4 Perkara Menarik Tentang Fabio Silva Yang Dicanang Sebagai Pengganti Cristiano Ronaldo

Fabio Silva Wolves

Wolverhampton Wanderers telah membuat kejutan apabila memecahkan rekod pembelian kelab dengan menandatangani pemain remaja Portugal, Fabio Silva dari Porto.

Kelab Liga Perdana Inggeris tersebut membelanjakan £35 juta (RM191.4 juta), mengatasi rekod £30 juta milik penyerang Mexico, Raul Jimenez dan mengikat pemain muda berusia 18 tahun tersebut dengan kontrak selama lima tahun.

Berikut adalah empat perkara mengenai pemain yang dicanang sebagai jelmaan Cristiano Ronaldo ini.

1. Lahir dalam keluarga bola sepak

Silva datang dari salah satu keluarga bola sepak yang cukupprolifik di Portugal. Ayahnya Jorge Silva beraksi di posisi pemain tengah bertahan bersama Boavista dan menikmati kariernya.

Jorge pernah membantu kelab Portugal tersebut menjuarai Liga Primeira pada 2001 – salah satu kejutan terbesar dalam arena bola sepak di era millennium – dan turut pernah beraksi untuk skuad kebangsaan sebanyak dua kali.

Abangnya, yang juga dipanggil Jorge kini juga merupakan pemain pertahanan Lazio, namun pemain berusia 21 tahun itu masih belum membuat sebarang penampilan bersama skuad senior The Eagles.

2. Pemecah rekod luar biasa

Beliau membuat debut bersama Porto pada Ogos 2019 ketika tewas 2-1 kepada Gil Vicente di mana beliau beraksi selama 11 minit menggantikan Otavinho.

Ketika itu Silva berusia 17 tahun 22 hari dan mengatasi rekod milik Bruno Gama sebagai pemain paling muda beraksi dalam aksi liga dalam sejarah kelab.

Sebulan kemudian, beliau muncul pemain Porto paling muda beraksi di saingan Eropah ketika perlawanan Liga Europa (UEL) menentang kelab Switzerland, BSC Young Boys dan memecahkan rekod milik Ruben Neves.

Enam hari kemudian beliau sekali lagi mencipta rekod apabila menjadi pemain paling muda yang diturunkan sebagai kesebelasan utama dalam mana-mana pertandingan buat Porto ketika menentang CD Santa Clara dalam saingan Piala Liga Portugal, mengatasi rekod Serafim Pereira pada tahun 1960.

Gol pertamanya bersama skuad senior hadir pada Oktober 2019 di mana pasukannya merakam kemenangan besar 5-0 ke atas pasukan jiran setempat SC Coimbroes di pusingan ketika Piala Liga dan sekali lagi mengatasi rekod milik Neves sebagai penjaring gol termuda dalam sejarah kelab.

Lapan hari kemudian, beliau menjadi penjaring gol Liga Premeira paling muda dalam sejarah ketika menang 3-0 ke atas FC Famalicao.

3. Cristiano Ronaldo sebagai idola

“Beliau sememangnya inspirasi buat pemain muda seperti saya, sangat penting untuk mempunyai seorang pemain hebat yang boleh dijadikan ikutan seperti Cristiano.

“Tetapi apabila dibandingkan dengannya, ianya bukan sekadar satu penghargaan, tetapi sebagai satu tanggungjawab dan kepercayaan yang orang berikan kepada saya.

Silva turut mendedahkan Ronaldo pernah memberikan jersinya ketika beraksi bersama Real Madrid dan Juventus dan berharap dapat beraksi di samping legenda Portugal tersebut.

“Saya harap dapat bertemu dengannya dan juga bermain bersamanya dan mendapatkan nasihat daripadanya. Tentu hebat jika kami berdua dapat menjadi duo serangan untuk Portugal!”

4. Wonderkid dalam permainan Football Manager

Nama Fabio Silva tidak asing lagi buat mereka yang meminati permainan Football Manager di mana beliau merupakan salah seorang daripada empat penyerang remaja terbaik yang berkembang menjadi salah seorang pemain terbaik dunia apabila usianya meningkat hanya dalam beberapa musim sahaja.

Potensinya dalam permainan simulasi tersebut telah menggambarkan beliau sebagai penjaring gol semula jadi dan mempunyai keupayaan yang tinggi apabila diletakkan di posisi bahagian serangan.

https://twitter.com/WENDEZpt/status/1233419466270265345?s=20

Kredit Foto: Wolves

Baca juga artikela kami yang lain mengenai perkembangan bola sepak Portugal:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN