5 Fakta Menarik Mengenai Hatrik Lewandowski Menentang Stuttgart

Pemain terbaik dunia FIFA, Robert Lewandowski terus bernafsu menggegar gawang dengan mencatatkan perfect hat-trick dalam tempoh 22 minit menentang Vfb Stuggart di Bundesliga pada awal pagi tadi.

Bayern Munich tidak bermula dengan baik apabila terpaksa bermain 10 orang sejak awal perlawanan selepas Alphonso Davies dilayangkan kad merah pada minit ke-12.

Alphonso Davies pada mulanya hanya dilayangkan kad kuning kerana mengasari Wataru Endo, namun campur tangan Video Assistant Referee (VAR) telah mengubah keputusan tersebut.

Selepas video daripada VAR diteliti semula, jelas kelihatan Davies telah melakukan stamping yang sangat bahaya ke atas Wataru Endo.

Ini mendorong pengadil menarik balik kad kuning yang dilayagkan terlebih dahulu dan menggantikannya dengan layangan kad merah serta secara automatik, Davies dihalau keluar dari padang.

Ketiadaan Alphonso Davies langsung tidak memberi kesan kepada Bayern Munich untuk membelasah Vfb Stuggart. Sebaliknya ia menjadi pentas Robert Lewandowski untuk menjaringkan hatrik untuk membantu kelab Bavarian itu menang 4-0.

Berikut adalah lima fakta menarik daripada hatrik yang dihasilkan oleh pemain terbaik dunia itu.

1. Perfect hatrick

Buat pertama kali dalam kariernya, Lewandowski menjaringkan tiga gol sebelum tamat babak pertama perlawanan di Bundesliga. Ia bukti penyerang dari Poland ini adalah seorang penyerang lengkap setelah gol pertama dihasilkan melalui kaki kanan.

Gol kedua pula dihasilkan melalui tandukan cantik oleh penjaring terbanyak Bundesliga itu. Gol ketiga dihasilkan melalui kaki kiri yang tidak memberikan peluang langsung kepada penjaga gol VFB Stuttgarr, Gregor Kobel.

2. Pintas rekod Fischer

Lewandowski pasti bersyukur dengan hatrik yang beliau perolehi melalui perlawanan ini. Pemain Bayern Munich itu sehingga kini telah menjaringkan 278 gol di Bundesliga – termasuk 9 gol dari empat perlawanan terakhir yang dilaluinya.

Ini bermakna Lewandowski telah mmeintas rekod jaringan Klaus Fisher (268 gol) dan kini berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak Bundesliga sepanjang zaman. Der Bomber masih mendahului senarai penjaring terbanyak sepanjang zaman di Bundesliga dengan 365 gol.

3. Perbaharui rekod peribadi

Dengan 35 gol pada musim ini, Lewandowski telah pun memecahkan rekod peribadi terbaiknya (34 gol yang dijaringkan pada musim lalu) untuk keseluruhan kempen penuh saingan liga.

Lewandowski sudah memiliki kelebihan 1 gol pada musim ini dengan lapan lagi perlawanan perlu dlalui. Hanya Gerd Miller pernah menjaringkan lebih banyak gol sebelum Lewandowski untuk semusim penuh: 36 gol pada 1972/73, 38 gol pada 1969/70, dan 40 gol pada 1971/72.

4. Rekod 35 gol selepas 26 perlawanan

Rekod jaringan Muller selepas 26 perlawanan yang merupakan rekod Bundesliga selama ini ialah 31 gol pada 1971/72. Lewandowski kini telah memperbaharui rekod tersebut dengan kelebihan empat gol.

Secara peribadi pula, musim ini adalah yang paling berhasil buat Lewandowski. Setakat ini beliau telah merekodkan kelebihan 9 gol lebih banyak dari apa yang beliau pernah hasilkan pada peringkat sama pada musim sebelum ini.

5. Rekod Bayern Munich akan dilebarkan

Gol pembukaan Lewandowski dalam perlawanan ini bermakna rekod Bayern Munich menjaringkan gol kini berterusan kepada 61 perlawanan secara berturut-turut. Ia menyamai rekod yang pernah dihasilkan diantara 2013 sehingga 2014 pada ketika era Pep Guardiola.

Skuad Bayern Munich kini boleh memberikan tumpuan penuh kepada tempoh waktu rehat antarabangsa. Musim ini Bayern telah menjaringkan 78 gol selepas 26 perlawanan, jumlah yang tidak pernah dicapai oleh mana-mana pasukan Jerman di Bundesliga sebelum ini.

Penutup

Memasuki usia 32 tahun, Lewandowski dilihat semakin garang di depan gol dan tiada tanda mengalami sebarang kemerosotan. Siapa tahu rekod apa lagi yang akan dipecahkan oleh Lewandowski selepas ini.

 

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel menarik lain mengenai Robert Lewandowski melalui pautan di bawah:

31 Gol Dari 24 Perlawanan Bundesliga, Peluang Terbaik Lewandowski Pecah Rekod 40 Gol Gerd Muller

Lewandowski Nyaris Sertai Manchester United Selepas Dipujuk Ferguson

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN