20 Kapten Kelab La Liga Akan Bantah Keputusan LFP Adakan Perlawanan Di USA

Semua 20 orang kapten kelab La Liga, akan mengadakan pertemuan pada hari ini di ibu pejabat Persatuan Pemain Sepanyol (AFE) untuk merangka satu kenyataan bantahan kepada Spanish Profesional Football League (LFP).

LFP sebelum ini mengeluarkan kenyataan akan mengadakan saingan La Liga di USA dalam usaha badan pentadbir bola sepak Sepanyol itu bersaing dengan EPL.

(Photo credit should read ROSLAN RAHMAN/AFP/Getty Images)

Kesatuan pemain itu yang diketuai oleh Presiden AFA, David Aganzo akan menjelaskan kesan negatif idea tersebut kepada Presiden LFP, Javier Tebas.

LFP melalui La Liga sebelum ini dilaporkan telah mencapai persetujuan dengan sebuah firma di USA untuk menganjurkn perlawanan rasmi La Liga di luar Sepanyol.

Untuk itu, AFE akan membantah rancangan tersebut yang akan disertakan dengan 20 tandatangan kapten pasukan La Liga.

Turut berada di dalam agenda perjumpaan ialah masa sepak mula kelab Primera oleh LFP.

Messi Kapten Barcelona Foto: Getty

Badan pentadbir La Liga itu sebelum ini bertindak meminda perlawanan ke hari Isnin dan Jumaat, yang merupakan hari bekerja dan merupaka pilihan tidak popular di kalangan penyokong bola sepak di Sepanyol.

Perlawanan membabitkan Real Madrid dan Getafe pada pada Isnin lalu adalah salah satu contoh jadual yang dianggap seperti sarkis oleh penyokong di Sepanyol.

Perlawanan itu diadakan pada lewat Ahad, dan hanya tamat pada awal pagi Isnin.

Bagaimanapun pindaan oleh LFP tidak membabitkan kelab yang akan bertanding dalam pertandingan UEFA.

Toni Kroos adalah antara pemain Real Madrid yang tidak senang akan perubahan jadual perlawanan yang dilewatkan.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram