3 Perkara Dari Kekalahan Yang Dialami Perak Ketika Bertemu Pahang

Perak

Pahang terus memberikan tekanan buat pendahulu Liga Super Malaysia 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) selepas berjaya menundukkan Perak di Stadium Perak, Ipoh, minggu lalu.

Gol kemenangan Pahang dijaringkan oleh permain import mereka iaitu Herold Mark Gouldon pada minit ke-56. Ini adalah kekalahan kedua Perak saingan liga musim ini.

1) Perak tumpul di depan gol

Perak kini berhadapan dengan situasi di bahagian serangan yang diketuai oleh Gilmar Filho dan Shahrel Fikri meskipun musim lepas Gilmar berjaya mencetak 10 gol dan Shahrel bermain di Toyota Thai League bersama Nakhon Ratchasima Mazda FC.

Sehingga ke hari ni mereka masih mencari keserasian di bahagian serangan. Ada kalanya, jurulatih Mehmet Durakovic sering meletakkan Shahrel Fikri di bangku simpanan dan meletakkan Gilmar berseorangan di bahagian serangan.

Sambil dibantu oleh Wander Luiz di bahagian tengah dan hantaran dari sayap kiri dan kanan oleh Norhakim Hassan dan Firdaus Saiyidi masih belum cukup membantu bahagian serangan Perak.

2) Taktikal yang sudah boleh dibaca?

Selepas Perak menjuarai Piala Malaysia untuk edisi 2018, Perak tidak banyak melakukan rombakan pemain. Hampir kesemua pemain dikekalkan termasuk jurulatih Mehmet Durakovic yang pada mulanya dikhabarkan bakal melatih Selangor.

Sebelum sepak mula liga Malaysia, ramai peminat Perak sudah menjangkakan Perak akan bermain taktikal yang hampir sama. Dimana bola akan dihantar dari bawah terus ke atas untuk mencari ‘target man’ iaitu Gilmar.

Selain dari beberapa variasi serangan yang akan hadir dari bahagian sayap dan hantaran tengah dari Wander Luiz.

Kadangkala, Mehmet Durakovic akan meletakkan Firdaus Saiyidi di bahagian tengah dan tempat beliau akan digantikan dengan J. Partiban.

3) Perak bermain dengan pemain tempatan

Ketika pertemuan menentang Pahang, Pada minit ke 45, Perak melakukan pertukaran dengan memasukkan Firdaus Saiyidi dan mengeluarkan Wander Luiz yang mengalami kecederaan.

Bermula separuh masuk kedua, Perak bermain dengan pemain tempatan sepenuhnya.

Jika dilihat pada perlawanan malam itu, Perak mampu menyerap serangan dari Pahang dan mampu untuk membalas serangan.

Rumusan

Mahu atau tidak, Pasukan Perak perlu membuktikan kebolehan mereka sebagai pasukan yang mampu memberi saingan untuk musim ini.

Gelaran ‘Pakar Seri’ perlu ditukar dan semua pihak yang terlibat perlu bekerja keras untuk memastikan bilangan penyokong tidak kurang di stadium untuk perlawanan akan datang.

Hal ini kerana, penyokong masih percaya pasukan Perak masih mampu untuk memberikan saingan walaupun sudah kehilangan beberapa mata penting dengan keputusan seri dan kekalahan pada perlawanan sebelum ini.

Nota editor: Artikel ini ditulis oleh pembaca Semuanya BOLA, Ahmad Farid. Jika mahu tulisan anda dibaca oleh jutaan rakyat Malaysia, hantarkan artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected] .

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram