5 Nasihat Bintang Futsal Thailand Kepada Pemain-Pemain Futsal Malaysia

Andai menyebut mengenai futsal, tumpuan peminat futsal sudah tentunya terarah kepada jiran serantau kita iaitu Thailand. Futsal Thailand ternyata mempunyai reputasi yang cukup hebat dalam saingan Asia dan turut berpengalaman dalam 5 saingan Piala Dunia Futsal.

Kehebatan bintang-bintang futsal Thailand seringkali menjadi bualan peminat di tanah air yang benar-benar mengikuti perkembangan futsal, tanpa menidakkan impak kehebatan luar biasa yang ditampilkan oleh legenda dunia, Falcao dan Ricardinho.

Bersempena dengan temasya Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 tempohari digunakan sepenuhnya oleh jenama kasut futsal terkenal dari Thailand, PAN untuk mengadakan sesi ‘meet and greet’ bersama 4 pemain utama Thailand yang juga merupakan duta kepada jenama ini di Samba Futsal, Petaling Jaya.

4 duta yang hadir menyerikan sesi tersebut adalah Suphawut Thueanklang, Kritsada Wongkaeo, Jirawat Sornwichian dan Muhammad Osman Musa.

Pada sesi tersebut, mereka telah berkongsikan 5 tips yang berguna buat pemain-pemain serta penggiat futsal di Malaysia.

Berikut adalah tips yang diberikan :

1. ‘Meniru’ idola 

Nasihat yang diberikan oleh Muhammad Osman ini adalah sangat berkait rapat dengan diri beliau.

Beliau merupakan pemain termuda dalam skuad Thailand dalam Sukan SEA 2017 dan menjadikan Suphawut sebagai idolanya sejak dari kecil.

“Saya menonton aksi dia (Suphawut) di kaca televisyen dan saya banyak belajar dari aksi yang ditampilkan olehnya.”

Dalam masa yang sama Osman juga menasihatkan supaya para pemain meletakkan kepercayaan pada diri sendiri untuk berjaya menjadi seperti idola mereka.

2. Perlu ada ‘passion’ yang tinggi

Bagi Suphawut dan Kritsada, beliau melihat setiap jalan yang dipilih (menjadi pemain futsal) perlulah dilakukan dengan minat yang mendalam dan mempunyai ‘passion’ yang tinggi terhadap futsal.

Lakukan pemantapan dalam setiap kekurangan yang dikenalpasti, berlatih dengan ‘passion’ anda pasti akan mengusahakan segala yang terbaik demi minat tersebut.

Hal ini dibuktikan walaupun sekiranya pemain Futsal Thailand mempunyai peluang untuk bermain bola sepak, tetapi mereka akan tetap memilih untuk kekal terhadap sukan ini atas dasar kecintaan pada futsal.

“Sayangi futsal terlebih dahulu, tingkatkan kualiti dan percaya pada diri anda,” nasihat yang diberikan oleh Kritsada.

3. Rehat secukupnya sebelum beraksi

Rehat yang mencukupi sangat penting bagi seseorang pemain untuk menghadapi satu-satu perlawanan.

Malam sebelum beraksi juga anda perlu memastikan supaya mendapat tidur yang secukupnya.

“Kosongkan minda dengan perkara yang tidak perlu dan saya akan mendengar muzik beberapa jam sebelum beraksi,” jelas Jirawat.

4. Banyakkan liga domestik yang kompetitif untuk lahirkan ramai pemain berkualiti

Suphawut beranggapan bahawa pihak bertanggungjawab perlu banyak menganjurkan kejohanan dan liga domestik kerana dari situ akan lahirnya bakat berkualiti.

Sebagai contoh, FA Thailand telah banyak melabur dalam perkembangan futsal di Thailand.

Keadaan itu yang membantu lahirnya banyak bakat baru Thailand yang boleh diketengahkan di peringkat yang lebih tinggi pada masa akan datang.

5. Fokus sasaran satu persatu

Untuk menjadi kuasa besar dalam futsal, anda (Malaysia) perlu kuasai dahulu saingan serantau di Asia Tenggara. Kemudian meningkat ke peringkat Asia dan seterusnya menakluki dunia.

Namun Suphawut melihat prestasi semasa yang diperagakan skuad negara semakin menunjukkan peningkatan sejak kebelakangan ini.

Rekod 2 perlawanan terakhir skuad negara bertemu Thailand dalam perlawanan kompetitif juga semakin melihatkan peningkatan apabila skuad negara hanya tumpas 4-3 pada perlawanan terakhir Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 dan tewas 5-3 di perlawanan separuh akhir Kejuaraan Futsal AFF 2016 di Bangkok awal tahun ini.

Mengapa ramai pemain futsal Thailand memilih untuk memakai kasut jenama PAN 

“Apabila memakai kasut PAN, kami merasakan kasut ini menjadi sebahagian daripada kaki. Ianya sangat selesa apabila dipakai.”

“Kasut PAN mempunyai kualiti yang terbaik, ringan dan sangat senang untuk bergerak ketika beraksi,” antara sebab mengapa mereka memilih untuk menggunakan jenama PAN.

Mari kenali 4 bintang Thailand tersebut

1) Suphawut Thueanklang 

MEDELLIN, COLOMBIA – SEPTEMBER 13: Suphawut Thueanklang of Thailand scores his sides third goal during the FIFA Futsal World Cup Group B match between Thailand and Cuba at Coliseo Ivan de Bedout on September 13, 2016 in Medellin, Colombia. (Photo by Jan Kruger – FIFA/FIFA via Getty Images)
  • Berusia 28 tahun dan beraksi untuk Chonburi Bluewave.
  • Beraksi pada Piala Dunia Futsal 2012 (Thailand) dan 2016 Colombia.
  • Berjaya menghasilkan 9 gol dan 6 assist dalam 8 perlawanan di Piala Dunia 2012 dan 2016.
  • Jaringannya ketika bertemu Costa Rica pada Piala Dunia 2012 dipilih sebagai gol terbaik kejohanan.
  • Penjaring terbanyak Kejuaraan Futsal AFC 2016 di Uzbekistan dengan 14 gol.

2) Kritsada Wongkaeo

MEDELLIN, COLOMBIA – SEPTEMBER 22: Kritsada Wongkaeo of Thailand looks on in the tunnel before the FIFA Futsal World Cup Round of 16 match between Thailand and Azerbaijan at Coliseo Ivan de Bedout stadium on September 22, 2016 in Medellin, Colombia. (Photo by Alex Caparros – FIFA/FIFA via Getty Images)
  • Berusia 29 tahun dan merupakan ketua pasukan Chonburi Bluewave dan Thailand.
  • Beraksi pada Piala Dunia Futsal 2012 (Thailand) dan 2016 Colombia.
  • Berjaya menghasilkan 6 gol dalam 7 perlawanan di Piala Dunia 2012 dan 2016.

3) Jirawat Sornwichian

MEDELLIN, COLOMBIA – SEPTEMBER 10: Jirawat Sornwichian (L) of Thailand protects the ball from Ivan Chishkala of Russia during the FIFA Futsal World Cup Group B match between Thailand and Russia at Coliseo Ivan de Bedout stadium on September 10, 2016 in Medellin, Colombia. (Photo by Alex Caparros – FIFA/FIFA via Getty Images)
  • Berusia 29 tahun dan beraksi untuk Chonburi Bluewave.
  • Beraksi pada Piala Dunia Futsal 2012 (Thailand) dan 2016 Colombia.
  • Berjaya menghasilkan 7 gol dan 1 assist dalam 8 perlawanan di Piala Dunia 2012 dan 2016.
  • Memenangi anugerah Pemain Terbaik Kejuaraan Futsal AFF 2016 Bangkok.
  • Penjaring terbanyak Kejuaraan Futsal Kelab AFC 2017 di Vietnam dengan 7 gol.

4) Muhammad Osman Musa

Futsal Thailand

  • Berusia 19 tahun dan beraksi bersama Bangkok BTS.
  • Menjaringkan 7 gol dalam Kejuaraan Futsal AFF 2016 Bangkok.
  • Menghasilkan 9 gol dalam Kejuaraan Futsal AFC B-20 2017 Bangkok.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram