5 Fakta Yang Menjadikan Cristiano Ronaldo Lebih Hebat Dari Messi

Ramai yang berpendapat era Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kini sudah berada di penghujung. Kedua-dua pemain dianggap sebagai dua pemain terbaik dunia generasi ini.

Dan selama ini perbandingan mengenai siapakah di antara kedua-dua pemain yang lebih hebat sentiasa menjadi perdebatan. Pelbagai jenis aspek perbandingan telah dilakukan. Peminat kedua-dua pemain mempunyai pendapat masing-masing mengeai perkara ini. Dan kami yakin perdebatan itu akan berterusan walaupun selepas kedua-dua pemain bersara.

Apa pun pendapat dilemparkan, berikut adalah lima fakta yang kami cuba lemparkan, dan mengapa Cristiano Ronaldo adalah pemain yang lebih baik dari Messi sekiranya fakta-fakta berikut diangkat sebagai perbandingan.

Rekod jaringan peringkat antarabangsa

Cristiano Ronaldo telah mencipta nama untuk dirinya di pentas antarabangsa dan dianggap sebagai pemain terbaik Portugal sepanjang zaman.

Berusia 36 tahun, kapten skuad kebangsaan Portugal itu adalah pemain paling banyak melakukan penampilan untuk negaranya selain adalah penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Sehingga kini Cristiano Ronaldo telah tampil dalam 173 perlawanan untuk Portugal dan menjaringkan 103 gol. Tiada tanda Ronaldo akan meninggalkan pasukan negaranya dalam masa terdekat.

Seperti Ronaldo, Lionel Messi juga adalah kapten pasukan negaranya Argentina. Namun penyerang Barcelona itu sehingga kini hanya mampu menyumbangkan 71 gol dari 142 penampilan, dan ramai berpendapat Messi gagal membawa prestasi di peringkat kelab bersama Argentina.

Kecergasan dan daya tahan yang berpanjangan

Bukan sahaja di dalam bola sepak, Cristiano Ronaldo juga dianggap sebagai salah seorang ahli sukan paling cergas generasi ini. Ini adalah disebabkan sikap profesional pemain ini yang bijak menjaga setiap aspek kehidupan sepanjang kariernya.

Terdapat beberapa laporan sebelum ini dari bekas rakan sepasukan mengenai obsesi Ronaldo terhadap kecergasan. Ronaldo akan menjadi pemain pertama untuk tiba di padang latihan dan menjadi pemain terakhir meninggalkannya.

Walaupun kini sudah mencecah usia 36 tahun, tahap kecergasan pemain ini masih lagi dianggap yang terbaik. Ramai kagum dengan keupayaan beliau melonjak tinggi untuk melakukan tandukan, selain dari kekuatan dan kepantasan yang dimilikinya.

Sehingga kini Ronaldo telah tampil dalam 889 perlawanan di peringkat kelab dan telah menjaringkan 670 gol. Walaupun sebelum ini terdapat kebimbangan dari jurulatih mengenai jumlah perlawanan yang perlu diharungi beliau, Ronaldo tetap beraksi hampir dalam setiap perlawanan untuk negara dan kelabnya.

Cristiano Ronaldo miliki kejuaraan Champions League lebih banyak

Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi kedua-duanya telah menjadikan pentas bola sepak eropah, Champions League untuk menyinar dan menampilkan kemampuan masing-masing.

Pemain antarabangsa Portugal itu bagaimanapun telah memenangi lima kejuaraan. Salah satu daripadanya dimenangi ketika bersama Manchester United, manakala empat lagi kejuaraan ketika bersama Real Madrid.

Lionel Messi pula telah memenangi pertandingan tersebut empat kali bersama Barcelona.

Selain itu, Ronaldo juga adalah penjaring gol terbanyak sepanjang zaman Champions League dengan 134 gol dari 176 penampilan. Sebagai perbandingan, Messi telah merekodkan 120 gol dari 149 penampilan setakat ini.

Kejuraan peringkat antarabangsa

Satu dakwaan terhadap Lionel Messi yang sukar dinafikan ialah kegagalan beliau membawa prestasi baik bersama Barcelona untuk membantu Argentina meraih kejuaraan utama antarabangsa.

Seteru utamanya Cristiano Ronaldo pula berjaya melakukan sebaliknya. Portugal mencipta sejarah bergelar juara eropah pada 2016, selepas menewaskan Perancis 1-0 di perlawanan akhir.

Ronaldo tidak memainkan banyak peranan di perlawanan akhir selepas mengalami kecederaan pada babak awal perlawanan. Namun ia tidak menghalang beliau memenangi anugerah Silver Boots untuk pencapaian beliau dalam kejohanan ini.

Penyerang Portugal itu menjaringkan tiga gol dan turut menghasilkan tiga bantuan gol untuk negaranya sepanjang kejohanan berlangsung.

Kejuaraan liga di negara berbeza

Tiada siapa boleh menafikan Lionel Messi adalah pemain terbaik Barcelona sepanjang zaman. Namun tidak seperti Cristiano Ronaldo, Messi tidak mempunyai pengalaman beraksi di saingan liga berlainan.

Ronaldo mencipta rekod tersendiri beraksi di tiga liga eropah berlainan. Pemain penyerang ini menyertai Manchester United pada 2003 dari Sporting CP, menjuarai tiga gelaran Premier League sepanjang tempoh enam musim.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Real Madrid pada 2009 dengan nilai rekod dunia pada ketika itu dan menjadi penjaring terbanyak sepanjang zaman untuk Los Blancos. Ronaldo turut membawa dua gelaran La Liga untuk diraikan di Estadio Santiago Bernabeu.

Pada 2018, Ronaldo sekali lagi berhijrah untuk menyertai Juventus dan menjadi pemain terpenting kelab Turin itu pada hari ini. Sehingga kini Ronaldo telah menjuarai dua gelaran Serie A dan merupakan pemain paling konsisten kelab Itali itu pada musim ini.

Penutup

Kami yakin akan ada banyak perkara lain yang akan menjadi kayu pengukur untuk membandingkan kedua-dua pemain ini.

Namun setakat ini, lima perkara di atas jelas Cristiano Ronaldo adalah pemain lebih baik. Apa pula pandangan peminat Lionel Messi?

Nyatakan pandangan anda kepada kami melalui platform yang disediakan.

 

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Cristiano Ronaldo dan Messi:

Ini Pendapat Klopp Mengenai Cristiano Ronaldo Dan Messi

Cristiano Ronaldo: Saya Tak Pernah Pun Anggap Messi Sebagai Pesaing Saya

Beckham: Lionel Messi Satu Kelas Di Atas Cristiano Ronaldo

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khasΒ untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN