451825842301116418?t=Dnvb-LqJvIT4NJ8D2ZGR6Q&s=19

Beliau bukan hanya mampu menjaringkan gol, namun Salah juga dianggap sebagai mesin pencetak gol terhebat dalam sejarah saingan Premier League.

Pada ketika ini, Salah telah berjaya menjaringkan 104 gol dalam saingan Premier League, dan turut mencatatkan 38 assists dari 166 penampilan setakat ini.

Ia merupakan rekod yang sangat dasyat untuk pemain yang bermain di posisi sayap, dengan Salah turut berjaya memenangi anugerah kasut emas sebanyak dua kali.

The Egyptian King itu juga turut pernah dinamakan sebagai Pemain Terbaik Tahunan Premier League pada musim 2017/18 selepas mempamerkan aksi yang menakjubkan pada ketika itu.

Jurgen Klopp jelas sekali sangat berharap kepada Salah dengan pemain kebangsaan Mesir itu sendiri juga sangat jarang untuk mengecewakan pengurusnya itu.

Pemain berusia 29 tahun itu memainkan peranan penting dalam membantu Liverpool memenangi gelaran Champions League, Super Cup, FIFA Club World Cup dan Premier League.

1) Cristiano Ronaldo (Manchester United)

Bercakap tentang pemain terhebat, agak sukar dan mustahil untuk mengetepikan pemain seperti Cristiano Ronaldo.

Pemain kebangsaan Portugal itu tidak dinafikan lagi merupakan pemain terhebat dalam sejarah yang pernah menghiasi dunia bola sepak.

Beliau menandatangani perjanjian bersama Manchester United pada tahun 2003 dari Sporting Lisbon, dan bermain di bawah kendalian Sir Alex Ferguson, Ronaldo berjaya menjadi bintang besar dalam saingan Premier League.

Kemampuan beliau dalam melakukan gelecekan dan kemahiran kakinya yang luar biasa pantas, berjaya memukau peminat seluruh dunia dan menjadikan beliau antara pemain terhebat dalam dunia bola sepak.

Pada tahun 2009, beliau meninggalkan Manchester United untuk beraksi bersama Real Madrid, sebelum berhijrah ke Turin pada tahun 2018.

Beliau walau bagaimanapun memutuskan untuk kembali ke Old Trafford pada musim panas ini, dalam usahanya untuk membantu Ole Gunnar Solskjaer memenangi Piala pertama beliau sebagai pengurus United.

Ketika karier pertamanya dalam saingan Premier League, beliau merupakan antara penjaring terbanyak kelab, dan kini, beliau masih lagi mengekalkan rutin yang sama di Old Trafford.

Pemenang lima kali gelaran Ballon D’or itu masih mampu beraksi dengan sangat cemerlang walau sudah berusia 36 tahun, dan beliau juga tidak menunjukkan tanda-tanda kariernya sudah tiba ke penghujungnya.

Ronaldo pernah tiga kali memenangi gelaran Premier League bersama Manchester United, dan beliau berharap untuk sekali lagi memenangi Piala tersebut pada kali ini.

Melihat kepada segala pencapaian Ronaldo, tidak dinafikan lagi beliau selayaknya untuk dianggap pemain asing terhebat pernah beraksi dalam saingan Premier League.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN