5 Bintang Bola Sepak Yang Anda Tidak Sedar Pernah Sarung Jersi Hoffenheim

Walaupun tidak mempunyai kejayaan yang boleh dibanggakan, 1899 Hoffenheim tetap boleh berbangga dengan beberapa pemain berprofil tinggi yang datang dari kelab mereka.

Beberapa bintang handalan dalam dunia bola sepak, yang pernah beraksi bersama Hoffenheim telah berjaya mencipta nama ketika mereka beraksi bersama kelab lain.

Bahkan, Rhein-Neckar-Arena turut boleh dianggap rumah kepada beberapa bintang besar dalam dunia bola sepak sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Mungkin ada peminat yang tidak sedar atau tidak perasan beberapa pemain berprofil tinggi dalam dunia bola sepak ini sebenarnya pernah beraksi bersama Hoffenheim.

Berikut merupakan 5 pemain yang mungkin ramai sudah lupa bahawa mereka sebelum ini pernah beraksi bersama Hoffenheim.

Roberto Firmino ketika bersama Hoffenheim

1. David Alaba

Hoffenheim: 2011
Kelab Sekarang: Real Madrid
Rekod Perpindahan: £0 (Ke Bayern Munich dan Real Madrid)

Bayern Munich sepertinya perlu mengucapkan terima kasih kepada Hoffenheim, kerana pada Januari 2011, David Alaba mula mencipta nama dalam saingan Bundesliga selepas dipinjamkan untuk beraksi ke Rhein-Neckar-Arena.

Kerana tidak mendapat tempat bersama Bayern, maka beliau telah dipinjamkan ke Hoffenheim untuk memberi peluang kepadanya beraksi dalam kesebelasan utama.

Pemain left-back itu berjaya menjaringkan dua gol dari 17 penampilan bersama Hoffenheim ketika separuh musim kedua kempen 2010/11.

Alaba selepas mempamerkan kecemerlangan bersama Hoffenheim, beliau telah dipanggil semula untuk beraksi bersama Bayern Munich yang mana selepas itu beliau berjaya memenangi 10 gelaran Bundesliga, enam Jerman Cup, dan dua Champions League sebelum menyertai Real Madrid musim panas ini.

Beliau menyertai Real Madrid sebagai pemain free ejen selepas kontraknya bersama Bayern Munich tamat pada penghujung musim lalu.

Alaba turut pernah memenangi anugerah Austrian Footballer Of The Year sebanyak tujuh kali sepanjang kariernya.

2. Demba Ba

Hoffenheim: 2007-2011
Kelab Sekarang: FC Lugano
Rekod Perpindahan: £11.7m (Ke Shanghai Shenhua)

Walau ada pasang dan surut dalam karier seseorang pemain, tidak dinafikan Demba Ba akan sentiasa menjari penjaring utama tidak kira beliau beraksi bersama kelab mana sekali pun.

Sudah tentu gol jaringan beliau yang paling diingati oleh para peminat adalah gol jaringannya ketika memanfaatkan kesilapan Gerrard yang tergelincir ketika aksi saingan Premier League pada tahun 2014.

Beliau berjaya menjaringkan 40 gol dari 103 penampilan untuk Hoffenheim sebelum meninggalkan Jerman untuk beraksi di England.

Beliau sempat mencipta nama dengan beraksi bersama West Ham United, Newcastle United dan juga bersama Chelsea.

Selepas itu, beliau terus berkelana mencari pengalaman di luar dengan beraksi dalam saingan bola sepak di Turki dan China.

Demba Ba memenangi Piala utama pertamanya pada musim 2016/17 yang mana beliau ketika itu membantu Besiktas untuk menjuarai saingan Super Lig, dan beliau turut berjaya melakukan hal yang sama ketika beraksi bersama Istanbul Basaksehir.

3. Ryan Babel

Hoffenheim: 2011-2012
Kelab Sekarang: Galatasaray
Rekod Perpindahan: £11.5m (Ke Liverpool)

Ryan Babel sepertinya hilang dari dunia bola sepak selepas beliau meninggalkan Liverpool. Beliau bahkan gagal untuk memberi impak yang positif ketika musim pertamanya selepas meninggalkan Anfield.

Beliau hanya mampu untuk menjaringkan satu gol sahaja dari 16 penampilan bersama Hoffenheim, dan selepas menghabiskan dua musim, beliau memutuskan untuk kembali ke Ajax.

Bintang Belanda itu kembali mencipta nama pada musim 2017/18, yang mana beliau ketika itu berjaya menjaringkan dua gol dari enam penampilan dalam saingan Champions League bersama Besiktas.

Aksi hebat yang beliau pamerkan di Turki menyebabkan ramai pihak yang mencadangkan kepada Ronald Koeman supaya memanggil beliau untuk kembali sertai skuad kebangsaan Belanda.

Selepas meninggalkan Besiktas, Babel telah menyertai Galatasaray dan kemudiannya beliau dipinjamkan ke Ajax sebelum kembali semula ke pangkuan Galatasaray.

4. Roberto Firmino

Hoffenheim: 2011-2015
Kelab Sekarang: Liverpool
Rekod Perpindahan: £29m (Ke Liverpool)

Mungkin ramai yang akan ingat bagaimana cemerlangnya Roberto Firmino ketika beraksi bersama Hoffenheim sebelum ke Anfield.

Namun dek kerana beliau lebih cemerlang bersama Liverpool dan menjadi nadi terpenting dalam sistem serangan Jurgen Klopp, sepertinya peminat sudah lupa kecemerlangan beliau bersama bekas kelabnya.

Firmino pernah membuat 153 penampilan dalam semua pertandingan ketika beliau beraksi bersama Hoffenheim sebelum menyertai Liverpool.

Beliau ketika ini dianggap sebagai salah seorang pemain penyerang terhebat dalam dunia bola sepak, dan Firmino ketika beraksi bersama Hoffenheim, beliau lebih banyak bermain di posisi attacking midfielder.

Dan mungkin kerana itulah beliau mampu menjadi penghubung yang sangat cemerlang untuk Sadio Mane dan Mohamed Salah ketika kariernya di Anfield.

5. Joselu

Hoffenheim: 2012-2014
Kelab Sekarang: Alaves
Rekod Perpindahan: £5.75m (Ke Stoke City)

Joselu boleh dianggap sebagai pemain yang agak lama bertahan bersama Hoffenheim. Pemain kebangsaan Sepanyol itu ketika ini sedang beraksi bersama Alaves.

Namun, beliau sebenarnya sudah bermain bersama lima kelab berbeza sepanjang tempoh antara 2012 hingga 2017 selepas meninggalkan Real Madrid.

Sumber: Squawka

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN