10 ‘Wonderkid’ Yang Boleh Anda Dapatkan Di Football Manager 2017

Dalam siri Football Manager (FM), senarai 10 wonderkid Football Manager merupakan tajuk yang cukup dinantikan oleh pemain-pemain FM.

Hal ini kerana dalam bola sepak, jika anda mempunyai pemain yang dikategorikan sebagai wonderkid maka masa depan pasukan anda dijangka cerah.

Wonderkid jika dijaga dengan baik mampu menjadi bintang besar dalam dunia bola sepak satu hari nanti. Jika gagal, ia akan menjadi flop yang begitu teruk.

Jika anda merupakan pemain Football Manager, wonderkid ini pasti merupakan aset yang cukup penting buat pasukan anda untuk masa hadapan.

Oleh itu, kami senaraikan 10 pemain muda yang dijangka akan menggoncang dunia yang boleh anda dapatkan di FM2017.

Harus diingat, pemain yang kami cadangkan semua ini adalah berusia 21 tahun dan ke bawah.

Gianluigi Donnaruma – AC Milan

Tidak boleh dinafikan, beliau merupakan penjaga gol muda terhangat masa kini.

Beliau mungkin penjaga gol yang cukup hebat, namun anda mungkin perlu mendapatkan beliau dengan harga yang sedikit tinggi.

Hal ini kerana, nilai permulaan bagi pemain ini merupakan £7 juta dan pastinya AC Milan tidak mahu pemain ini dilepaskan dengan harga yang murah.

Donnaruma dijangka akan menjadi pemain yang cukup cemerlang. Hal ini kerana, kami menjangkakan pemain ini akan boleh untuk tempoh lebih dari 20 tahun dalam kariernya.

Álex Grimaldo – SL Benfica

Pemain yang bermain di posisi pertahanan kiri, wing-back kiri dan juga sayap kiri. Pemain berusia 20 tahun ini merupakan bekas pemain dari akademi La Masia dari Barcelona.

Beliau mempunyai potensi yang cukup besar. Tetapi adalah sedikit sukar untuk anda mendapatkan beliau kerana beliau baru saja berpindah dari Barcelona ke Benfica.

Dalam masa yang sama yuran perpindahan beliau boleh mencapai sehingga £52 juta. Jadi anda perlu bijak untuk berunding untuk mendapatkan khidmat beliau.

Diogo Ralot – FC Porto B

Pemain berusia 17 tahun ini merupakan prospek besar yang boleh anda dapatkan dengan harga yang agak murah di FM.

Hal ini kerana, Ralot hanya mempunyai nilai perpindahan sebanyak £2.7 ribu sahaja!

Tambahan lagi, Ralot tidak terikat dengan klausa perpindahan di dalam kontraknya. Jadi anda mempunyai peluang yang cerah untuk mendapatkan khidmat beliau.

Diogo Queiros – FC Porto B

Pemain muda berusia 17 tahun ini juga sama seperti rakannya Diego Ralot.

Hal ini kerana pemain pertahanan tengah ini mempunyai harga permulaan yang cukup rendah. Kali ini cuma £1.5 ribu sahaja!

Dari stats beliau, anda boleh jangkakan beliau mampu menjadi pemain terbaik di dunia satu hari nanti. Bimbingan yang betul mampu menjadikan beliau pemain terbaik di dunia!

Ruben Neves – FC Porto

Nampaknya, satu lagi pemain Porto berjaya memasuki di dalam senarai 10 wonderkid Football Manager kami!

Ruben Neves merupakan pemain muda yang sudah berjaya di dalam pasukan utama Porto sebagai pemain tengah bertahanan.

Oleh kerana statusnya yang sudah stabil dalam skuad utama Porto, adalah sedikit sukar untuk anda mendapatkan khidmat beliau.

Hal ini kerana Neves terikat dengan klausa perpindahan sebanyak £34,5 juta. Ia mungkin sedikit sukar untuk anda mendapatkannya, tetapi jika anda berjaya ia pasti dapat memberikan impak berpanjangan kepada pasukan anda.

Filippo Melegoni – Atalanta B-21

Melegoni merupakan pemain tengah yang mempunyai stats yang cukup baik untuk pemain seusia beliau. Untuk masa sekarang, beliau hanya boleh beraksi di bahagian central midfielder sahaja.

Harga permulaan untuk beliau adalah £160 ribu. Dan anda berkemungkinan mempunyai potensi besar untuk mendapatkan beliau dengan harga yang tidak terlalu mahal untuk dimiliki.

Ante Coric – Dinamo Zagreb

Beliau merupakan antara prospek terbaik untuk pemain tengah menyerang yang ada di dalam permainan FM2017.

Berusia 19 tahun, beliau mempunyai nilai yang agak tinggi iaitu £5.25 juta. Jadi jika anda lewat membeli beliau, anda mungkin terpaksa bayar harga lebih bayar tinggi untuk mendapatkan khidmat beliau.

Jadi saranan kami adalah cuba untuk dapatkan beliau seawal mungkin, serta gunakan media untuk berikan ketidakselesaan terhadap beliau di kelabnya.

Kingsley Coman – Juventus

Kami tak perlu kenalkan lagi beliau kerana Coman merupakan antara bakat muda terhangat dalam dunia bola sepak masa kini.

Beliau kini sedang berada pada fasa karier yang cukup baik untuk dirinya. Hal ini kerana Coman kini sedang menjalani tempoh pinjaman di Bayern Munich.

Jadi, anda perlu menunggu sehingga proses pinjamannya tamat dan membida untuk mendapatkan beliau. Dan anda perlu mempunyai kantung wang yang banyak kerana sekurang-kurangnya Juventus mahukan £40 juta untuk lepaskan Coman.

Kylian Mbappé – AS Monaco

Beliau kini dkatakan lebih hebat berbanding Anthony Martial ketika seusia dengannya, Mbappé merupakan prospek terhangat dari AS Monaco yang bermain di bahagian sayap kiri.

Satu perkara yang menarik mengenai beliau adalah, AS Monaco meletakkan beliau sebagai pemain yang boleh dipinjam. Jadi apa kata anda pinjam sahaja beliau terlebih dahulu, dan kemudiannya selitkan klausa pembelian di dalam kontraknya.

Zé Gomes – SL Benfica B

Jika dilihat pada stats beliau, beliau mempunyai potensi untuk menjadi pemain yang boleh menyumbat 30+ gol pada satu-satu musim jika berjaya digilap dengan baik.

Gomes merupakan pemain yang bermain dengan peranan Advanced Forward, tetapi dalam masa yang sama beliau boleh bermain sebagai poacher.

Harga permulaan beliau cukup murah, hanya £140 ribu sahaja. Jadi apa lagi, dapatkan beliau segera!

Berikut 10 wonderkid Football Manager pilihan kami. Anda ada pilihan anda, beritahu kami di ruangan komen!

Baca juga: Bagaimana Hendak Bermain Taktikal Gegenpressing Di Football Manager 2017?

Sejak 2015, kami bersungguh menyediakan bacaan digital secara percuma di laman ini dan akan terus mengadakannya selaras dengan misi kami memberi berita terbaik untuk bola sepak tanah air khususnya.

Namun menyediakan bacaan secara percuma memerlukan perbelanjaan tinggi yang berterusan dan kami sangat mengalu-alukan anda untuk terus menyokong perjuangan kami.

Tidak seperti yang lain, Semuanya BOLA bukan dimiliki oleh syarikat besar untuk menampung kos operasi kami untuk jangka masa panjang.

Kini, kami amat memerlukan sokongan anda walaupun kami faham tidak semua orang mampu untuk membayar kandungan. Tetapi dengan sokongan anda, sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan kami dalam meluaskan lagi bacaan percuma yang bermanfaat untuk masa yang mendatang. Meskipun anda mungkin tidak mampu, kami tetap mengalu-alukan anda sebagai pembaca.

Sokong Semuanya BOLA daripada serendah RM2.00 dan ia hanya mengambil masa seminit sahaja. Jika anda berkemampuan lebih, mohon pertimbangkan untuk menyokong kami dengan jumlah yang sudi diberikan. Terima kasih.

Moving forward as one.

Klik pautan di bawah untuk mulakan sumbangan. Nama penyumbang akan dipaparkan dalam 1 halaman khas untuk anda yang menyokong kami.

// KLIK UNTUK SUMBANGAN