11 Perkara Yang Anda Perlu Tahu Tentang Juan Cuadrado

Selepas desas-desus yang kononnya bintang Columbia ini akan berpindah ke kelab EPL pada awal musim lalu semakin malap,Jose Murinho tanpa berselindung menyatakan hasratnya pada awal minggu lalu untuk memiliki pemain sayap Fiorentina, Juan Cuadrado.

Juan Cuardado - aset utama milik Fiorentina
Juan Cuardado – aset utama milik Fiorentina

Apabila Manchester United dikatakan sudah berputus asa dalam usaha memilikinya, kini tiba giliran Chelsea pula untuk meyakinkan Fiorentina menjual aset terbesar mereka. La Viola (nama gelaran Fiorentina) menyatakan penebusan kontrak Cuadrado bernilai £27 juta jika Chelsea berminat untuk mendapatkan khidmat beliau.

Berikut merupakan 11 perkara yang anda perlu tahu tentang Juan Cuadrado :

1. Cuadrado memulakan karier bola sepaknya di kelab Columbia, Atlentico Uraba sebagai pemain penyerang. Nelson Gallego (pegasas kelab) menasihati beliau supaya bermain sebagai pemain sayap kerana kepantasan dan kehebatannya menggelecek lawan. Beliau juga pernah bermain sebagai bek kanan sewaktu bermain di kelab Indepediente.

Aksi Cuadrado selepas menjaringkan gol ketika menentang Hellas Verona FC.
Aksi Cuadrado selepas menjaringkan gol ketika menentang Hellas Verona FC.

2. Cuadrado hanya menjaringkan 5 gol dalam 86 perlawanan sewaktu mewakili Independiente, Medellin, Udinese dan Lecce. Namun, sejak bersama Fiorentina, dia berjaya menjaringkan 20 gol daripada 85 perlawanan.

Untuk rekod musim ini di Serie A, Cuadrado telah menjaringkan 4 gol dan 3 assists dalam 17 penampilan, dan satu gol dalam setiap perlawanan Piala Itali dan Europa League.
3. Cuadrado merupakan pemain yang paling banyak dikasari di Serie A musim ini dengan purata sebanyak lima kali dalam setiap perlawanan.

4. Fiorentina dikatakan tidak mahu melepaskan Cuadrado pergi kerana dia merupakan watak penting kepada cita-cita kelab itu untuk bermain di pentas Liga Juara-Juara musim hadapan. Namun, jika ada mana-mana kelab yang mengaktifkan klausa pembeliannya sebanyak £26.8 juta, Fiorentina terpaksa akur untuk melepaskannya pergi.

Cuadrado memacu Les Viola ke tangga ke-4 liga Seria A musim lalu.
Cuadrado memacu La Viola ke tangga ke-4 liga Seria A musim lalu.

5. Cuadrado telah menjaringkan sebanyak empat gol dalam 13 perlawanan Europa League sejak dua musim lepas. Walaupun bermain di bahagian sayap kiri pada musim lalu, Cuadrado berjaya menjaringkan 11 gol dari 32 perlawanan.

6. Cuadrado telah melakukan 4 assists dalam kancah Piala Dunia 2014, yakni jumlah assists terbanyak dalam kejohanan tersebut. Dia melakukannya dalam hanya 5 perlawanan kerana Columbia tersingkir di peringkat suku akhir. Jumlah assists tersebut sebenarnya telah menyamai jumlah assists milik Toni Kroos, pemain yang beraksi sehingga ke perlawanan akhir Piala Dunia.

7. Cuadrado merupakan pemain yang sering mendapat kad kuning. Dia telah dilayangkan kad kuning sebanyak 11 kali pada musim 2012/2013, 9 kali musim lalu, dan sudah 5 kali dalam saingan musim ini.

8. Jose Pekerman, pengurus Fiorentina berkata yang dia lebih rela Cuadrado berhijrah ke Barcelona dari ke kelab lain seperti Manchester United dan Chelsea.

Logik Luca Toni; Cuadrado = Vespa
Logik Luca Toni; Cuadrado = Vespa

9. Rakan sekelab Cuadrado, Luca Toni menggelar Cuadrado sebagai “Vespa”. Hal ini kerana gerakan dan gelecekan Cuadrado mengingatkan Luca Toni kepada pergerakan Vespa yang boleh melepasi dan mencelah diantara kenderaan di jalan Itali.

10. Cuadrado meminati lagenda bola sepak Brazil, Ronaldo dan melebelkan beliau sebagai idola bola sepaknya.

11. Chelsea dikatakan akan membiayai pembelian Cuadrado dengan melepaskan Mohamed Salah atau André Schürrle pergi.

Adakah Cuadrado Akan Menjadi Pembelian Yang Berbaloi Bagi Chelsea?

Adakah Cuadrado bakal menjadi pemain yang berbaloi di beli oleh Chelsea?
27 juta pound- Harga tinggi yang perlu dibayar Chelsea untuk mendapatkan khidmat Cuadrado

Bagi penulis,jika pemain berusia 26 tahun ini berjaya diikat Chelsea, ia boleh menjadi asset utama yang mampu dimiliki oleh Jose Mourinho untuk merampas takhta EPL dari pada Manchester City. Melihatkan pada usianya yang masih muda dan potensinya yang masih boleh dikembangkan, pentas EPL merupakan pilihan yang tepat untuk Cuadrado mengasah bakatnya sebagai salah seorang pemain sayap yang terbaik di dunia.

Namun, berdasarkan kepada kesebelasan utama Chelsea, walaupun dengan pemergian André Schürrle, Cuadrado dilihat perlu berusaha keras untuk bermain di skuad utama. Dengan kehadiran Eden Hazard, Oscar, Fabregas dan Willian, penulis pasti yang Cuadrado juga bakal menghadapi masalah yang sama seperti dialami André Schürrle.

Jika Jose Mourinho ingin meletakkan Cuadrado di posisi sayap kanan meggantikan Willian, adakah dia akan mampu beraksi di bahagian itu dengan baik? Harus diingatkan bahawa Willan merupakan pemain sayap kanan yang sangat bagus ketika bermain untuk Shaktar Donetsk,namun tidak di EPL. Tidak mustahil yang Cuadrado juga akan mengalami masalah yang sama.

Jika diteliti dengan lebih jelas, Cuadrado mungkin tidak akan dapat melakukan banyak dribble seperti biasa dilakukannya di pentas Serie A. Dari segi statistik, dia sedikit lebih baik jika dibandingkan dengan Willian. Namun dengan jumlah yang cukup mahal yang akan dibayar oleh Chelsea, penulis mengharapkan persembahannya akan jauh lebih baik.

Hanya masa yang akan membuktikan yang cakap-cakap ini salah.

Kredit featured image : gettyimages

Like page SemuanyaBOLA di Facebook.
Follow Twitter kami di @semuanyabola.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN