2 Pemain Yang Perlu Arteta Beli Januari Ini Untuk Pulihkan Arsenal

Mikel Arteta Arsenal

Berada di kedudukan ke-15 menjelang pertengahan musim bukanlah sesuatu yang boleh dianggap normal buat Arsenal yang pernah menjadi salah satu ‘kuasa besar’ dalam saingan bola sepak Inggeris satu ketika dahulu.

Setidak-tidaknya mereka perlu menamatkan setiap musim di kedukan empat atau enam terbaik bagi memastikan kelangsungan mereka dalam kejohanan Eropah.

Apa yang berlaku kepada Arsenal dalam beberapa musim kebelakangan ini tentulah merupakan ‘musibat’ buat mereka dan penyokong kerana tidak lagi dianggap sebagai pasukan yang mampu menggentarkan pihak lawan setiap kali perlawanan.

Maka menjadi tugasan berat buat Mikel Arteta untuk mengembalikan ‘maruah’ The Gunners dalam masa terdekat sepaya mereka tidak terus terperosok di dalam kalangan pasukan bawahan liga atau lebih parah lagi tersingkir dari saingan liga elit tersebut.

Berikut adalah tiga pemain berkualiti yang perlu dibawa masuk pada tempoh perpindahan bulan Januari nanti agar dapat mengubah nasib  Arsenal.

Christian Eriksen

Pemain ini mungkin yang paling mudah untuk diusahakan mendarat di Stadium Emirates kerana telah pun diketahui tidak lagi diperlukan oleh Inter Milan selepas setahun bergelut dengan corak permainan atau taktikal Antonio Conte.

Difahamkan The Nerazzurri dan Eriksen telah pun mencapai persetujuan bahawa pemain tengah Denmark berkenaan boleh menyertai mana-mana pasukan yang dapat menepati harga yang ditetapkan.

Arteta pastinya memerlukan pemain sepertinya untuk mewujudkan kreativiti di bahagian tengah selepas beliau telah pun mengetepikan Mesut Ozil sejak awal musim ini. London juga bukanlah tempat yang asing buat beliau kerana telah pun bersama Tottenham Hotspur selama tiga tahun.

Maxi Gomez

Musim ini Arteta masih bergantung kepada Alexander Lacazette dan Pierre-Emerick Aubameyang untuk mengetuai bahagian serangan. Malangnya kedua-dua pemain gagal menghasilkan jumlah jaringan yang diperlukan.

12 gol dalam 14 perlawanan pastinya bukan satu jumlah yang sepatutnya diperlukan untuk bersaing dalam liga sebesar EPL. Maka tentunya Arsenal memerlukan seorang penyerang yang dapat menjaringkan 30 gol semusim.

Antara calon yang boleh dipertimbangkan adalah penyerang Valencia, Maximiliano Gomez. Dengan kelab La Liga tersebut yang sedang bergelut dengan keadaan kewangan yang agak meruncing, mereka pastinya terbuka untuk menjual penyerang Uruguay berkenaan.

Dalam empat musim di Sepanyol, penyerang berusia 24 tahun tersebut telah pun membuktikan keupayaannya untuk muncul sebagai salah seorang peledak bebahaya di EPL.

Baca juga artikel kami yang lain mengenai Arsenal:

Mikel Arteta Dedah Arsenal Akan Dapatkan Pemain Baharu

David Seaman: Arsenal Perlu Dapatkan Dana Cari Pemain Lebih Berkualiti

Mampukah Arsenal Kekal Di EPL Musim Ini?

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply