100 Plus Beri Penghargaan Khas Kepada Indra Putra Kerana Cecah Rekod Gol Seabad

Legenda hidup Indra Putra Mahayuddin telah menerima penghargaan khas daripada 100 Plus di atas pencapaian gemilang beliau meledak lebih 100 gol dalam saingan Liga Super.

Dalam bola sepak, gol seabad adalah merujuk kepada gol ke-100. Tidak ramai pemain yang mampu mencecah angka itu. Tetapi Indra Putra antara mereka yang berjaya melakukannya.

Penghargaan khas tersebut telah disampaikan oleh Engku Isyamuddin – Head of Sports Marketing & Activation, F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd.

Penyerahan penghargaan khas itu turut disaksikan oleh wakil MFL iaitu Marzuki Sulong – Ahli Lembaga Pengarah Malaysian Football League.

Upacara ringkas tetapi sangat bermakna itu dilakukan sebelum sepak mula aksi Liga Super 2019 di antara Kuala Lumpur menentang JDT.

Sepanjang kariernya Indra Putra telah bermain dengan banyak pasukan. Beliau memulakan karier di liga utama dengan menyertai Perak pada 2008.

Selepas itu beliau menyarung jersi beberapa lagi pasukan. Antaranya, Pahang, Selangor, Kelantan, T-Team, Felda United dan kini beliau masih kekal bersama skuad Kuala Lumpur.

Dan sepanjang kariernya, pemain berusia 37 itu sudah menjulang kesemua piala major domestik yang ditawarkan dalam Liga Malaysia.

Usaha yang terpuji daripada 100 Plus dalam menghargai pencapaian para pemain. Diharap ia akan diteruska lagi pada masa-masa yang akan datang.

Bacaan Seterusnya Bulan Ini

Leave a Reply