3 Polisi Perpindahan Sir Alex Ferguson Sewaktu Di Manchester United

sir alex ferguson

Sir Alex Ferguson jelas merupakan pengurus bola sepak yang cukup berjaya dalam sejarah pertandingan antara kelab.

Tempoh beliau yang cukup lama di Old Trafford menjadi bukti betapa berkesannya corak pengurusan beliau untuk Manchester United sehingga mampu mempunyai pelbagai kejuaraan domestik dan Eropah.

Tetapi bagaimana beliau menguruskan polisi pembelian pemainnya?

Dalam temubual bersama-sama Sky Sports, penganalisis mereka yang juga bekas pemain Manchester United iaitu Gary Neville mengatakan terdapat 3 polisi yang digunakan oleh Ferguson dalam menguruskan perpindahan pemain.

Menurut Neville, Ferguson merupakan seorang pengurus yang gemar memberikan peluang kepada pemain-pemain muda ke pasukan utama sekiranya berpeluang.

“Menaikkan pemain muda ke skuad utama adalah keutamaan beliau, itu adalah perkara pertama sebelum Sir Alex Ferguson mula melihat ke pasaran pemain luar.”

Beberapa contoh dapat dilihat dari kategori ini apabila Ferguson menaikkan pemain-pemain muda seperti Neville sendiri serta generasi Class of ’92 yang turut dianggotai oleh Ryan Giggs, Paul Scholes dan lain-lain.

Kategori kedua adalah Ferguson akan ‘merembat’ pemain terbaik dari pasukan-pasukan Premier League yang mempunyai potensi untuk terus maju dalam karier mereka bersama Manchester United.

Contoh paling ketara adalah Robin Van Persie, beliau menyertai Manchester United sewaktu menjadi ketua pasukan Arsenal dan penjaring terbanyak liga pada musim 2011/2012 dengan 30 gol.

Selain itu, pemain-pemain terdahulu yang direkrut Ferguson dari pasukan Premier League yang lain adalah Rio Ferdinand dan juga Wanye Rooney.

Hanya selepas kategori kedualah, baru Ferguson akan menjenguk ke luar Premier League untuk mencari pemain berkualiti dari liga lain.

Sebagai contoh, Cristiano Ronaldo, Nemanja Vidic dan juga Peter Schmeichel.

Tetapi apa yang dilakukan oleh Ferguson adalah beliau lebih gemarkan pemain muda untuk dibentuk menjadi bintang berbanding membeli pemain yang telah ‘siap’ di pasaran.

“Beliau jarang mencari pemain yang telah ‘siap’ di pasaran seperti apa yang dilakukan oleh Pep Guardiola di Manchester City.”

“Pada waktu beliau, hanya akan ada beberapa pemain sahaja akan keluar dan beberapa sahaja akan masuk, tidak akan berlaku perubahan skuad yang besar dalam jangka masa panjang.”

Neville juga mengataka yang Ferguson akan menjual pemain yang beliau rasakan tidak cukup bagus untuk Manchester United dan mereka yang mempersoalkan kewibawaannya sebagai pengurus.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN