2 Pemain Kedah Positif COVID-19, MFL Tunda Derbi Utara

Kedah Penang FC Tunda MFL

Derbi Utara antara Kedah Darul Aman FC dan Penang FC telah ditunda oleh Malaysian Football League (MFL) selepas dua pemain Kedah didapati positif COVID-19.

Perlawanan antara kedua-dua pasukan yang dijadualkan akan berlangsung esok itu terpaksa ditunda selepas menerima nasihat daripada Jabatan Kesihatan Negeri Kedah, sebentar tadi. Pasukan Penang FC dilihat sudah tiba di Alor Setar siang tadi.

Khabar tentang tertundanya aksi kedua-dua pasukan lebih awal telah dikongsi oleh pengguna Twitter, @Pulotutui yang berkata aksi telah ditunda atas sebab keselamatan. Ciapnya, “Ok. Game dah postponed. Utara Derby telah ditunda. Safety first! ”

At least ada juga pasukan bolasepak dari utara sumbangkan 4-5 kes harini. Mungkin lebih. Next question, kenapa tak stay dalam camp based seperti diarahkan??” soalnya dalam ciapan beliau yang seterusnya mempersoalkan tentang pematuhan SOP.

“Pihak MFL dimaklumkan oleh pihak pengurusan Kedah bahawa dua pemain disahkan positif COVID-19 menerusi ujian PCR yang dilakukan ke atas pemain ketika pemain ingin mendaftar masuk semula ke dalam Camp Based Training selepas cuti Hari Raya Aidiladha.

“Ujian ini adalah Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh MFL kepada semua pasukan untuk pemain memulakan Camp Based Training bagi menjaga Gelembung Sukan,” jelas Ketua Pegawai Eksekutif MFL, Dato’ Ab Ghani Hassan.

“Justeru, perlawanan Kedah dengan Penang FC terpaksa ditunda bagi membolehkan pihak Jabatan Kesihatan Negeri Kedah untuk membuat semakan mengenai status semua pemain-pemain serta pegawai Kedah terlebih dahulu.

“Kedua-dua pemain berkenaan dikesan positif COVID-19 ketika tidak bersama pasukan dan bukan berada di dalam gelembung sukan,” tegas Ab Ghani lanjut.

Ab Ghani berkata, tarikh baharu perlawanan berkenaan akan dimaklumkan kelak dan berharap agar semua pemain dan pegawai terus meningkatkan pematuhan SOP bagi menjaga Gelembung Sukan demi kelancaran Liga Malaysia 2021.

“Di sini pihak pengurusan Kedah mematuhi SOP yang ditetapkan dengan melakukan ujian ke atas pemain untuk mengesan kes lebih awal.

“Saya berharap semua pemain dan pegawai tidak leka dan terus mematuhi SOP yang ditetapkan kerana ini penting untuk melindungi diri dan orang sekeliling daripada dijangkiti COVID-19,” ungkap Ab Ghani lagi mengenai pematuhan SOP.

Oleh itu, Derbi Utara antara Kedah dan Penang FC nampaknya tidak akan berlangsung pada esok, namun perlawanan lain yang bakal berlangsung pada Sabtu dan Ahad, setakat ini, akan kekal dilangsung sebagaimana yang telah dijadualkan.

Baca lagi artikel lain mengenai Kedah dan Penang FC:

Kedah Berdepan Penang Dalam ‘Derbi Utara’ Tanpa Kpah Sherman?

Penang FC Uji Formasi Taktikal Baharu Untuk Pusingan Kedua Liga Super?

Kpah Sherman Sudah Dapat Tonik Terbaik Di Liberia

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN