5 Buah Sekolah Dipilih Sebagai Perintis FAS Soccer School

Lima buah sekolah di sekitar Selangor telah dipilih untuk menyertai program akar umbi di bawah Pelan Pembangunan 5-Tahun Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS).

Menurut DYTM Tengku Amir Shah, Raja Muda Selangor ketika bertitah, di bawah program tersebut FAS bertanggungjawab untuk menyediakan kepakaran dan latihan jurulatih, kemudahan peralatan, dan peluang permainan kepada murid yang terlibat.

Manakala sekolah-sekolah yang terpilih pula akan mengambil peranan untuk menyediakan padang bola sepak dan guru-guru yang akan menjadi jurulatih kepada murid mereka.

Semalam FAS telah melancarkan satu program akar umbi yang dinamakan FAS Soccer Schools di mana program ini memberi…

Posted by FA Selangor on Monday, September 30, 2019

Program FAS Soccer Schools adalah satu kolaborasi antara FAS dan Jabatan Pendidikan Negeri Selangor yang akan memberi manfaat kepada semua pihak yang terlibat.

Lima buah sekolah yang terpilih di sekitar Selangor sebagai perintis kepada program ini adalah SK Bandar Anggerik (Petaling Perdana), SK Kota Kemuning (Klang), SK Sungai Binjai (Klang), SK Sri Kelana (Petaling Utama), dan SK SS6 Kota Damansara (Petaling Utama) melibatkan 400 orang murid.

Program ini merupakan inisiatif jangka panjang yang oleh FAS bagi memastikan kelestarian dan juga pembangunan yang konsinten buat FAS di dalam dan di luar padang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN