5 Gol Terbaik Mohammad Ghaddar Untuk Pasukan Kelantan

Nama Ghaddar ataupun ‘Mat Ghaddar’ kini menjadi bualan hangat untuk peminat bola sepak tempatan.

Mana tidaknya, beliau telah menjaringkan 16 gol dalam 9 perlawanan yang beliau main untuk Kelantan musim ini.

Magis & skil solo Ghaddar yang membuatkan pertahanan kaku dan tak tahu buat apa. Senang kata bagi je bola dekat Ghaddar dan beliau tahu nak buat apa .

Mohammed Ghaddar mempunyai rekod cemerlang bersama pasukan Kelantan pada tahun 2012 di mana beliau membantu pasukan Kelantan menjulang treble untuk pertama kalinya dalam sejarah bola sepak mereka.

Musim itu juga, Ghaddar menjaringkan 21 gol yang merupakan rekod yang cemerlang!

Pada tahun 2013, Ghaddar berhijrah ke FELDA United tapi malangnya jodoh Ghaddar tak panjang bersama mereka kerana ditimpa kecederaan yang panjang dan terus disingkirkan oleh pihak pengurusan.

Ketika itu, Ghaddar hanya mampu mencipta 3 gol sahaja untuk FELDA United.

Pulang semula

Pada tahun 2014, nama Ghaddar muncul kembali dibibir peminat pasukan Kelantan.

Hal ini berlaku selepas Tan Sri Anuar Musa buntu untuk mencari penyerang berbisa untuk berganding bersama Forkey Doe dan Kelantan berjaya mendapatkan Ghaddar untuk bermain bersama pasukan Kelantan semula.

Tapi Ghaddar pada musim 2014 bersama skuad Kelantan tidah sehebat seperti mana pada musim 2012. Mana tidaknya, Ghaddar seperti ‘budak nakal’ dalam skuad Kelantan 2014 dan hanya mampu menjaringkan 6 gol sahaja.

Beliau kemudiannya ditamatkan kontrak kerana masalah kecederaan dan juga masalah disiplin terutamanya beliau mengalami masalah dengan bekas pertahanan Kelantan – Obinna Nwaneri.

Selepas itu dalam tahun 2014 hingga 2016 Ghaddar berkelana ke Liga Jordan dan Iraq dalam bagi meneruskan karier beliau selepas kembali sembuh dari kecederaan.

Namun penyerang yang pernah menjaringkan 91 gol bersama Nejmeh SC ini tidak lagi setajam dulu apabila kerap bertukar pasukan antaranya Al-Faisaly, Naft Al-Wasat dan Tripoli.

Ghaddar kembali lagi!

Tapi pada tahun 2016, penyokong Kelantan mula membangkitkan balik nama Mohammed Ghaddar untuk bermain balik bersama skuad Kelantan bagi mengantikan Dramane Traore yang tak begitu cemerlang.

Namun perkara itu dinafikan oleh Dato’ Seri Vida kerana beliau memberitahu yang pemain itu tidak lagi relevan untuk skuad kijang itu.

Dan pada tahun 2017, Ghaddar kembali dengan magis dan skil solo beliau membuatkan beliau berjaya mencipta 3 hatrik dalam 9 perlawanan dan selebihnya adalah sejarah.

Itulah dia Mohammed Ghaddar, pemain yang paling disayangi oleh penyokong Kelantan. Gomo Ghaddar Gomo!

Disini saya tontonkan kepada anda antara 5 gol Ghaddar yang boleh dikatakan WOW!

Semoga anda terhibur dengan video ini, enjoy!

Nota editor: Artikel ini merupakan sumbangan Syakir Zakaria yang merupakan pemilik akaun Top 5 Goals di Youtube. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Baca juga: Khairy Jamaluddin Sokong Dan Puji Langkah Proaktif FAM Banteras Bookie

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN