Undian Pusingan 16 Terbaik Europa League, United Bertemu Rostov!

Perjalanan ke Stockholm diteruskan lagi bagi 16 terbaik melibatkan kelab yang masih bersaing dalam Europa League musim ini.

Semalam telah diadakan undian untuk Pusingan 16 terbaik ini. Berikut adalah keputusan undian ini.

Undian penuh

Celta Vigo (Sepanyol) lwn Kransodar (Rusia)
APOEL (Cyprus) lwn Anderlecht (Belgium)
Schalke 04 (Jerman) lwn Borussia Monchengladbach (Jerman)
Olympique Lyon (Perancis) lwn AS Roma (Itali)
Rostov (Rusia) lwn Manchester United (England)
Olympiakos (Greece) lwn Besiktas (Turki)
Gent (Belgium) lwn Genk (Belgium)
Copenhagen (Denmark) lwn Ajax Amsterdam (Belanda)

Terus ke suku akhir

Belgium dan Jerman perlu berbangga kerana satu wakil mereka akan mencecah ke suku akhir. Ini kerana Schalke dan Gladbach diundi bersama dalam pertemuan sesama Jerman.

Dua kelab yang namanya hampir mirip, Gent dan Genk pula bertembung untuk siapakah akan mara sebagai wakil Belgium ke suku akhir.

Genk menyingkirkan pasukan pilihan Tottenham Hotspurs dalam peringkat 32 pasukan terakhir.

Tumpuan lain

Tumpuan juga terarah kepada Rostov, wakil Rusia yang digelar ‘Leicester City Rusia’ pada musim lalu.

Mereka bertemu akan gergasi England, Manchester United yang sedang dalam prestasi kemuncak ketika ini.

Ini bukan perlawanan mudah untuk United. Anda pasti ingat ketika Rostov menang ke atas Bayern Munich sebelum ini.

Pertemuan Olympiakos dan Besiktas juga akan menjadi tumpuan kerana perseteruan lama dua negara tersebut.

Bila perlawanan diadakan?

Perlawanan akan diadakan pada 9 Mac dan 16 Mac.

p/s: Paling penting untuk musim ini tiada nama Sevilla diabadikan seperti tahun-tahun sudah! Hoorayy!

Baca juga: Isu Pemecatan Weigang Dari Perak: Apabila Jurulatih Hilang Kawalan Di Bilik Persalinan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram