5 Kelab Yang Mungkin Jadi Destinasi Sergio Aguero Yang Seterusnya

Sergio Aguero

Sergio Aguero hampir pasti meninggalkan Manchester City pada penghujung musim ini memandangkan masih tiada sebarang perkembangan mengenai perlanjutan kontraknya oleh kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) tersebut.

Penyerang Argentina itu menyertai The Citizens pada 2011 dan selepas hampir 10 tahun menabur bakti, beliau telah pun mencetak 256 gol daripada 379 penampilan untuk memahat namanya dalam sejarah kelab selaku penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Aguero telah membantu City memenangi lima kejuaraan EPL, lima Piala Liga, tiga Perisai Komuniti dan satu Piala FA untuk meletakkan dirinya sebaris dengan legenda-legenda kelab yang lain.

Namun sudah menjadi lumrah dalam kehidupan setiap pertemuan pasti adanya perpisahan. Berikut adalah lima kelab yang boleh menjadi destinasi baharu untuk beliau meneruskan saki baki kariernya di Eropah.

Bayern Munich

Hanya ada satu sahaja kemungkinan untuk melihat Aguero menyertai Bayern Munich pada musim panas ini, iaitu jika Robert Lewandowski memutuskan mahu mencari angin lain dan meninggalkan Allianz Arena.

Kedudukan penyerang Poland itu sudah tentu tidak akan tergugat, apatah lagi beliau baru sahaja diiktiraf sebagai pemain terbaik FIFA bagi tahun 2020.

https://twitter.com/sportbible/status/650340901500387328?s=20

Namun Hansi Flick ketika ini agak terdesak untuk mendapatkan seorang penyerang yang terbukti kewibawaannya. Berdasarkan senarai penyerang di kelab berkenaan, pilihan kedua adalah Eric Choupo-Moting.

Real Madrid

Sekalipun sukar untuk melihat Aguero beraksi untuk ‘musuh setempat’ Atletico, namun beliau sebenarnya telah beberapa kali dikaitkan dengan Real Madrid sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Namun dengan adanya Karim Benzema di Santiago Bernabeu yang masih memegang erat statusnya selaku penyerang utama buat sekian lama, tentunya Aguero tidak mahu sekadar menjadi penyerang sandaran semata-mata.

Tetapi pasukan mana lagi yang boleh menawarkan gaji lumayan buatnya?

Inter Milan

Masa depan Romelu Lukaku di Inter Milan tidak boleh dijangka. Penyerang Belgium itu dianggap sebagai pemain yang ‘mudah bosan’ dan berdasarkan rekod beliau tidak pernah kekal lama di sesebuah kelab.

Maka terdapat spekulasi mengatakan Antonio Conte sudah pun memulakan usaha untuk mencari penggantinya dan Aguero merupakan ‘pemain impian’ bagi setiap jurulatih. Apatah lagi jika dapat digandingkan bersama rakan senegaranya Lautaro Martinez.

Atletico Madrid

Aguero tentunya merindui kelab yang menaikkan namanya di pentas Eropah dan Diego Simeone juga seorang jurulatih yang terbuka untuk menerima pemain berusia kembali menyertai kelabnya seperti Luis Suarez.

Jika Aguero gagal menyambung kontraknya di Etihad, beliau boleh mengikut jejak beberapa penyerang lain yang juga pernah kembali semula ke Wanda Metropolitano seperti Diego Costa dan Fernando Torres.

https://twitter.com/Footballdayy2/status/1362395982474973192?s=20

Simeone tentunya tersenyum lebar jika dapat menggandingkan Suarez dan Aguero di barisan serangannya.

Paris Saint-Germain

Jika Kylian Mbappe sah mengangkat kaki dari Parc des Princes pada musim panas ini, Mauricio Pochettino sudah tentu mahu mendapatkan pengganti seorang penyerang yang telah terbukti kemampuannya.

Sekiranya Aguero juga tentu mahu bermain dengan pasukan yang boleh menjamin tempatnya dalam kesebelasan utama selain terus menerima gaji lumayan. Tidak syak lagi PSG adalah tempat yang sesuai buatnya.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Sergio Aguero:

Aguero Dikecam ‘Seksis’ Kerana Pegang Bahu Pembantu Pengadil Wanita

Sergio Aguero: Saya Tak Faham Kenapa Lionel Messi Dikritik

Javier Aguirre: Ketika Tanpa Bola, Aguero Kelihatan Seperti Penyokong

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN