31 Gol Dari 24 Perlawanan Bundesliga, Peluang Terbaik Lewandowski Pecah Rekod 40 Gol Gerd Muller

Robert Lewandowski Gerd Muller

Robert Lewandowski nampaknya tidak mahu lagi menoleh ke belakang dalam misinya untuk mengatasi rekod 40 gol Bundesliga dalam semusim milik legenda Gerd Muller yang telah bertahan selama hampir 50 tahun.

Penyerang berusia 31 tahun tersebut merekodkan hatrik untuk membantu Bayern Munich bangkit menewaskan Borussia Dortmund dalam pertembungan Der Klassiker di Allianz Arena pada Sabtu walaupun ketinggalan 2-0 pada awal permainan.

Penyerang muda sensasi Erling Haaland terlebih dahulu mengejutkan pasukan tuan rumah dengan dua gol ketika perlawanan berlangsung tidak sampai 10 minit sebelum Lewandowski menyamakan kedudukan sebelum tamat babak pertama.

Ketika perlawanan seakan-akan bakal berakhir dengan keputusan seri, Leon Goretzka meledak gol ketiga Bayern pada minit ke-88 sebelum Lewandowski melengkapkan hatrik seminit kemudian sekaligus merekodkan gol ke-31 peribadinya musim ini.

Dengan berbaki 10 perlawanan liga, Kapten Poland berkenaan semakin hampir untuk memecahkan rekod musim 1971/72  itu dalam musim ketujuhnya di Bayern Munich. Rekod terbaiknya adalah pada musim lepas di mana beliau telah menjaringkan 34 gol dari 31 perlawanan.

Namun secara keseluruhan, Lewandowski telah menjaringkan 55 gol dari 47 perlawanan dalam semua pertandingan, mengatasi rekod 50 gol dari 48 perlawanan milik Muller yang memberikan kejuaraan treble buat The Bavarians.

Kejayaan tersebut membolehkan beliau menerima pengiktirafan sebagai pemain terbaik tahunan Bundesliga, UEFA dan FIFA.

“Saya terlepas tiga perlawanan [musim lepas]. Siapa tahu apa yang saya boleh capai sama ada saya mampu lakukannya atau tidak?” ujar Lewandowski mengenai pencapaiannya untuk musim 2019/20 itu.

Kini Lewandowski mengharapkan untuk baki 10 perlawanan musim ini beliau tidak dilanda sebarang kecederaan mahu pun penggantungan perlawanan.

Turut berkongsi harapan tersebut adalah pengurus Hansi Flick yang berjaya menerapkan corak permainan moden sejak mengambil alih Bayern Munich.

“Jika ada yang mampu memecahkan rekod tersebut, itu adalah dia [Lewandowski]. Dia ada rakan sepasukan terbaik di sekelilingnya. Kerjasama pasukan adalah kunci untuk dia mengatasi rekod Gerd Muller,” ujar Flick.

Jika mengambil kira kemampuan Lewandowski mencatat rekod dunia Guinness dengan menjaringkan lima gol dalam tempoh sembilan minit, pastinya tiada masalah untuk LewanGOALski menjaringkan 10 gol dalam 900 minit yang berbaki.

Kredit Foto: Getty Images

Page Semuanya BOLA yang lama kini sedang menghadapi masalah. Jadi untuk terus membaca artikel-artikel menarik dan berkualiti, jangan lupa like dan follow page baharu Semuanya BOLA (fb.com/semuanyabolaofficial) dan siaran Telegram (t.me/mysemuanyabola).

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Robert Lewandowski:

Robert Lewandowski: Klopp Merupakan Cikgu Paling Teruk Buat Saya

Lewandowski Nyaris Sertai Manchester United Selepas Dipujuk Ferguson

Hebat Luar Dan Dalam Padang, Robert Lewandowski ‘Bolot’ Ijazah Sarjana Pendidikan Jasmani

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN