20 Pasukan Liga M3 Dibahagi Mengikut Kedudukan Geografi

Sebanyak 20 pasukan Liga M3 telah diketahui nasib mereka menjelang sepak mula yang bakal dimulakan pada 7 Mac 2020.

Kesemua pasukan telah pun dibahagikan kepada dua kumpulan dengan setiapnya dianggotai oleh 10 pasukan.

Menurut Amateur Football League, keputusan meletakkan pasukan-pasukan tertentu di dalam satu-satu kumpulan adalah kerana faktor geografi.

Ianya kerana mahu membantu pasukan yang bertanding untuk tidak perlu menanggung kos perjalanan ke gelanggang lawan dengan kadar yang terlalu tinggi.

“Kedudukan ini dinilai mengikut lokasi bagi meminimumkan kos perjalanan buat pasukan-pasukan yang bertanding.”

Jika dilihat kepada pecahan pasukan, rata-rata pasukan di kumpulan A adalah dari Utara Semenanjung Malaysia dan juga Lembah Klang.

Sementara bagi kumpulan B pula, pasukan dari Selatan Semenanjung Malaysia, Pantai Timur dan Borneo menanggotai

20 pasukan ini telah dibahagikan kepada dua kumpulan, berikut merupakan pecahannya:

Kumpulan A:

  • Armed Forces
  • Langkawi City
  • Ikram Muda
  • Harini KS
  • Klasiko
  • Manjung City
  • Thai Selangor
  • NLFC-Mahsa
  • Perlis United
  • KL Rovers

Kumpulan B:

  • KSR Sains
  • Melaka United
  • Ultimate
  • Sarawak
  • PIB
  • KT Rovers
  • Melawati
  • Protap
  • Semarak
  • Imigresen

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN