14 Pasukan Bola Sepak Yang Pernah Ditaja Oleh Band Muzik

Ketika trend syarikat swasta menaja pasukan bola sepak adalah perkara biasa, pemuzik juga pernah menggunakan bola sepak untuk mempromosikan jenama mereka.

Berikut adalah 15 band muzik yang pernah menaja pasukan bola sepak.

1. Heaven Shall Burn (FC Carl Zeiss Jena)

Pada 2014, sebuah band heavy metal dari Jerman, Heaven Shall Burn menaja jersi pasukan liga divisyen ke-4 Jerman, FC Carl Zeiss Jena.

Hasil tajaan band ini menghasilkan sehelai jersi yang sangat cool.

heaven-shall-burn-kit2-650x571

d8256a98e75924698e69e6e5213760e8_L

Anda sedar nama pasukan ini yang mempunyai nama ‘Carl Zeiss’?

Ini kerana pasukan ini diasaskan oleh pekerja kilang lensa, Carl Zeiss AG, pada 1903 di Jena, sebuah bandar universiti di timur Jerman.

2. Super Furry Animals (Cardiff City)

Ketika Cardiff City sedang bersaing dalam Piala FAW (FA untuk Wales) pada 1999, Super Furry Animals telah menaja pasukan tempatan mereka.

Super Furry Animals adalah sebuah band muzik psychedelic rock yang berasal dari Cardiff.

article-2338855-1A416F5B000005DC-108_634x630

Salah satu legasi peninggalan Super Furry Animals dalam Cardiff City adalah penghasilan jersi yang sangat rare di Ebay.

cardiff-03-home-sfa

3. Wet Wet Wet (Clydebank FC)

Terima kasih kepada beberapa lagu hits yang meletup pada awal 90-an, band rock balada Scotland, Wet Wet Wet, telah menaja pasukan tempatan mereka, Clydebank FC.

Bagaimanapun, hasil penajaan mereka membawa kepada penghasilan jersi buruk ini.

PA-65737-650x433

4. Goldie Lookin’ Chain (Newport County)

5 tahun selepas Super Furry Animals muncul band muzik pertama yang menaja pasukan bola sepak di Wales, kumpulan hip hop, Goldie Lookin’ Chain (GLC) turut mengikut langkah sama.

GLC menaja pasukan tempatan mereka, Newport County.

Hasilnya adalah jersi bola sepak pertama yang mempunyai motif rantai emas rapper. Buruknya hanya Tuhan yang tahu.

GLCNewporttown

5. Die Toten Hosen (Fortuna Dusseldorf)

Sebagai penyokong setia Fortuna Dusseldorf, ahli-ahli band muzik punk, Die Toten Hosen telah menaja jersi pasukan tempatan mereka daripada tahun 2001 hingga 2003.

Sehingga kini, lagu ‘Storm’ nyanyian Die Toten Hosen akan berkumandang di stadium apabila pasukan tuan rumah menjaringkan gol.

6. Fat Boy Slim (Brighton & Hove Albion)

Sebagai salah satu penyokong selebriti kelab Brighton & Hove Albion, Norman Cook atau Fat Boy Slim pernah beberapa kali menaja Brighton.

Skint adalah syarikat label kepunyaaan Fat Boy Slim.

brighton-fatboy-650x349

7. The Prodigy (Eastleigh Reds Bawah-13)

Semuanya bermula selepas seorang bapa pemain Eastleigh Reds Bawah-13 mendapat tahu anaknya selalu mendengar lagu rave dari band The Prodigy sebagai persiapan sebelum perlawanan.

Kemudian beliau mencuba-cuba menulis surat tawaran penajaan kepada The Prodigy untuk menaja pasukan anaknya.

Bak kata pepatah – kalau tak dipecahkan ruyung, mana nak dapat sagunya – usaha bapa tersebut berjaya apabila The Prodigy bersetuju menaja jersi pasukan bawah-13 Eastleigh Reds selama semusim.

8. Ian Brown, bekas vokalis The Stone Roses (Chiswick Homefields FC)

Sebelum musim 2005/06, bekas vokalis The Stone Roses, Ian Brown, mengumumkan beliau akan menaja pasukan tempatannya yang akan bertanding dalam London Commercial Division.

Di jersi pasukan itu tertulis nama album terbarunya – ‘IB – The Greatest’.

CHFC

9. The Blockheads (Glynneath AFC Bawah-8)

Kumpulan muzik funk rock, The Blockheads, membuat keputusan untuk menaja pasukan ini selepas membaca tweet pengurus Glynneath AFC Bawah-8 yang merujuk pemain-pemain kendaliannya sebagai ‘his little Blockheads’.

9803251-large

10. Motörhead (Pasukan ‘B’ Greenbank Bawah-10)

Apabila pengurus pasukan bawah-10 Greenback kekeringan idea untuk mencari duit untuk membeli jersi pasukannya, beliau menghubungi kawan lamanya, Lemmy.

Apa yang menariknya, kawannya – Lemmy – merupakan frontman band terkenal, Motorhead.

Pengurus pasukan bawah-10 Greenback itu menuntut hutang budi (favor) untuk menaja jersi pasukan yang dilatihnya.

Lemmy bersetuju walaupun pada mulanya dia risau dengan reaksi ibu-bapa pemain memandangkan muziknya tak sesuai untuk kanak-kanak.

greenbank-motorhead-650x456

11. Bad Manners (Margate FC)

Pada 1996, Margate FC menandatangani perjanjian penajaan dengan sebuah syarikat label muzik ska.

Ini mendorong kumpulan muzik ska yang popular pada era 80-an di England, Bad Manners, yang bernaung di bawah syarikat label tersebut untuk meletakkan nama kumpulan mereka di jersi Margate FC.

bad-manners-margate-500x614

12. The View (Dryburgh Athletic Bawah-11)

Turut mengikut langkah Motorhead dan The Prodigy untuk menaja jersi pasukan kanak-kanak adalah kumpulan muzik indie rock dari Scotland, The View.

The View menaja pasukan bawah-11 Dryburgh Athletic, di mana adik salah seorang ahli The View bermain di situ.

view-drybrough

13. Def Leppard (Kelab Ragbi Rhiwbina Bawah-10)

Kami tahu senarai ini hanya untuk pasukan bola sepak sahaja. Tetapi kami tetap memasukkan Def Leppard kerana vokalisnya, Joe Elliott, menyangka beliau menaja pasukan bola sepak.

Sedangkan sebenarnya beliau menaja pasukan ragbi di Wales.

Pasukan kecil berjaya mendapat penajaan kerana salah seorang jurulatihnya adalah pereka kulit album Def Leppard!

_67297275_rich

14. Kaizers Orchestra – Bryne FK

Vokalis Kaizers Orchestra, Janove Ottesen, yang pernah menjadi pemain remaja Bryne FK sejak berumur 9 tahun sehingga dapat mewakili pasukan bawah-15 Norway.

Ini memudahkan keputusan Kaizers Orchestra untuk menaja Bryne FK.

Untuk pengetahuan anda, Kaizers Orchestra adalah kumpulan muzik pertama dari Norway yang popular di luar Norway.

Walaupun mereka hanya menyanyi dalam bahasa Norwegian (selain kumpulan-kumpulan muzik black metal Norway).

320xkaizerorchestra

ZbGuaLxjGJKcRazvR4q6Pw8B30BZ4vrPQxuRvakCiV8w

Baca juga: CERITA DISEBALIK NOMBOR JERSI YANG PELIK

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN