2 Gol Hazwan Bakri Bantu JDT Bangkit Tewaskan Pahang Di Larkin

2 gol Hazwan Bakri dan 1 gol oleh Safiq Rahim membantu JDT bangkit daripada ketinggalan untuk menang 3-2.

Separuh masa pertama

JDT mengasak lebih awal namun gagal menghasilkan gol. Safiq Rahim tidak terus melakukan cubaan dari jarak dekat dan hilang bola.

Tidak lama kemudian Sumareh berjaya masuk ke dalam kotak penalti pada minit ke-3, namun cubaan diselamatkan Izham.

Kemudian, Safiq mencipta peluang untuk Cabrera pada minit ke-7, sayangnya cubaan Cabrera liar.

JDT menguasai perlawanan yang agak sengit. Namun pada minit ke-14, Alves terus menambah koleksi jaringan beliau.

Ianya satu gol selepas bola ‘hadiah’ daripada Eldstal kepada Azam Azih. Azam Azih melorongkan hantaran lolos menarik dan disudahkan oleh Alvez.

0-1 pada minit ke-14.

JDT cuba membalas gol itu dengan segera. Namun Pahang berjaya bertahan dengan sangat baik.

Minit ke-25 Azrif melakukan cubaan yang tersasar. Seminit kemudian, JDT mendapat sepakan percuma di luar kotak penalti, tetapi gagal disempurnakan.

2 gol Hazwan dalam masa 5 minit

Pada minit ke 29, JDT dihadiahkan sepakan penalti. Namun penalti Safiq Rahim diselamatkan oleh Wan Azraei.

Namun penyudah Hazwan Bakri gagal ditepis Wan Azraie. 1-1 pada minit ke-30.

5 minit kemudian Hazwan menambah gol sekali lagi dengan menolak hantaran cantik daripada Safiq Rahim.

Tiada tambahan gol lagi selepas itu dan separuh masa pertama berakhir 2-1.

Johor Darul Takzim vs Pahang,msl 2017,malaysia super league 2017,soccer group photo,gabriel guerra,jdt,

Separuh masa kedua

Pada separuh masa kedua, Safiq Rahim menambah jaringan ke-3 pada minit ke-55. Ianya selepas larian deras Kunanlan mengumpan dengan cut back.

Namun, Alvez menghidupkan kembali perlawanan menerusi sepakan percuma kelas dunia dari luar kotak penalti pada minit ke-67.

Perlawanan kemudian berlangsung dalam keadaan seimbang.

Pada minit ke-82, Sumareh berjaya mencipta peluang namun Christie Jayaseelan gagal menyempurnakan peluang terbaik tersebut.

Minit ke-89, Safiq Rahim merembat liar umpanan daripada Mahali Jasuli.  Perlawanan berakhir 3-2.

JDT lebarkan rekod di Larkin

JDT melebarkan rekod tanpa kalah di Larkin kepada 30 perlawanan dalam semua pertandingan. Ia juga rekod tanpa kalah dalam 56 perlawanan liga sejak 2012.

JDT naik ke tangga ke-3. Pahang kekal di tangga teratas dengan Kedah akan berpeluang memintas mereka esok sekiranya menang.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN