10 Tahun Di EPL, David Silva Mengaku Kekok Bermain Di La Liga

Kerjasama Semuanya BOLA

David Silva

Pemain tengah Real Sociedad, David Silva mengakui yang beliau mengalami kesukaran untuk menyesuaikan diri dengan corak bola sepak La Liga setelah sekian lama berkelana di Premier League.

Beliau yang bersama-sama Manchester City sejak dari 2010 berkata perubahan corak permainan di kedua-dua negara jelas memainkan peranan kepada kesukaran beliau.

Kata Silva, corak permainan bola sepak Inggeris yang lebih agresif berbanding Sepanyol telah memberikan banyak masalah kepadanya.

“Saya sudah bermain sebanyak empat kali dan pengadil sudah memberikan saya dua kad kuning.”

“Saya rasa yang saya ada masalah dengan pengadil, jadi saya perlu perbaikinya,” kata beliau menerusi Goal.

Walaupun kini mengalami masalah dengan La Liga, Silva mengatakan itu bukanlah kali pertama dirinya berada dalam situasi tersebut.

Hal ini kerana, sewaktu mula-mula di England pun pemain itu mengalami masalah dalam untuk menyesuaikan diri dengan bola sepak Premier League.

“Saya baru tiba dari tugasan Piala Dunia dan tidak mempunyai latihan pra-musim bersama mereka [Manchester City].”

“Apabila saya sampai, saya lihat bola sepak yang cukup pantas, semuanya terbang sana-sini dan tiada henti. Saya rasakan itu keterlaluan untuk saya.”

Jelas sekali situasi itu membuatkan Silva berasa gerun dengan bola sepak Inggeris, malah tidak hairan ada cakap-cakap yang mengatakan pemain itu tidak akan berjaya di sana.

Namun beliau terus berusaha keras dan hasilnya, beliau meninggalkan England sebagai legenda Manchester City dan juga Premier League.

Baca juga artikel kami mengenai David Silva:

‘Kenapa Bukan Yaya Toure?’ – Pembinaan Tugu David Silva Di Etihad Dipertikai

RASMI: David Silva Kembali Ke Sepanyol, Sertai Real Sociedad

Kevin De Bruyne: Saya Tak Mampu Ikut Cara David Silva

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on telegram