4 Wonderkid Brazil Bakal Gegar Dunia Bolasepak

Wonderkid Brazil

Brazil adalah salah satu negara di dunia yang mengalami kemajuan pesat dalam dunia bolasepak. Kita semua juga sudah mengetahui bahawa Brazil merupakan kilang pengeluar tetap bakat-bakat bola sepak terbaik di dunia.

Sebut sahaja Pele, Garrincha, Romario, Rivaldo, Ronaldo, Roberto Carlos, Ronaldinho dan Neymar semuanya berasal dari negara benua Amerika itu.

Sejak zaman berzaman, Brazil seperti tidak pernah ketandusan pemain muda. Selain digelar sebagai negara penghasilan kopi, Brazil juga dikenali sebagai negara yang paling banyak mengeksport para pemain bolasepak ke setiap pelusuk dunia, tidak terkecuali di Malaysia.

Oleh itu, tidak hairanlah jika setiap kelab dari benua Eropah juga memiliki pemain yang berasal dari Brazil.

Bahkan beberapa kelab besar di Eropah seperti Real Madrid, Barcelona, Paris Saint Germain, Manchester United kini sudah berani mempelawa bakat muda dari Brazil seawal usia 12 tahun untuk bersama kelab mereka.

Vinicius Junior

Wonderkid Brazil

Vinicius Junior sebagai “wonderkid” Brazil. Peminat bolasepak Brazil menggangap, pemain yang bermain di posisi serangan ini lebih bagus berbanding Neymar Jr dan bakal menjadi calon terbaik dunia masa akan datang.

Maka tidak hairanlah jika Real Madrid sanggup membelanjakan hampir 45 juta Euro bagi mendatangkan pemain berusia 16 tahun ini ke Sepanyol pada tahun 2019 nanti.

Vinicius yang kini beraksi bersama Flamengo mempunyai kemampuan bermain semua posisi bahagian serangan. Namun bersama Flamengo, pemain ini sering diletakkan dibahagian sayap kiri pasukan.

Vinicius telah berjaya mempamerkan aksi yang menggagumkan dalam Piala Amerika Selatan Bawah-17 di Chile lalu dengan membantu pasukannya menjuarai kejohanan tersebut.

Beliau juga berjaya mencipta rekod peribadi dengan menjaringkan 7 gol dalam 8 penampilannya bersama pasukan sekaligus meletakkan namanya sebagai pemain terbaik dan penjaring terbanyak dalam kejohanan tersebut.

Pada perlawanan bertemu Atletico Mineiro dalam saingan Brazilian Serie A Mei lalu, Vinicius telah dimasukkan bagi menggantikan Orlando Berrio pada minit ke-80.

Itu merupakan debut pertama pemain ini dalam kejohanan tersebut, sekaligus telah memecahkan rekod Neymar sebagai pemain termuda yang tampil buat kali pertama dalam kejohanan liga berpretij di Brazil itu.

Alan Souza Guimaraes

Woderkid Brazil

Bintang muda Palmeiras, Alan Souza mencuri perhatian beberapa kelab besar di Eropah selepas berjaya tampil dengan cemerlang bersama skuad kebangsaan Brazil dalam kejohanan Piala Dunia Bawah-17 di India.

Menurut laporan Don Balon, beberapa kelab besar di Eropah seperti Real Madrid dan Manchester United sedang berlumba-lumba untuk mendapatkan Alan.

Sebelum ini juga, kelab dari Itali, Inter Milan turut pernah dikaitkan dengan pemain kelahiran Brazil ini.

Dalam skuad kebangsaan Brazil Bawah-17, Alan mendapat kepercayaan Carlos Amadeu untuk menyarung jersi 10.

Ini membuatkan, pemain berusia 16 tahun ini disebut-sebut bakal menjadi watak “pewaris” bolasepak Brazil untuk masa hadapan. Bermain di posisi tengah, Alan juga digelar penyokong sebagai calon penganti Ronaldinho kelak.

Lincoln Henrique

“The Next Superstar” Lincoln, pemain ini sedang menjadi bualan hangat peminat bolasepak di Brazil.

Lincoln yang kini baru berusia 16 tahun telah menyarung jersi Flamengo di Liga Brazil musim ini. Sebelum ini, beliau bersama pasukan akademi.

Beliau menandatangi kontrak profesional pertamanya dengan pasukan senior Flamengo selepas berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang dalam Piala Dunia Bawah-17 di India sekaligus memikat hati pengurusan Flamengo ketika itu untuk menyerap masuk pemain ini ke skuad senior mereka..

Di Flamengo, rata-rata penyokong sering membandingkan diantara Lincoln dengan Adriano.

Walaupun Lincoln masih belum melakukan debut pertamanya bersama Flamengo, beliau sering dibandingkan dengan bekas penyerang itu yang pernah menyarung jersi bernombor 9 pasukan satu ketika.

Adriano yang kini sudah berusia 35 tahun pernah cemerlang bersama Flamengo ketika tahun 2000/2001 dengan berjaya menjaringkan 10 gol dalam 24 penampilan dan kembali semula mengegar Flamengo pada tahun 2009/2010 dengan 19 gol dalam 32 penampilan.

Penyokong Flamengo sudah dapat membayangkan bahawa Lincoln ini bakal mengantikan Adriano di Flamengo nanti.

Nama Lincoln mula menarik perhatian beberapa kelab besar di Eropah selepas tampil cemerlang memperkuatkan skuad Brazil Bawah-17 pada Piala Dunia di India. Penyerang muda ini telah berjaya menjaringkan 3 gol dalam kejohanan tersebut.

Lucianinho

Kemahiran boleh diperolehi dengan latihan tetapi bakat tidak. Kanak-kanak yang baru berusia 12 tahun ini merupakan produk akademi bolasepak di Rio de Janiero, Brazil.

Lucianinho sudah berjaya mencuri tumpuan rakyat Brazil selepas beberapa video aksinya bermain bolasepak tersebar dalam laman sosial di Brazil.

Lucianinho dikatakan memiliki kemampuan bermain bola seperti Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Dalam beberapa video, dilihat Lucianinho berkemampuan mengawal bola dengan sempurna dari dirampas pemain lawan, melakukan sepakan bola yang memukau. Bahkan, beliau berjaya mengatasi 3 atau 4 pemain lawan satu-satu masa.

Lucianinho ketika ini beraksi bersama Flamengo dalam Liga Peringkat Kanak-Kanak di Brazil. Bakat yang dimilki Lucianinho ini juga turut mendapat perhatian beberapa kelab akademi di Eropah.

Pemain ini juga tidak terlepas mendapat pujian dari Roberto Carlos dan Neymar.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN