3 Pengurus Sementara Chelsea Yang Memberikan Kejuaraan Kepada Pasukan

Tempoh hari, Nidzam Adzha dengan bergaya mengemudi pasukan Kedah menjuarai Piala FA Malaysia 2017. Kedah berjaya menewaskan Pahang yang bermain 10 orang dengan jaringan 3-2.

Nidzam dilantik sebagai ketua jurulatih sementara menggantikan Tan Cheng Ho yang menyertai barisan kejurulatihan skuad kebangsaan.

Nidzam pernah menjadi ketua jurulatih sementara untuk pasukan Kedah pada 2012 kerana memangku jawatan Wan Jamak Wan Hassan yang digantung 7 perlawanan.

Tetapi posisi itu tidak bertahan lama apabila beliau meletak jawatan setelah hanya mampu mengutip 2 mata dalam 5 perlawanan.

Kejayaan menjulang Piala FA Malaysia membuktikan kredibilitinya sebagai ketua jurulatih dan hasilnya beliau diberi mandat menjadi ketua jurulatih Kedah sepenuhnya.

Photo by: Safwan Rozi | Asiana.my
Keywords:

Untuk artikel kali ini, mari kita melihat pengurus sementara yang pernah memenangi piala sepertimana dilakukan Nidzam.

Guus Hiddink

Hiddink menggantikan Luiz Felipe Scolari pada Februari 2009. Pada waktu itu, Chelsea berada di peringkat 16 terbaik UEFA Champions League (UCL), pusingan ke-5 FA Cup dan kedudukan ke-4 Premier League.

Chelsea di bawah kendalian Hiddink mengenepikan Juventus dan Liverpool dalam UCL sebelum ditewaskan oleh Barcelona dalam perlawanan kontroversi di separuh akhir.

Dalam saingan FA Cup, Chelsea mengenepikan cabaran Ipswich Town, Watford dan Arsenal untuk bertemu Everton di peringkat akhir.

Jaringan Didier Drogba dan Frank Lampard memberikan kejuaraan FA Cup ke-5 buat kelab London itu.

Hiddink bagaimanapun tidak diberikan jawatan tetap sebagai pengurus Chelsea dan digantikan dengan Carlo Ancelotti.

Roberto Di Matteo

Tindakan Andre Villa-Boas meletakkan Frank Lampard, Micheal Essein dan Ashley Cole di bangku simpanan ketika perlawanan pertama pusingan 16 pasukan terbaik UCL mengundang padah apabila ditewaskan Napoli dengan jaringan 3-1.

Selain itu, Chelsea juga terkeluar daripada kedudukan 4 terbaik Premier League dan beliau dilepaskan daripada tanggungjawab sebagai pengurus

Roberto Di Matteo menggantikan Villa-Boas ketika perlawanan timbal balik menentang Napoli dan berjaya memadam kelebihan 2 gol yang dimiliki pasukan Serie A itu.

The Blues menang perlawanan tersebut di Stamford Bridge dengan jaringan 4-1 selepas masa tambahan.

Drama Didier Drogba ketika aksi akhir yang menjaringkan gol penyamaan, memberikan penalti kepada Bayern Munich dan menjadi wira dengan menyempurnakan penalti terakhir.

Hasilnya, Chelsea memperoleh gelaran pertama kejuaraan Eropah dalam sejarah mereka.

Kejuaraan itu membolehkan Chelsea layak ke saingan UCL musim berikutnya walaupun berada di kedudukan ke-5 liga mengenepikan Tottenham Hotspur yang berada di kedudukan ke-4.

Dalam saingan FA Cup, Chelsea di bawah kendalian Di Matteo mengenepikan cabaran Birmingham City, Leicester City dan Tottenham Hotspur sebelum menewaskan Liverpool 2-1 di peringkat akhir.

Kejuaraan berganda itu memberikan kontrak tetap selama 2 tahun buat bekas pemain Chelsea kelahiran Itali itu.

Tetapi sayangnya, beliau bukanlah calon yang sesuai untuk pelan jangka masa panjang dan dipecat selepas tewas 3-0 kepada Juventus dalam saingan UCL pada musim 2012/2013.

Rafa Benitez

Chelsea menjadi pasukan pertama di Eropah selaku juara bertahan yang tersingkir di peringkat kumpulan.

Mereka terpaksa meneruskan saingan di dalam Europa League di bawah kendalian Rafa Benitez yang menggantikan Di Matteo.

Chelsea menewaskan Sparta Prague, Steaua Bucharest, Rubin Kazan dan FC Basel untuk mara ke perlawanan akhir.

Branislav Ivanovic dan Fernando Torres memastikan The Blues menjulang Europa League menewaskan Benfica.

Kejuaraan itu tidak cukup untuk Benitez menerima kontrak tetap dan digantikan oleh Jose Mourinho untuk musim berikutnya.

Semuanya Chelsea? Kongsikan ketua jurulatih sementara lain yang anda tahu yang pernah memenangi piala untuk pasukan mereka.

Nota editorArtikel ini ditulis oleh Iqbal Rosali yang merupakan peminat Chelsea. Jika anda mahu tulisan anda dibaca oleh jutaaan rakyat Malaysia, hantar artikel 300 patah perkataan anda dalam format MS Word ke [email protected]

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN