MSL 2020: 4 Gol Shahrel Fikri Bikin Felda United ‘Terkulai’

Shahrel Fikri

Perak meneruskan rentak kemenangan dalam saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 setelah berjaya menundukkan Felda United 5-1 pada aksi yang berlangsung di Stadium Perak, Ipoh sebentar tadi.

Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi jelas menjadi watak penting pada perlawanan ini apabila penyerang berusia 25 tahun itu mencuri tumpuan dengan empat jaringan yang diledakkannya.

Meskipun mencatatkan kemenangan selesa, tuan rumah tidak diberikan laluan oleh skuad bimbingan Nidzam Jamil itu terutamanya pada separuh masa pertama.

Felda United jelas mempamerkan corak permainan lebih kemas berbanding Perak pada 45 minit pertama permainan tetapi penyudah lemah serta ketangkasan penjaga gol, Muhammad Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy menggagalkan usaha mereka.

Shahrel Fikri membuka tirai jaringan pada minit ke-17 menerusi sepakan percuma persis bintang dunia, Cristiano Ronaldo yang gagal dinafikan penjaga gol pasukan pelawat, Muhammad Zharif Irfan Hashimuddin.

Tersentak dengan jaringan tersebut, Khairul Amri Mohammad Kamal hampir menyamakan kedudukan berselang dua minit kemudian namun, rembatannya berjaya ditepis keluar Hafizul.

Kewibawaan Perak jelas terserlah dan dilihat begitu garang pada separuh masa kedua apabila skuad bimbingan Mehmed Durakovic itu menambah empat lagi jaringan.

Ia dimulakan dengan jaringan kedua oleh Shahrel Fikri selepas beliau melepaskan rembatan dalam kawasan penalti ketika dikepung empat orang pertahanan Felda United pada minit ke-47.

Kesilapan hantaran pemain pertahanan, Ahmad Haziq Ahmad Puad dihukum Perak pada minit ke-53 apabila Kenny Pallraj yang menerima lorongan Shahrel, melakukan hantaran lintang dan kemudiannya disempurnan dengan tenang oleh Guilherme De Paula dalam kawasan penalti.

Pertahanan Perak sedikit alpa dengan kelebihan tiga gol tersebut apabila gagal mengekang gerakan Khairul Amri yang membolehkan Nicolas Leandro Velez merapatkan jurang pada minit ke-62.

Jaringan itu bagaimanapun langsung tidak melunturkan semangat Perak yang semakin bernafsu untuk menambah jaringan. Usaha tersebut membuahkan hasil berselang tujuh minit kemudian apabila Shahrel Fikri melengkapkan hatriknya setelah menerima lorongan De Paula.

‘Kusangkakan tiga rupanya empat’, itulah perumpamaan yang cukup jelas untuk memperkatakan tentang Shahrel Fikri pada perlawanan ini setelah beliau menambah jaringan keempat peribadinya pada minit ke-86 untuk memberikan kelebihan 5-1 buat skuad Yeop.

Ia juga sekaligus menjadikan gol kesembilan buat Shahrel Fikri dalam kempen liga musim ini.

Keputusan itu kekal hingga tamat permainan untuk menyaksikan Perak kembali di tangga kedua saingan liga selepas mengharungi lapan perlawanan dengan 17 mata.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN