5 Jenis Kaki Bola Yang Anda Akan Jumpa Setiap Kali Demam Piala Dunia

Skuad Harimau Malaya belum pernah menjejakkan kaki ke saingan Piala Dunia. Namun ianya tidak pernah menghalang kehangatan Piala Dunia turut dirasai di negara ini.

Alasannya mudah. Kaki bola tetap kaki bola. Kejohanan dan pertandingan apa sekalipun wajib diikuti.

Artikel kali ini merungkai jenis-jenis kaki bola yang ada di Malaysia setiap kali demam Piala Dunia melanda. Anda kaki bola jenis mana?

Pakar statistik dan taktikal

‘For the love of the beautiful game’. Demikianlah motto bagi kaki bola yang gemarkan statistik dan taktikal.

Kaki bola jenis ini tidak mengira perlawanan apapun. Asalkan ada perlawanan, maka akan terpacak di stadium. Asalkan ada siaran langsung, TV akan jadi arena takhluknya.


Kebiasaannya, kaki bola seperti ini tidak terikat kepada mana-mana pasukan. Mereka enjoy menonton perlawanan, dan arif mengenai statistik. Mereka mengambil kira jenis percubaan arah gol, tepat atau tidak, dan juga rekod-rekod perlawanan terdahulu.

Formasi dan taktikal perlawanan turut menjadi bualan mereka di media sosial dan juga bersama rakan-rakan di kedai kopi.

Kaki fantasi

Setiap kali kejohanan atau pertandingan utama dunia, antara perkara yang menjadi tumpuan semestinya permainan fantasi.

Untuk Piala Dunia 2018, FIFA turut memperkenalkan Mc’Donald’s FIFA World Cup Fantasy. Bagi kaki fantasi, mereka juga tidak akan terikat dengan mana-mana pasukan.

Pilihan Ketua Editor Semuanya BOLA, Ahmad Muzammil.

Asalkan pemain di dalam pasukan fantasi mereka turun beraksi, mereka akan bersedia untuk memberikan sokongan

Malah jika kedua-dua pasukan yang berentap mempunyai pemain yang terdiri daripada pasukan fantasi mereka pun mereka tidak kisah.

Mereka hanya bersedia mencongak mata terkumpul yang mereka miliki selepas tamat pusingan tanpa mengira siapa menang, asalkan pemain pilihan berjaya mendapatkan mata.

Die hard fans

Jerman tetap Jerman. Perancis tetap Perancis. Allez!!! Allez!!! Allezz!!!, kata mereka.

Kaki bola jenis ini hanya memberikan sokongan kepada satu pasukan sahaja. Taat setia mereka hanya kepada satu.

Menang atau kalah, kaki bola jenis ini akan tetap utuh di belakang pasukan yang mereka sokong dari mulanya.

Daripada jersi, mafla ataupun cap, semuanya berasaskan pasukan kesayangan mereka dan digunapakai untuk menonton perlawanan pasukan kesayangan walaupun hanya di hadapan kaca TV di rumah.

Kalau live view di kedai mamak ataupun mana-mana event, merekalah paling kuat bersorak. Siap chanting lagi.

Jika pasukan yang disokong tersingkir awal, maka berakhirlah Piala Dunia buat mereka.

Jika pasukan mereka muncul juara, siaplah… Dunia ini diraikan seolah-olah segalanya…”aku yang punya”.

Penyokong lalang

Okay. Sebenarnya penulis malas nak tulis kategori ini. Tetapi disebabkan kaki bola jenis begini memang wujud, kena tulis jugalah.

Dan penulis akan bagi penjelasan mengapa kaki lalang wujud di kalangan kaki bola.

Kaki bola jenis lalang sebegini biasanya hanya akan sokong pasukan yang menang sahaja.

Hari ini Argentina menang. Satu saat lepas itu, pantas kaki bola sebegini up swafoto ke media sosial berbangga pakai jersi Argentina dan puji Messi. Kalah mereka ejek.

Nak detect penyokong lalang, senang je. Mereka memiliki koleksi jersi pasukan dari pelbagai negara.

Bila Jerman menang, jersi Jerman jadi pilihan saudara Shah Rafi.

Argentina kalah, tukar pula jersi Jerman. Susah sangat, sokonglah England. Hahaha.

Tidak. Sebenarnya Saudara Shah Rafi seperti di dalam dua gambar di atas bukan seperti yang anda fikirkan.

Kaki bola seperti Shah Rafi sebenarnya adalah seorang peminat tegar sukan bola sepak dan mengikuti perkembangan setiap pasukan yang bertanding.

Yalah, Piala Dunia adalah kejohanan 4 tahun sekali. Wajarlah kita nikmati kemeriahannya.

Lainlah kalau Malaysia yang masuk Piala Dunia. Sudah pasti saudara Shah Rafi akan terikat dengan pasukan Harimau Malaya sahaja seperti cintanya untuk pasukan Selangor di Liga Malaysia.

Minat pemain

Tidak kurang juga di kalangan kaki bola yang mengikuti perkembangan pasukan kerana meminati pemain tertentu.

Minat akan Lionel Messi, sudah pasti Argentina menjadi pasukan pilihan. Jika mengkagumi kehebatan Mohamed Salah, maka Mesir adalah pasukan yang diikuti.

Kaki bola jenis ini sering dikaitkan dengan kaki bola dari kaum wanita. Ia turut dikaitkan dengan wajah bola sepak yang hensem seperti Olivier Giroud.

Ehemm….anda tersilap sebenarnya. Hari ini kaki bola yang meminati pemain untuk menentukan pasukan yang disokong sudah tidak mengira jantina.

Pantang jentik sikit Messi di media sosial, sudah ada yang melatah. Begitu juga dengan peminat-peminat Cristiano Ronaldo, Neymar, Harry Kane, ataupun Romelu Lukaku.

(Photo by Philipp Schmidli/Getty Images)

Tak salah sebenarnya. Kami pasti anda meminati pemain-pemain tertentu kerana kagum akan kebolehan pemain. Oleh itu meminati pemain bola sepak kerana raut wajah hensem atau berbadan sasa, sudah tidak lagi relevan.

Peminat bola sepak wanita pada hari ini pun sudah semakin celik dan cerdik mengenai bola sepak tau. Jangan pandang rendah kepada mereka.

Rumusan

Artikel ini sekadar artikel santai-santai sambil kita menunggu sepak mula perlawanan terakhir peringkat kumpulan jam 10 malam ini.

Anda kaki bola jenis bagaimana? Anda kenal kaki bola jenis yang lain? Kongsikan artikel ini, dan tag mereka.

Ayuh terus ikuti kami untuk berita dan liputan terkini Piala Dunia 2018 di Rusia.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply