4 Pemain Remaja Yang Berpeluang Sertai EURO Selepas Ditangguh

Seperti yang diketahui, Kejohanan Eropah (EURO) telah sah akan ditangguhkan ke tahun 2021 untuk memberi laluan kepada semua saingan liga-liga domestik di Eropah ditamatkan ekoran penangguhan semua aktiviti sukan di benua itu disebabkan wabak COVID-19.

Ianya sudah tentu mendapat pelbagai reaksi pelbagai pihak termasuk bagi mereka yang bersetuju dan tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Bagaimanapun penangguhan tersebut ternyata sebagai satu ‘rahmat’ buat pemain-pemain remaja sensasi yang berpeluang untuk menembusi skuad utama negara mereka yang layak ke kejohahanan itu.

Mason Greenwood

Mungkin tidak mudah untuk mendapat peluang disenaraikan dalam pasukan yang paling mendapat perhatian di dunia seperti England. Tambahan pula ketika ini beberapa penyerang lain seperti Danny Ings dan Dominic Calvert-Lewin juga semakin menyerlah bersama pasukan masing-masing.

Namun begitu, dengan mempunyai statistik 14 gol dan empat bantuan jaringan dalam 38 perlawanan pada musim ini, sudah tentu ianya satu rekod yang amat menakjubkan buat seorang pemain yang baru berusia 18 tahun.

Pengurus Manchester United, Oleh Gunnar Solskjaer sebelum ini pernah ‘menghalang’ hasrat Greenwood untuk disenaraikan dalam skuad senior England apatah lagi untuk beraksi dalam kejohanan besar seperti EURO.

“Saya jangkakan Mason akan memiliki karier yang panjang dan hebat. Tetapi biarkan dia belajar lebih banyak dahulu sebelum kita bercakap mengenai England dan EURO.

“Tumpuannya ketika ini adalah untuk bermain lebih banyak untuk pasukan ini dan terus tingkatkan prestasi. Bila dia bermain lebih banyak untuk kelab ia [sertai England] akan terjadi dengan sendirinya.

“Dia baru sahaja dipanggil untuk bermain bersama skuad bawah 21 tahun (B-21), jadi dia perlu fokus satu persatu,” kata Solskjaer dalam satu temubual.

Dengan penangguhan yang diumumkan dan mungkin Greenwood mempunyai masa yang cukup untuk menjadi pemain yang lebih matang, adakah Ole akan menarik balik kata-katanya itu?

https://twitter.com/momoalas93/status/1217242103165734917?s=20

Ansu Fati

Penjaring gol termuda dalam sejarah Liga Juara-Juara Eropah  (UCL) ini telah dianugerahkan kerakyatan Sepanyol pada September lepas dan ia melayakkan beliau untuk mewakili skuad La Roja di peringkat antarabangsa.

Terdapat laporan yang mengatakan penyerang Barcelona kelahiran Guinea-Bissau itu akan disenaraikan dalam skuad kebangsaan Sepanyol untuk perlawanan persahabatan yang sepatutnya berlangsung pada bulan Mac ini.

Bekas jurulatih Sepanyol, Robert Morena sebelum ini pernah memberi bayangan untuk membawa Ansu Fati ke pusingan akhir EURO 2020.

“Ansu Fati sudah ada dalam senarai menunggu dan tiada sebab untuk beliau tidak bersama kami dalam kejohanan Euro 2020. Dia mempunyai semua ciri-ciri yang diperlukan,” kata Moreno kepada pemberita.

Oleh yang demikian, dengan masa yang ada, menjadi peluang buat pemain berusia 17 tahun ini untuk membuktikan kepada Luis Enrique yang beliau layak untuk bersama Sepanyol pada kejohanan EURO 2021 akan datang.

https://twitter.com/BoTiPoTi_07/status/1217193693779763201?s=20

Phil Foden

Kamu mungkin sangat beruntung apabila jurulatih sehebat Pep Guardiola menggelarkan kamu sebagai “pemain paling berbakat” yang beliau pernah latih. Malah beliau dikatakan sebagai pengganti kepada David Silva di Manchester City.

“Saya mahu berada dalam Euro 2020 tetapi ia sangat sukar memandangkan barisan pemain yang dimiliki ketika ini. Namun, diharapkan Southgate menyaksikannya dan menemui apa yang disukai.” katanya selepas membantu City menjulang Piala Carabao.

Foden juga merupakan pemain utama dalam skuad bawah 21 tahun Engand dan beliau mempunyai satu musim tambahan untuk meyakinkan Gareth Southgate agar dapat disenaraikan ke dalam skaud senior.

Joshua Zirkzee

Kecederaan yang menimpa Robert Lewandowski dan Jan Fiete Arp telah memberi peluang kepada penyerang berusia 18 tahun ini untuk beraksi dalam kesebelasan utama Bayern Munich dalam dua aksi Bundesliga sebelum semua perlawanan digantung di Jerman.

Penyerang muda kelahiran Belanda itu telah pun menjaringkan tiga gol hanya dalam 170 minit perlawanan dan beliau mungkin berpeluang untuk lebih menyerlah dan membuktikan reputasinya sebagai penyerang berbisa sekiranya diberikan lebih banyak minit perlawanan pada masa akan datang.

Selepas ketiadaan penyerang tulen seperti Ruud Van Nistelrooy, Robin Van Persie dan Klaas Jan Huntelaar, Belanda ternyata memerlukan seorang penyerang yang cukup tajam di hadapan gol untuk sekali lagi menjuarai EURO yang kali terakhir dimenangi adalah pada tahun 1988.

Bagaimanapun ‘perjalanan’ Zirkzee untuk mewakili skuad kendalian Ronald Koeman mungkin masih terlalu jauh memandangkan ketika ini beliau hanya mewakili skuad B-19 Belanda.

Namun beliau masih ada setahun lagi untuk meningkatkan kamampuan dan kemahirannya lebih-lebih lagi dengan beraksi bersama pasukan sehebat Bayern.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Euro:

https://semuanyabola.com/senarai-jersi-negara-euro-2020/

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN