3 Sebab Mengapa Program Naturalisasi FAM Masih Dalam Landasan Tepat

Malaysia Naturalisasi

Ketika segelintir penyokong bola sepak tempatan mahu program naturalisasi untuk skuad kebangsaan dihentikan, seorang penganalisis sukan, Dr. Pekan Ramli pula mempunyai pandangan yang sebaliknya.

Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan UiTM itu telah menyenaraikan tiga sebab mengapa program naturalisasi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) itu berada pada landasan yang betul dan praktikal.

Pertama adalah berasaskan dunia bola sepak terkini yang bersifat global dan berkembang dengan amat pantas di mana hampir semua kuasa besar bola sepak dunia terutamanya negara-negara Eropah turut mengamalkan dasar terbuka ini bagi menambah kekuatan pasukan masing-masing.

Dr Pekan juga menganggap program naturalisasi ini sebagai satu kaedah merapatkan jurang dengan kuasa-kuasa Asia, namun FAM perlu menggariskan kriteria yang ketat dan jelas agar.

Kedua, program naturalisasi di negara ini masih baharu dan seharusnya FAM perlu diberi ruang dan masa untuk memperkemaskan setiap perkara seperti hala tuju dan mekanisme pemilihan pemain.

Ketiga, isu mengenai pemain naturalisasi tiada ‘semangat kenegaraan’ yang dibangkitkan oleh penyokong juga boleh diatasi menerusi beberapa modul yang dirangka.

Syarat bermastautin selama lima tahun berturut-turut di sesebuah negara seperti yang ditetapkan oleh FIFA juga sudah cukup untuk membolehkan seseorang pemain itu memahami budaya dan nilai masyarakat di negara ini.

“Selain membuat penilaian calon-calon pemain dari segi prestasi semasa dan usia yang sesuai, mereka hendaklah diwajibkan menyertai kursus kenegaraan dan jati diri sebagai satu cara untuk mereka menjiwai tugas dan tanggungjawab mereka,” katanya lagi.

Justeru itu, Dr. Pekan berharap peminat bola sepak tempatan tidak menjatuhkan hukuman tergesa-gesa berdasarkan satu kejohanan untuk dijadikan penanda aras bagi menentukan program ini berjaya atau sebaliknya.

“Saya percaya jika dilakukan dengan telus menerusi penilaian yang dibuat oleh sebuah jawatankuasa yang membabitkan pakar teknikal dan agensi kerajaan, projek ini boleh membawa hasil. Yang penting, keputusan memberi kewarganegaraan kepada pemain tidak boleh diputuskan secara individu dalam FAM.”

Terdahulu, Presiden FAM Datuk Hamidin Mohd Amin memaklumkan Jawatankuasa Program Naturalisasi FAM dan Jawatankuasa Teknikal & Pembangunan FAM serta Pengarah Teknikal FAM, Datuk Ong Kim Swee akan berbincang bagi mengkaji tentang keberkesanan program pemain naturalisasi ini.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai perkembangan skuad kebangsaan:

Bukan Boleh Ikut Suka, FAM Akan Perhalusi Dahulu Permintaan TMJ Ambil Alih Harimau Malaya

Safawi Mohon Maaf Cara Raikan Gol Guris Hati Penyokong

Membedah Harimau Malaya Pasca Kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/ Piala Asia 2023

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply