2 Penalti Milivojevic Nafikan Kemenangan Arsenal

Crystal Palace tamatkan rekod kemenangan Arsenal. Arsenal merekodkan 11 kemenangan berturut-turut sebelum sepak mula di Selhurst Park.

Palace bermula dengan berada di hadapan pada separuh masa pertama menerusi penalti Milivojevic pada masa kecederaan.

Namun begitu, Granit Xhaka menyamakan kedudukan menerusi satu sepakan percuma yang cantik pada minit ke-53.

Aubameyang meletakkan Arsenal di hadapan tidak lama selepas itu. Aubameyang berada dalam prestasi terbaik beliau.

Ianya gol agak kontroversi kerana Lacazette menyentuh bola menggunakan tangan terlebih dahulu.

Selain itu, teknologi garisan gol digunakan untuk menentukan bola melepasi garisan. Dan ianya gol.

Aubameyang ternyata menjadi sumber gol penting Arsenal sama ada sebagai penyudah ataupun pencipta gol.

Namun pasukan tuan rumah ternyata dalam keadaan sangat bersemangat. Mereka melakukan banyak sekali percubaan ke arah gol Arsenal.

Skuad Unai Emery kurang mencipta peluang dalam perlawanan ini berbanding dengan Crystal Palace.

Pada minit ke-82, Crystal Palace dihadiahkan penalti sekali lagi selepas Wilfred Zaha dijatuhkan oleh Xhaka di dalam kotak penalti.

Milivojevic menyempurnakan sepakan penalti itu dengan kemas.

Arsenal mencari gol pendahuluan sekali lagi. Namun gagal. Dan rekod kemenangan Arsenal tamat pada 11 perlawanan berturut-turut.

Namun begitu, Arsenal kekal tak dikalahkan dalam 12 perlawanan terakhir mereka.

Arsenal kekal berada di tangga keempat. Crystal Palace pula naik ke kedudukan ke-8.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram