5 Gol Terpantas Dalam Liga Malaysia

Setiap perlawanan bola sepak pasti setiap penyokong akan berasa berdebar dan tak senang duduk sehingga tiupan wisel berakhir dibunyi.

Tapi bagaimana perasaan jika pasukan kita menjaringkan gol pada awal-awal perlawanan lagi? Pasti kita akan senyum seketika. Penyokong lawan pula pasti rasa gusar dan bimbang sebab tak sentuh bola lagi pihak lawan dah gol.

Itulah perasaan unik dan istimewa setiap peminat bola sepak di dunia!

Jadi di sini kami senaraikan 5 gol terpantas di Liga Malaysia!

5. Syahmi Safari (40 saat)

Photo by Zam Zainal / www.asiana.my

Wing-back kanan muda Selangor yang baru berusia 19 tahun ini telah menjaringkan gol pertamanya dalam skuad senior ketika menentang PKNS FC.

Syahmi Safari hanya memerlukan 40 saat untuk membuka akaun jaringannya selepas penjaga gol PKNS FC menumbuk bola keluar ke arah laluannya. Bola tersebut disudahkan dengan yakin oleh anak kelahiran Ijok melalui rembatan bola leret yang deras!

4. Matías Conti (34 saat)

Bekas penyerang import Pahang yang telah menjaringkan sejumlah 40 gol untuk Pahang sepanjang musim 2013-2015 telah mengembirakan penyokong Tok Gajah apabila beliau berjaya menyudahkan peluang hasil keadaan kelam kabut di dalam kotak penalti.

Seperti Syahmi Saperi, PKNS FC juga menjadi mangsa gol pantas Conti. Kegagalan penjaga gol PKNS FC menangkap bola membolehkan Conti menjaringkan gol ketika perlawanan hanya berusia 34 saat.

Ketika itu Pahang menentang PKNS FC dalam saingan suku akhir pertama Watsons Piala Malaysia 2013.

3. Andik Vermansyah (33 saat)

Ketika Selangor menentang JDT dalam aksi Liga Super 2015, Andik Vermansyah menceriakan penyokong Selangor apabila berjaya menjaringkan gol seawal 33 saat!

Berpunca daripada sepakan percuma Azmi Muslim yang gagal dikeluarkan dengan baik oleh pertahanan JDT, Andik memanfaatkan situasi kelam-kabut itu untuk melepaskan placing shot di bucu bawah sebelah kanan gol.

2. Juan Muriel Orlando (16 saat)

Pemain import Johor FA pada musim 2012 dan 2013 ini mencipta nama apabila bukan sahaja menjaringkan gol cantik. Malah gol tersebut merupakan gol kedua terpantas dalam rekod liga Malaysia!

Mangsanya? Siapa lagi kalau bukan PKNS FC.

Tenang menerima hantaran lintang yang agak tak tepat kepada sasaran, Orlando kemudiannya memusingkan badannya sebelum melepaskan misil rembatan voli. Semuanya dilakukan ketika perlawanan baru berusia 16 saat.

1. Ahmad Fakri Saarani (12 saat)

Photo by Safwan Rozi /www.asiana.my

Pemain kebangsaan ini paling diingati dengan kata-kata beliau, “Bola kalau tak nak masuk, tak masuk juga. Kita buatlah macam mana pun” ketika ditemuramah dalam rancangan Majalah 3.

Temuramah tersebut disiarkan selepas skuad Kebangsaan berjaya membawa pulang pingat emas semasa kejohanan Sukan Sea 2011 di Indonesia.

Ketika saingan Liga Super 2015 antara Kelantan menentang Terengganu, Ahmad Fakri Saarani mengejutkan Malaysia apabila menjaringkan gol seawal 12 saat untuk Kelantan! Ia adalah rekod gol terpantas pernah dijaringkan dalam rekod Liga Super.

Saksikan rangkuman 5 gol terpantas ini.

Rekod gol terpantas Piala Malaysia

Rekod gol terpantas dalam sejarah Piala Malaysia mungkin menjadi milik pemain Sarawak era lewat 80-an, Pengiran Bala. Pengiran Bala merupakan pemain Sarawak berbangsa Kelabit.

Semasa zaman beliau bergelar pemain, penyokong Sarawak kerap mengatakan pasukan lawan bakal mendapat ‘bala’ apabila beliau bermain.

Penyokong Pahang boleh memberi testimoni kepada kenyataan ini. Semasa kempen Piala Malaysia 1989 antara Sarawak dengan Pahang, Pengiran Bala berjaya menjaringkan gol seawal 8 saat!

Bagaimanapun tiada rakaman video berjaya ditemui ketika Pengiran Bala melakukan gol bersejarah ini.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh Syakir Zakaria, pemilik YouTube channel ‘Top 5 Goals‘.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN