11 Pemain Paling Bernilai Yang Boleh Meninggalkan Kelab Secara Percuma

Terima kasih kepada Jean-Marc Bosman, pemain bola sepak kini mempunyai kuasa untuk menentukan masa depan mereka sendiri.

Memandangkan jendela perpindahan musim sejuk/Januari semakin hampir, kami mengesan sebanyak 57 pemain di liga-liga terbaik Eropah yang mempunyai kontrak yang tamat pada musim panas 2016.

57 pemain ini boleh menerima tawaran kontrak daripada kelab lain bermula 1 Januari 2016 dan boleh berpindah kelab secara percuma apabila kontrak mereka tamat nanti.

Untuk mengelak pemain daripada berpindah secara percuma, kelab mereka sekarang ada 2 pilihan:

  • jual pemain secepat mungkin sebelum kontraknya tamat
  • lanjutkan kontrak pemain

Daripada 57 pemain ini, kami mengumpul 11 pemain paling bernilai di Eropah yang boleh meninggalkan kelab mereka sekarang secara percuma, walaupun nilai pasaran mereka tinggi.

Data nilai mereka diambil daripada laman web Jerman, Transfermarkt.

1. Penjaga gol

Steve Mandanda
Kelab: Olympique de Marseille
Nilai pasaran: £7 juta



Jika diikutkan nilai pasaran, Samir Handanovic (£10.5 juta) lebih bernilai daripada Steve Mandanda (£7 juta) ketika ini. Tetapi baru-baru ini, ejen Handanovic mengesahkan Handanovic akan menandatangani kontrak baru dengan Inter.

Pemain lain: Federico Marchetti (Lazio), Victor Valdes (Man United)

2. Bek kanan

Branislav Ivanovic
Kelab: Chelsea
Nilai pasaran: £11.9 juta



Ketika ini, Branislav Ivanovic sedang berharap Chelsea akan melanjutkan kontraknya. Tetapi sehingga kini masih tiada tawaran dibuat oleh Chelsea. Inter Milan dilaporkan berminat.

Pemain lain: Gregory van der Wiel (PSG), Yuto Nagatomo (Inter Milan), Alvaro Arbeloa (Real Madrid)

3. Bek kiri

Caner Erkin
Kelab: Fenerbahce
Nilai pasaran: £9.1 juta



Bek kiri ini yang asalnya bermain sebagai pemain sayap ini merupakan bek kiri terbaik dalam Liga Turki ketika ini.

Pemain lain: Patrice Evra (Juventus), Marcos Alonso (Fiorentina), Jose Enrique (Liverpool)

4 & 5. Pertahanan tengah

Joel Matip
Kelab: Schalke 04
Nilai pasaran: £9.8 juta



Joel Matip dikaitkan dengan perpindahan ke Liverpool selepas dilaporkan telah menolak tawaran kontrak baru yang dibuat oleh Schalke 04.

Nicolas N’Koulou
Kelab: Olympique de Marseille
Nilai pasaran: £8.4 juta



Liverpool, Chelsea dan Fiorentina dikatakan sedang bertarung untuk mendapatkan tandatangan pertahanan Cameroon ini.

Pemain lain: Martin Caceres, Andrea Barzagli (Juventus), John Terry (Chelsea), Martin Demichelis (Man City)

6. Defensive midfielder

Ever Banega
Kelab: Sevilla
Nilai pasaran: £10.5 juta



Bulan lepas, Ever Banega mengumumkan sedang berbincang untuk melanjutkan kontrak baru dengan Sevilla. Tetapi minat yang ditunjukkan oleh Juventus mungkin boleh mengubah fikiran Banega.

Pemain lain: Mehmet Topal (Fenerbahce), Roman Neustadter (Schalke 04), Mathieu Flamini, Mikel Arteta (Arsenal)

7 & 8. Central midfielder

Gaston Ramirez
Kelab: Southampton
Nilai pasaran: £3.5 juta



Gaston Ramirez memecah rekod perpindahan masuk Southampton pada 2012 apabila dibawa masuk dari Bologna dengan yuran perpindahan £12 juta dengan gaji £65,000 seminggu.

Bagaimanapun, Ramirez mendapati gaya permainannya tidak sesuai dengan Southampton, menyebabkan beliau dipinggirkan.

Tonny Vilhena
Kelab: Feyenoord
Nilai pasaran: £3.5 juta



Pengurus Southampton, Ronald Koeman mengesan Tonny Vilhena sebagai pengganti Gaston Ramirez pada musim panas nanti. Baru berusia 20 tahun, Vilhena sudahpun bergelar pemain kesebelasan utama Feyenoord.

Pemain lain: Yoann Gourcuff (Fenerbahce), Tomas Rosicky (Arsenal), Jordan Rossiter (Liverpool)

9 & 10. Pemain sayap

Sofiane Feghouli
Kelab: Valencia
Nilai pasaran: £12.6 juta



Meskipun sudah ditawarkan kontrak baru oleh Valencia, Sofiane Feghouli telah menolak kerana mahukan gaji £46,000 seminggu – seperti yang ditawarkan oleh Inter Milan dan Manchester United.

Ezequiel Lavezzi
Kelab: PSG
Nilai pasaran: £8.4 juta



Juventus, Arsenal dan Liverpool dilaporkan berminat untuk memberi cabaran baru kepada Ezequiel Lavezzi, yang mengaku PSG ‘terlalu kuat’ di liga Perancis.

Pemain lain: Yoann Gourcuff (Fenerbahce), Tomas Rosicky (Arsenal), Jordan Rossiter (Liverpool)

11. Penyerang

Zlatan Ibrahimovic
Kelab: PSG
Nilai pasaran: £10.5 juta



David Beckham dilaporkan mahu membawa penyerang karismatik Sweden ini ke kelab miliknya, Miami FC.

Tetapi untuk menandatangani Ibrahimovic, Beckham perlu bersaing dengan AC Milan, Chelsea dan beberapa kelab kaya di Timur Tengah.

Pemilik PSG, Nasser Al-Khelaifi memberitahu media yang beliau akan berbincang dengan Ibrahimovic mengenai masa depan pada bulan Febuari.

Pemain lain: Charlie Austin (QPR), Aleksandr Kokorin (Dynamo Moscow), Dani Osvaldo (FC Porto)

Baca juga: 10 Pakar Sepakan Percuma Terbaik Di Eropah

Sumber:

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN