13 Fakta Menarik Mengenai Gol Tandukan Alisson Becker Yang Buat Penyokong Liverpool Teruja

Walaupun merupakan seorang penjaga gol. Alisson Becker tetap mampu bergelar hero Liverpool apabila tampil sebagai penjaring gol kemenangan ke atas West Brom pada awal pagi tadi. Dalam perlawanan tersebut, Liverpool menewaskan West Brom di gelanggang lawan dengan jaringan 2-1.

Alisson yang meluru ke depan untuk menyambut sepakan penjuru, berjaya menanduk bola melepasi penjaga gol Sam Johnstone pada minit kelima masa kecederaan, sekaligus mengekalkan harapan Liverpool untuk beraksi di Champions League pada musim hadapan.

Berikut adalah antara fakta-fakta menarik mengenai Alisson dan jaringan dramatiknya yang menjadikan gol tersebut menjadi amat istimewa, terutama di mata penyokong Liverpool.

  • Alisson kini bergelar penjaga gol pertama dalam sejarah yang berjaya menjaringkan gol dalam perlawanan kompetitif untuk Liverpool.
  • Beliau juga adalah penjaga gol keenam yang berjaya melakukannya di Premier League, mengikut jejak langkah Peter Schmeichel, Brad  Friedel, Paul Robinson, dan Asmir Begovic.
  • Seperti Schemeichel, Robinson dan Howard, Alisson kini menjadi penjaga gol keempat yang pernah menyumbang gol dan bantuan gol untuk pasukannya di Premier League.
  • Penjaga gol dari Brazil ini bagaimanapun adalah penjaga gol pertama yang menjaringkan gol hasil dari tandukan.
  • Beliau juga kini menjadi penjaga gol pertama yang menjaringkan gol kemenangan untuk pasukannya di Premier League.
  • Gol dalam perlawanan pada awal pagi tadi juga bermakna Alisson kini memiliki ratio penyudah (conversation rate) yang lebih baik dari Cristiano Ronaldo, Lionel Messi, Robert Lewandowski atau pun Erling Haaland untuk musim 2020/21 dengan rekod satu gol untuk satu percubaan yang dilakukan.
  • Penjaga gol berusia 28 tahun ini juga memiliki jumlah jaringan lebih banyak dari Rhian Brewster, Dele Alli, Dani Ceballos dan Divock Origi untuk musim 2020/21.

  • Alisson juga kini menyamai jumlah jaringan yang dihasilkan oleh Willian, Alex Iwobi, Bernard, Fred, Donny van de Beek, Gabriel Martinelli, Thiago, Jordan Henderson dan Carlos Vinicius di Premier League.
  • Untuk jaringan di tempat lawan dalam aksi Premier League, Alisson juga mengumpul jumlah jaringan yang sama seperti yang dihasilkan oleh James Rodriquez, Kai Havertz, Anthony Martial dan Lucas Moura.
  • Dan lebih menarik, Alisson kini menghasilkan lebih banyak gol di tempat lawan berbanding yang dihasilkan oleh Gareth Bale pada musim 2020/21.
  • Purata satu jaringan dari 127 penampilan untuk Liverpool juga bermakna Alisson kini mempunyai ratio jaringan yang lebih baik berbanding Jamie Carragher yang merekodkan satu gol untuk setiap 184 penampilan.
  • Tandukan Alisson dalam perlawanan menentang West Brom juga adalah kali pertama penjaga gol itu berjaya menyentuh bola di kawasan penalti lawan.
  • Di dalam aksi Premier League musim ini Alisson telah menyempurnakan hantaran lintang dari Tren Alexander-Arnold, lebih kerap dari Mohamed Salah.

Penutup

Anda mempunyai perkara menarik lain mengenai jaringan tersebut? Kongsikan dengan kami melalui platform yang kami sediakan.

 

Baca artikel lain mengenai Alisson Becker di sini:

Karius Yakin Mampu Cabar Posisi No. 1 Milik Alisson Di Liverpool

Jack Robinson: Ketenangan Dimiliki Alisson Becker Seperti Pirlo

Alisson Becker Sifatkan Manchester City Pilihan Utama Juarai Liga Perdana Inggeris Berbanding Liverpool

 

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN