5 ‘Hijack’ Perpindahan Terkenal Dalam Bola Sepak Termasuk Beckham Dan Ronaldinho

Iklan

Dalam jendela perpindahan kali ini berlaku 2 ‘hijack’ yang menjadi bualan. Pertamanya ialah Jorginho yang dicantas oleh Chelsea daripada Manchester City.

Yang kedua sudah pastinya Malcom yang disailang oleh Barcelona dari AS Roma. Kami bawakan antara 5 peristiwa ‘hijack’ yang popular dalam jendela perpindahan pemain.

1. Willian – Spurs ke Chelsea

Beliau awalnya dikaitkan dengan Liverpool namun Spurs kemudian menyatakan minat kepada beliau. Selepas itu menyatakan dia akan ke England tetapi untuk Spurs yang ketika itu dibimbing bekas pengendali Chelsea, Andre Villas Boas.

Willian sudah menjalani medikal di Spurs dan dalam proses untuk memuktamadkan perjanjian namun beliau menerima berita Mourinho mahukan beliau.

Dan pemain itu bergegas ke kelab London satu lagi lalu menyertai Chelsea. Ketika wartawan bertanya bagaimana proses medikal kepada Mourinho Mourinho sempat troll Spurs dengan berkata:

“Yang bagusnya, kami melakukan medikal dan semua proses secara rahsia.”

Chelsea sebenarnya tidak melakukan pemeriksaan medikal ke atas Willian. Levy amat marah ketika itu.

Tak lama selepas itu, Mourinho mengenakan Spurs sekali lagi dengan menyatakat, Chelsea tak perlu lakukan sesi medikal untuk Willian kerana mereka percaya dengan pasukan perubatan Spurs.

Spurs melaburkan wang itu kepada pembelian Erik Lamela.

2. Emmanuel Petit – Tottenham ke Arsenal

Ini antara peristiwa yang akan dikenang penyokong Arsenal dan Tottenham Hotspur. Pada 1997, Emmanuel Petit berada di London untuk membincangkan kontrak dengan Spurs. Ianya adalah fasa akhir sebelum menjadi pemain Spurs.

Namun ketika perbincangan dilakukan dengan Pengerusi Tottenham, Alan Sugar, pemain tersebut mendapat tahu yang Arsenal juga berminat dengan beliau.

Petit memberitahu Alan Sugar beliau perlukan sedikit masa untuk berfikir secara bersendirian dan Sugar setuju. Petit balik semula ke hotel dengan semua kos teksi dibayar Spurs.

Tidak lama selepas itu, Emmanuel Petit mengejutkan pihak Spurs apabila diperkenalkan sebaga pemain Arsenal.

3. Obi Mikel – Man. United ke Chelsea

Pada musim panas 2005, Jon Obi Mikel dilaporkan setuju menyertai Manchester United. Namun sebulan selepas itu beliau menyertai Chelsea.

Manchester United telah menghantar wakil mereka, Jim Ryan ke Norway untuk temu ramah dan menyerahkan Obi Mikel jersi Manchester United.

Mikel setuju menyertai Man. United. Namun sebulan selepas itu beliau menyertai Chelsea dan memberitahu Sky Sports:

“Dulu memang saya ingin ke Man. United namun kini saya sudah tidak mahu lagi bermain untuk Manchester United.”

Sir Alex sangat bengang dengan Chelsea ketika itu. Pembantu Sir Alex Ferguson ketika itu, Carlos Queiroz mengutuk Chelsea dan menuduh pasukan tersebut menculik Mikel daripada mereka.

Mikel menyertai Chelsea dan beliau dikatakan membayar pampasan €15 juta kepada Man. United dan €6 juta kepada Lyn Olso, kelab lamanya.

4. Robinho – Chelsea ke Manchester City

Manchester City’s new signing Robinho with manager Mark Hughes

Pada tahun 2008, Real Madrid menyatakan mereka tidak akan menghalang Robinho keluar. Pemain sensasi Brazil itu sudah tiada hati bermain di Real Madrid.

Chelsea terus menjadi pasukan terawal yang mahukan pemain ini terutama sekali pemilik kelab Roman Abramovich yang memang kerapkali mengarahkan pegawai beliau membeli pemain atas kehendak beliau.

Chelsea dilaporkan mencapai persetujuan perpindahan bernilai €35 juta. Robinho dikatakan gembira dengan perpindahan itu kerana mahu tinggal di London. Itu antara tarikan utama kata beliau.

Waalaubagaimanapun, Manchester City yang baru mendapat suntikan dana daripada pemilik baru telah melancarkan bidaan saat akhir kepada Robinho. Namun Real Madrid memberitahu mereka sudah setuju menjual pemain itu kepada Chelsea.

Chelsea kemudian menyenaraikan jersi Robinho untuk pra-tempahan dan menerima banyak tempahan untuk jersi pemain itu berjersi biru Chelsea. Mereka akan mengumumkan nombor Robinho sebaik sahaja segalanya selesa.

Tindakan Chelsea menyenaraikan jersi Robinho dalam senarai tempahan ini membuatkan Real Madrid marah dan membuat keputusan membatalkan perjanjian dengan Chelsea dan menerima bidaaan Manchester City.

4. David Beckham – Barcelona ke Real Madrid

David Beckham dan Zinedine Zidane sewaktu beraksi bersama-sama di Real Madrid satu ketika dahulu.

Selepas terlalu ‘hollywood’, Sir Alex Ferguson akhirnya menyenaraikan Beckham untuk dijual.  Barcelona telah membuat bidaan awal dan pemain itu dibenarkan untuk bercakap dengan wakil mereka.

Beckham adalah nama penting dalam usaha Laporta meyakinkan pengurusan tertinggi tentang kredibiliti beliau.

Real Madrid kemudian menyatakan minat mereka kepada Beckham. Namun begitu, Manchester United telah memuat naik kenyataan rasmi menyatakan yang mereka menerima bidaan daripada Barcelona untuk David Beckham. 

Penyokong Barcelona sudah bersorak gembira kerana menewaskan persaingan daripada musuh ketat mereka untuk pemain yang paling popular di dunia ketika itu. Namun begitu David Beckham telah menyatakan yang beliau lebih berminat ke Real Madrid.

Ini kerana, beliau mahu bermain di UCL. Barcelona tidak layak ke UCL dan beraksi dalam kelayakan Piala UEFA (UEL hari ini).

Real Madrid juga berjanji akan menggandingkan Beckham dengan Zidane dan Figo di tengah padang. United telah membuat pusingan U dan menolak £25 juta Barcelona dan menjual Beckham ke Manchester United.

5. Ronaldinho – Manchester United ke Barcelona

Kejayaan Barcelona mendapatkan Ronaldinho telah dianggap sebagai ‘sweet revenge’ mereka kepada Manchester United yang sebelum itu menjual Beckham ke Real Madrid walaupun sudah menyatakan persetujuan.

Ronaldinho adalah sasaran utama Sir Alex Ferguson ketika itu. PSG menerima banyak bidaan untuk pemain itu dan mereka dilaporkan setuju dengan bidaan daripada Manchester United.

Namun pada saat akhir, Barcelona telah menghubungi PSG untuk mendapatkan Ronaldinho dan menawarkan harga lebih tinggi.

PSG setuju dan menjual Ronaldinho kepada Barcelona dengan nilai €30 juta. Pemain ini kemudian menjadi nadi penting pasukan Barcelona dalam pembentukan Barcelona era moden.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram