3 Import Baru Kelantan Tiba Di Kota Bharu, Ghaddar Kembali!

Seperti yang dinyatakan oleh Tan Sri Annuar Musa sebelum ini, beliau akan cuba membantu untuk mendapatkan pemain baru untuk slot import Kelantan.

Semalam, dalam status facebook beliau, TSAM telah mengumumkan ketibaan 3 pemain import Kelantan yang akan menyarung jersi Kelantan musim hadapan.

Ia melengkapkan 4 slot import (3+1 Asia) kerana Morgaro Gomis adalah import yang dikekalkan dari musim lalu.

Berikut adalah maklumat ringkas 3 pemain import baru Kelantan.

1. Mohammed Ghaddar

Pemain dari Lebanon ini bukan nama asing dalam kancah bola sepak kita. Beliau membantu Kelantan menjulang treble pada 2012.

Pemain ini terpaksa dilepaskan oleh Kelantan pada 2014 kerana masalah disiplin di luar padang. Beliau dikatakan gagal melapor diri ke dalam kem Kelantan seperti yang diminta.

Di dalam padang dan pusat latihan, pemain ini antara yang sangat komited. Beliau sudah berusia 33 tahun. Adakah Ghaddar masih berbisa?

2. Okiki Afolabi

Ini antara pemain yang menarik perhatian kami. Beliau berasal dari Nigeria dan baru berusia 22 tahun. Pemain ini didaftarkan sebagai penyerang.

Jadi, beliau adalah calon untuk bergandingan dengan Mohammed Ghaddar di hadapan gol. Latar belakang pembangaunan Okiki agak menarik.

Beliau pernah mewakili pasukan B-20 dan B-23 Nigeria. Beliau sebelum ini berkelana sehingga ke Argentina. Rasanya pemain ini harus dibangunkan sebaik-baiknya!

3.Cedric Djeugoue

MOENCHENGLADBACH, GERMANY – JUNE 01: Marco Reus of Germany is challenged by Cedric Djeugoue of Cameroon during the International Friendly match between Germany and Cameroon at Borussia Park Stadium on June 1, 2014 in Moenchengladbach, Germany. (Photo by Simon Hofmann/Bongarts/Getty Images)

Pemain pertahanan tengah yang berasal dari Cameroon ini memang dari awal menjadi sasaran pasukan Kelantan.

Pemain ini mungkin dalam kategori marquee signing untuk Liga Malaysia. Mana tidaknya, pada usia 24 tahun beliau sudah ada 4 caps untuk Cameroon.

Beliau berjaya menembusi saringan akhir untuk pasukan Piala Dunia 2014 Cameroon di Brazil. Pada Piala AFCON 2015 beliau turut terpilih dalam skuad yang diketuai sekali lagi oleh Samuel Eto’o.

Berdasarkan profail karier dan usia yang masih muda, Djeugoue adalah pemain yang harus diberikan perhatian untuk musim 2017.

Kualiti Yang Baik?

Berdasarkan 4 nama pemain import ini, Kelantan nampaknya memiliki kualiti import yang baik. Gomis memang sudah terbukti kualiti beliau.

Ghaddar harus membuktikan beliau masih berbisa. Okiki dan Djeugoue perlu membuktikan kualiti mereka dengan latar belakang karier yang boleh dikatakan meyakinkan.

Selamat datang kepada Okiki dan Djeugoue serta selamat kembali kepada Mohammed Ghaddar. Sama-sama kita tunggu aksi mereka!

Baca juga: Kecewa Dengan Rekaan Jersi, Penyokong Pulau Pinang Lancar Petisyen Khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram