4 Kelakuan Luar Biasa Mourinho Yang Mencuri Perhatian Sejak Sertai AS Roma

Jose Mourinho bukanlah watak asing bagi peminat bola sepak antarabangsa. Jurulatih dari Portugal ini pernah mengendalikan beberapa pasukan terbaik dunia, antaranya Porto, Chelsea, Inter Milan, Real Madrid, Manchester United dan Tottenham Hotspur.

Musim ini jurulatih berusia 58 tahun itu kembali ke Itali untuk melatih AS Roma. Beliau tidak membuang banyak masa untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baharunya di ibu kota Itali itu.

Dikenali sebagai seorang jurulatih yang mempunyai keyakinan diri amat tinggi, kelakuan Mourinho di dalam dan di luar padang adakalanya mengundang kontroversi. Ada masanya bekas pembantu jurulatih di Barcelona ini menampilkan sisi uniknya yang penuh dengan humor. Pendek kata Mourinho ibarat seorang jurulatih dengan 1000 muka.

Berikut adalah kelakuan-kelakuan pelik Mourinho sejak menyertai AS Roma seperti yang dikongsi dan dilaporkan oleh media-media di Itali.

Baju kegemaran Mourinho

Kami percaya kelab sebesar AS Roma tidak mempunyai masalah menyediakan pakaian lengkap untuk Mourinho khas untuk sesi latihan atau sesi khas rasmi kelab.

Namun di dalam banyak-banyak pakaian, Mourinho dilihat gemar menggunakan sehelai t-shirt bertuliskan AS Roma dengan tulisan berwarna koporat kelab, iaitu merah dan kuning.

Sedar atau tidak, Mourinho seperti menggunakan t-shirt yang sama untuk beberapa hari sejak tiba di kelab tersebut. Melalui perkongsian di Instagram peribadinya, Mourinho menggunakan t-shirt yang sama untuk sesi latihan, ketika makan, dan ketika memperkenalkan Rui Patricio sebagai pemain baharunya.

Semua itu berlaku pada hari-hari berbeza. Agak-agak Mourinho basuh tak t-shirt tu?

Merempit ke pusat latihan

Tidak cukup dengan itu aksi Mouriho merempit di kawasan pusat latihan AS Roma menggunakan vespa turut mencuri perhatian wartawan.

Turut dikongsi di laman Instagram beliau, sebuah rakaman video memaparkan Mourinho melalui beberapa kumpulan wartawan diiringi oleh beberapa staff kelab yang lain menaiki buggy menuju ke padang latihan.

Kelakuan ini agak aneh sebenarnya. Tatkala pemain dan jurulatih lain lebih gemar menggunakan kenderaaan seperti kereta untuk mengelak perhatian penyokong dan wartawan yang berada di sekitar kawasan, Mourinho pula seolah-olah sengaja menarik perhatian ke arahnya.

Tindakannya sama seperti mural yang dilukis oleh artis jalanan di bandar Rom. Atau mungkin kini Mourinho adalah seorang jurulatih yang lebih tenang yang perlu mencari kedamaian terlebih dahulu sebelum memulakan sesi latihan berintensiti tinggi bersama barisan pemainya.

Mourinho semakin menggemari media sosial

Perkara ini bukannya baru, dan sudah bermula sejak beliau masih bergelar pengurus Tottenham. Namun nampaknya kini, Mourinho semakin menggemari media sosial khususnya Instagram.

Selain daripada memuatnaik perkara mengenai aktivitinya, Mourinho kini semakin cekap menggunakan Instagram, kali ini memuatnaik aksi pemain-pemain di meja makan.

Dalam muat naik terkini, Mourinho berkongsi aktiviti pemain dan kakitangan bernyanyi bersama-sama di ruangan makan sambil mengibarkan serbet.

Melihat barisan pemainnya menyayikan ‘chant’ khusus untuk AS Roma, Mourinho turut mengakui dirinya terharu sehingga sukar mengeluarkan kata-kata.

Curi tumpuan di sidang media

Jose Mourinho sememangnya seorang jurulatih yang sentiasa menarik perhatian ramai di sidang media dengan kata-kata yang menusuk kalbu, tegang, dan penuh pengertian.

Namun dalam sidang media untuk memperkenalkan dirinya di AS Roma, beliau tidak perlu berkata apa-apa untuk berbuat demikian.

Di dalam sesi itu jurulatih itu tiba-tiba bertindak menghentikan wartawan yang bertanyakan soalan, bangun, dan mengalihkan sendiri langsir plastik yang bising ditiup angin sebelum membenarkan wartawan meneruskan soalan.

Situasi tersebut pada mulanya mengejutkan ramai namun boleh difahami kerana langsir tersebut mengganggu audio dan cahaya ke dalam ruangan sidang media. Ia juga bukti betapa fokus dan terperincinya Mourinho kepada apa yang mahu beliau laksanakan.

 

Baca artikel menarik lain mengenai Mourinho melalui pautan:

Mourinho Bingung Ketika Ditanya Mengenai Dulux Troll Tottenham

‘Adakah Ini Sarkas?’ – Mourinho Persoal Fungsi FFP Setelah City Terlepas Hukuman

Tak Kira Ketika Lena Atau Terjaga, Mourinho Tetap Teringatkan Luke Shaw

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN