39 Tahun Hidup Dalam Koma, Jean-Pierre Adams Akhirnya Meninggal Dunia

Jean-Pierre Adams Koma

Adakah anda masih ingat kisah sedih tentang Jean-Pierre Adams yang koma selama 39 tahun? Bekas pemain kebangsaan Perancis itu telah pun meninggal dunia baru-baru ini.

Pemain kelahiran Senegal berkenaan pernah beraksi untuk beberapa kelab Perancis seperti Nimes, Nice dan Paris Saint-Germain (PSG). Beliau juga mengumpul 22 kaps antarabangsa bersama skuad Les Blues.

Nasib buruk menimpa Adams adalah berpunca dari kecuaian doktor pelatih ketika prosedur awal pembedahan lututnya di Hospital Lyon pada Mac 1982.

Malang tidak berbau

Selepas menamatkan kariernya bersama sebuah kelab kecil di Perancis, Chalon-sur-Saône, Adams berhasrat untuk meneruskan kerjayanya dalam bidang kejurulatihan yang memerlukan beliau hadir menyertai sesi latihan dan pembelajaran teori selama tiga hari.

Malangnya beliau mengalami kecederaan tendon pada kakinya ketika menjalani latihan dan beliau pergi mendapatkan rawatan di Hospital Lyon. Doktor yang merawatnya itu mencadangkan agar beliau menjalani pembedahan lutut.

Detik hitam bermula apabila hari pembedahan yang telah dirancang, berlakunya mogok melibatkan pekerja hospital termasuk doktor-doktor dan jururawat.

Adams yang ketika itu dalam keadaan sihat telah dibawa ke bilik pembedahan dan seorang doktor pelatih telah memberikan ubat pelali bertujuan untuk membuatkan bahagian lututnya kebas.

Doktor yang menyuntik ubat pelali itu tidak menyedari mogok yang dilancarkan menyebabkan prosedur pembedahan Adams tidak dapat diteruskan. Adams kemudian telah diletakkan di ruang dan katil yang salah menyebabkan ubat pelali yang disuntik mengganggu kandungan oksiden ke otaknya.

Akibatnya beliau telah mengalami serangan jantung dan kecederaan otak kekal dan doktor pelatih tersebut cuma dihukum penggantungan perkhidmatan selama sebulan dan denda sebanyak €750.

Selepas 15 bulan di hospital, beliau dibenarkan untuk dibawa pulang ke rumah di Nimes.

Beliau tidak pernah berjaya disedarkan dan terus berada dalam keadaan koma dan dijaga sepenuhnya oleh isterinya, Bernadette Adams sehinggalah beliau menghembuskan nafas yang terakhir.

Kasih sampai ke syurga

Kisah Adams ini menjadi inspirasi bagaimana kesetiaan seorang isteri yang sanggup meluangkan hampir 40 tahun dalam kehidupannya untuk menguruskan suami tercinta yang terlantar.

Beliau juga enggan membenarkan Adams untuk menerima suntikan yang akan mengesahkan kematian (tanpa rasa sakit) kerana percaya suaminya itu akan bangkit dari koma satu hari nanti.

Setiap hari, Bernadette akan menggantikan pakaian Adam, bercakap dengannya untuk memberitahu perkembangan dua anak mereka, Laurent (dilahirkan pada 1969) dan Frederic (1976) yang kini masing-masing denga keluarga dan zuriat sendiri, dan memaklumkan Adams kini sudah bergelar datuk.

Kepercayaan dan keyakinan Bernadette bahawa Adams akan pulih – walaupun sudah menunggu 39 tahun – adalah kerana kemampuan Adams untuk tidak menggunakan mesin bantuan pernafasan walaupun dalam keadaan koma. Hampir empat dekad terlantar, Adams ibarat berada di dalam keadaan tidur.

Bernadette tidak bersendirian dalam usaha menjaga suaminya. Nimes dan PSG masing-masing mendermakan $15,000. Persatuan Bola Sepak Perancis turut tidak ketinggalan memberi $59.10 seminggu. Pada 1982, nilai tersebut dianggap besar.

Beberapa badan NGO bertujuan membantu dan meringangkan beban Bernadette menjaga Adams turut diwujudkan dan masih berfungsi sehingga ke hari ini. Badan-badan tersebut pada hari ini didukung oleh bekas rakan sepasukan dan pemain lain yang pernah beraksi bersama Perancis seperti Platini, Zinedine Zidane and Jean-Pierre Papin.

Latar belakang

Nama Jean-Pierre Adams mungkin asing bagi kita. Tetapi sebelum pemain-pemain berketurunan imigran seperti Marcel Desailly dari Ghana, Kylian Mbape yang berdarah Cameroon-Algeria, Paul Pogba berketurunan Guinea dan N’gol Kante yang asalnya dari Mali.

Semua pemain ini mewarnai skuad Les Blues seperti pada hari ini dan Jean-Pierre Adams adalah antara pemain terawal yang membuka laluan untuk pemain bintang imigran menyarung jersi skuad kebangsaan Perancis.

Karier bola sepak Adams bermula selepas keluarganya menghantar beliau untuk melanjutkan pelajaran di Kolej Sain-Louis. Beliau ditempatkan bersama keluarga angkat, iaitu keluarga Jourdain di Loirent, dan di sini minat beliau di dalam bola sepak berkembang melebihi minatnya untuk belajar. Pada zaman mudanya Adams digelar “White Wolf”.

Selepas menamatkan persekolahan, Adams kemudiannya bekerja di sebuah kilang yang terletak di Montagris. Di situ, Adams pernah mengalami kemalangan sehingga hampir menyebabkan impian untuk bermain bola sepak secara proesional punah. Kemalangan tersebut menyebabkan kecederaan yang teruk di bahagian lutut beliau.

Selepas pernah beraksi bersama sebuah kelab dikenali sebagai l’Entente Bagneaux-Fontainebleau-Nemours (EBFN), Adams kemudiannya menyertai Angakatan Tentera sebelum menyertai Nimes.

Di situlah Adams pertama kali bertemu dengan isterinya, dalam sebuah parti sebelum melangsungkan perkahwinan pada 1969. Perkahwinan melibatkan bangsa kulit hitam dan kulit putih di eropah pada era itu masih lagi perkara yang sukar diterima masyarakat dan sering kali pasangan akan dipulaukan.

Dari segi fizikal, Adams disifatkan sebagai seorang pemain yang memiliki fizikal yang kuat secara semulajadi. Adams juga menampilkan kesungguhan dalam permainannya dan bersikap patriotik setiap kali beraksi untuk Perancis dari tahun 1972 sehingga 1976.

Gandingan beliau bersama Marius Tresor adalah yang paling dikenang dan kedua-duanya digelar “Garde Noire” – Benteng Hitam – yang menjadi terkenal dan digeruni penyerang lawan.

Adams bermain untuk Paris Saint-Germain, dan hampir memenangi kejuaraan liga ketika beraksi bersama Nice. Di eropah, Nice yang diperkuatkan oleh Adams turut pernah menyingkirkan Barcelona yang gagah perkasa di pertandingan Piala UEFA pada musim 1973/74.

Menurut isterinya Bernadette, Adams adalah seorang lelaki berperwatakan biasa. Beliau menggemari muzik Brazil, curut dan berfesyen. Adams juga adalah seorang individu yang mudah didekati dan suka bergurau.

Selepas tamat karier sebagai pemain, Adams turut berminat untuk terus berada di dalam industri bola sepak sebagai jurulatih akar umbi. Disebabkan itu, pada 17 Mac 1982 beliau memandu ke Dijon untuk menyertai latihan dan pembelajaran teori selama tiga hari. Malangnya, Adams mengalami masalah tendon pada kakinya pada sesi latihan.

Kisah Sedih Jean-Pierre Adams, Pemain PSG Yang Koma 39 Tahun Akibat Kecederaan Lutut

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply