4 Pemain Tumpuan Dalam Kumpulan A, Piala AFF Suzuki 2016

Menjelang Piala AFF 2016 kami senaraikan 4 pemain tumpuan daripada pasukan-pasukan yang diundi dalam kumpulan A.

Kumpulan A adalah kumpulan maut pada kali ini dan pemain-pemain ini mungkin akan menjadi  faktro penting dalam mengemudi pasukan masing-masing di dalam padang.

Teerasil Dangda (Thailand)

gambar dari: Thai fussball
gambar dari: Thai fussball

Beliau adalah antara pemain yang dianggap terbaik di Asia buat masa ini. Di rantau Asia Tenggara, Teerasil berada dalam kelas tersendiri.

Beiau pernah menyertai kelab La Liga Almeria secara pinjaman. Sejarah karier Teerasil amat baik. Beliau pernah menyertai trial di Manchester City dan dipinjamkan ke Grasshopper.

Skandal melibatkan pemilik City ketika itu, Thaksin Shinawat membuatkan beliau kembali ke Thailand dan menyertai Raj Pracha dan berhijrah ke Muangthong pada 2009.

Ketika di Muangthong, beliau pernah dipelawa untuk menyertai trial bersama QPR, Atletico Madrid dan Getafe. Dangda akhirnya menyertai Almeria secara pinjaman.

Beliau menjadi pemain Thailand pertama yang beraksi di La Liga. Tamat pinjaman, Dangda gagal mendapatkan kontrak tetap dan kembali ke Muangthong.

Beliau menjadi pemain penting dalam kem Muangthong untuk menakluki Liga Thailand. Musim ini beliau membantu Muangthong memenangi doubles, Liga Thailand dan Piala Liga Thailand.

Coak  permainan dan kemampuan Teerasil tidak perlu diceritakan terlalu lengkap di sini kerana ramai antara kita sudah mengenali cara permainan beliau.

Pemain yang kreatif, lincah dan menjadi titik kreativiti pasukan.

Evan Dimas (Indonesia)

Satu nama yang sangat diraikan oleh bola sepak Indonesia. Bermacam-macam jolokan diberikan kepada bakat muda yang pernah berkelana ke Sepanyol ini.

evan

Mana tidaknya, beliau pernah menjaringkan hattrick menentang Korea Selatan dalam perlawanan B-19. Lantas beliau boleh digelar sebagai prospek emas bola sepak Indonesia.

Evan Dimas kemudian terbang ke Espanyol untuk mendapatkan kontrak dengan pasukan B kelab La Liga tersebut.

Namun beliau gagal mendapatkan kontrak tetap. Laporan media di Indonesia menyatakan, penggantungan Indonesia oleh FIFA adalah punca kenapa pemain muda ini gagal mendapatkan kontrak tetap dengan Espanyol B.

Beliau kemudian kembali ke Indonesia dan bermain di liga tempatan Indonesia.

Evan Dimas antara pemain kegemaran Alfred Riedl dan pernah diberikan pendedahan awal ketika berusia 19 tahun semasa kejohanan Piala AFF 2014.

Evan Dimas baru berusia 21 tahun, namun kali ini watak beliau antara yang akan mencuri tumpuan dalam Timnas Indonesia.

Iain Ramsay (Filipina)

sumber gambar : FoxSports Australia
sumber gambar : FoxSports Australia

Beliau adalah pemain yang pernah berkata beliau menanti panggilan Australia. Berdasarkan keturunan, Iain Ramsay boleh bermain untuk Filipina, Scotland ataupun negara kelahiran beliau Australia.

Ayahnya berbangsa Scotland, Ibunya berbangsa Filipina dan beliau dilahirkan di Australia.

Persatuan bola sepak Filipina pantas memberikan Iain caps kebangsaan dalam perlawanan kelayakan Piala Dunia 2018. Ramsay.

Selepas mendapat panggilan debut tersebut, Iain menyatakan beliau berbangga untuk mewakili Filipina dan tidak menyesal dengan keputusan beliau dan mengorbankan pilihan utama beliau untuk menjadi pemain Socceroos.

Pemain bek kiri ini ada kemampuan untuk mencipta peluang, melakukan serangan dan juga menjaringkan gol. Beliau sangat dinamik.

Latar belakang beliau, Ramsay memulakan karier remaja bersama kelab Wales, Lllaneli dan kelab Scotland, Gretna. Selepas itu beliau lebih banyak bermain di Australia.

Bermain dengan beberapa kelab gergasi Australia termasuk Sydney FC, Sydney Olympic, Adelaide United, dan Melbourne City. Kini beliau bermain untuk kelab Iran dan mara ke suku akhir ACL musim ini.

Izzdin Shafiq (Singapura)

SAITAMA, JAPAN - JUNE 16:  Muhammad Izzdin Shafiq Bin Yacob of Singapore controls the ball during the 2018 FIFA World Cup Asian Qualifier second round match between Japan and Singapore at Saitama Stadium on June 16, 2015 in Saitama, Japan.  (Photo by Atsushi Tomura/Getty Images)
SAITAMA, JAPAN – JUNE 16: Muhammad Izzdin Shafiq Bin Yacob of Singapore controls the ball during the 2018 FIFA World Cup Asian Qualifier second round match between Japan and Singapore at Saitama Stadium on June 16, 2015 in Saitama, Japan. (Photo by Atsushi Tomura/Getty Images)

Melihatkan aksi dominan beliau dalam beberapa perlawanan. Izzdin mungkin nama yang akan memecah masuk ke dalam pasukan utama.

Ini kerana V. Sundramoorthy memilih untuk memutuskan skuad akhir beliau pada saat-saat akhir. Untuk Izzdin, ia bukan masalah.

Pemain yang betapak dari Young Lions ini pernah menjadi pemain Lions XII. Beliau adalah pemain tengah pertahanan yang boleh menjadi perancang dari blok rendah (deep lying playmaker).

Kemampuan untuk mengubah arah bola dengan kadar segera dan berkualiti menjadi tunjang kepada aktiviti serangan Singapura.

Kita pasti masih ingat betapa bepengaruhnya beliau di bahagian tengah ketika perlawanan Derbi Causeway menentang Malaysia tempoh hari.

Baca juga : Previu Laluan Malaysia Dalam Kumpulan B Piala AFF 2016, Aspirasi, Ekspektasi Dan Cabaran

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN