4 Pemain Baharu Dipanggil Ke Kem Latihan Pusat Skuad Harimau Malaya

Latihan pusat skuad Harimau Malaya bermula hari ini di Wisma FAM, Kelana Jaya bagi menghadapi perlawanan persahabatan antarabangsa menentang Fiji di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras.

Bagi melengkapkan senarai 24 pemain, ketua jurulatih kebangsaan, Tan Cheng Hoe telah menamakan empat pemain baharu iaitu Syahrul Azwari Ibrahim (Melaka), Shafiq Shaharudin (Kelantan), Kenny Pallraj (Perak) dan Syawal Nordin (Kedah).

Mereka dipanggil bagi menggantikan tempat empat pemain iaitu N Thanabalan (Negeri Sembilan), Ahmad Hazwan Bakri, Aidil Zafuan Abd Radzak dan La’Vere Corbin-Ong (Johor Darul Ta’zim) yang tidak dapat menyertai kem latihan pusat kali ini selepas disahkan mengalami kecederaan oleh doktor pasukan masing-masing.

Kredit: Kosmo

Bercakap kepada Berita Harian, pemain sayap Melaka United, Syahrul Azwari tidak dapat menyembunyikan kegembiraan beliau apabila mendapat panggilan ke skuad kebangsaan kerana sudah lama tidak sarung jersi negara.

“Saya gembira dan berterima kasih kepada jurulatih Tan Cheng Hoe kerana memberi saya peluang, memang saya agak terkejut juga sebab sudah lama tidak dipanggil.

“Saya tak mahu meletakkan sasaran tinggi tapi saya akan cuba berikan yang terbaik untuk merebut tempat dalam pasukan,” kata Syahrul.

Bekas pemain Sarawak dan JDT 2 itu turut mengimpikan tempat dalam skuad Piala AFF hujung tahun ini.

“Saya tak pernah beraksi di Piala AFF, memang impian saya juga untuk beraksi di kejohanan besar. Tapi persaingan pasti sengit dan saya perlu berusaha keras lagi,” katanya.

Selepas aksi bertemu Fiji ini, skuad Harimau Malaya bakal menghadapi lima lagi perlawanan persahabatan antarabangsa “A” iaitu bertemu Chinese Taipei di Taipei pada 7 September 2018, bertemu Kemboja di Phnom Penh pada 11 September 2018, bertemu Sri Lanka di Colombo pada 12 Oktober serta bertemu Republik Kyrgyz dan Maldives di Stadium Nasional, Bukit Jalil, masing-masing pada 16 Oktober 2018 dan 3 November 2018.

Kesemua perlawanan ini merupakan persiapan skuad Harimau Malaya bagi menghadapi Piala Suzuki AFF 2018 yang bakal berlangsung dari 8 November hingga 15 Disember 2018 yang mana Malaysia telah diundi dalam Kumpulan A bersama Kemboja, Laos, Vietnam dan Myanmar.

Pemain daripada 4 pasukan yang terlibat dalam saingan Piala FA iaitu PKNS FC, Pahang, Selangor dan PKNP FC dikecualikan daripada panggilan ke skuad kebangsaan kali ini.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN