11 Pasukan Liga Super Berjaya Perolehi Lesen FAM & AFC

Sebanyak 11 pasukan yang bertanding dalam saingan Liga Super Malaysia 2018 telah mendapat lesen kebangsaan bagi membenarkan mereka meneruskan saingan di pertandingan Liga Malaysia pada musim hadapan.

Daripada 11 pasukan tersebut, lapan pasukan turut lulus lesen AFC, bagi membolehkan mereka bersaing di saingan anjuran badan induk bola sepak Asia itu sekiranya layak.

Foto: FAM

Perkara tersebut diumumkan sebentar tadi melalui satu kenyataan oleh Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) petang tadi.

Menurut kenyataan tersebut, pemberian lesen kepada setiap pasukan dilakukan selepas ianya diputuskan oleh mesyuarat First Instant Body (FIB) Pelesenan Kelab FAM yang dipengerusikan oleh Sheikh Mohd Nasir Sheikh Mohd Sharif pada 10 Oktober 2018.

Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC, Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan PKNP FC adalah pasukan yang lulus mendapat lesen kebangsaan.

Foto: FAM

Manakala lapan daripada pasukan tersebut iaitu Kedah FA, Selangor FA, Johor Darul Ta’zim (JDT), Negeri Sembilan FA, Perak FA, Terengganu FA, Melaka United SA dan PKNS FC adalah pasukan-pasukan yang berjaya memperolehi lesen AFC.

Bagaimanapun menurut kenyataan tersebut, Kuala Lumpur FA, Pahang FA dan PKNP FC juga berjaya mendapatkan lesen kebangsaan tetapi dengan sanksi.

Mesyuarat tersebut turut menolak permohonan PKNP FC dan Kuala Lumpur FA untuk mendapatkan lesen AFC kerana gagal menepati kriteria yang telah ditetapkan.

Foto: FAM

Pahang FA pula tidak layak dalam permohonan Lesen AFC disebabkan mereka dikenakan sanksi yang tidak membenarkan mereka memohon untuk Lesen AFC selama dua tahun.

Kelantan FA pula menjadi satu-satunya pasukan yang gagal memperolehi lesen kebangsaan dan AFC selepas gagal mencapai kriteria yang ditetapkan.

Enam kriteria utama yang perlu dicapai oleh setiap pasukan untuk pertimbangan diluluskan lesen ialah kesukanan, infrastruktur, pentadbiran personel, perundangan, kewangan dan perniagaan.

Foto: FAM

Semua enam perkara tersebut telah terkandung di dalam Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Lesen kebangsaan dan AFC yang diberikan kepada 11 pasukan yang berjaya tersebut hanya sah laku untuk satu musim sahaja.

Selepas itu pemantauan akan dilakukan pada musim hadapan untuk menentukan kelayakan bagi musim berikutnya.

Pasukan yang gagal memperolehi lesen bagaimanapun masih boleh mengemukakan rayuan seperti dinyatakan dalam Artikel 3.4.2 Peraturan Pelesenan Kelab FAM Edisi 2018.

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN